PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic ketika menentang Andy Murray (gambar kecil), dalam Terbuka Australia peringkat separuh akhir, semalam. Djokovic melangkah ke akhir dengan kemenangan 6-3, 3-6, 6-7, 6-1, 7-5. (
(berita lanjut) - Foto AFP/EPA
Jan 28, 2012 8:29 am
PERTAHANAN Fulham, Aaron Huges (kiri) cuba mencabar penyerang Everton, Denis Stracqualursi dalam saingan Piala FA Inggeris, awal pagi ini. Keputusan Everton menang 2-1. - Foto AFP
Jan 28, 2012 5:58 am
PEMAIN Tottenham Hotspur, Rafael Van der Vaart (kiri) berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Watford dalam saingan Piala FA Inggeris, awal pagi ini. Keputusan Tottenham Hotspur menang 1-0. - Foto Reuters
Jan 28, 2012 8:26 am
PENDAKWAAN di hospital. Ahli perniagaan yang didakwa terbabit dalam kes penipuan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, semalam, dihadapkan ke mahkamah kerana dua pertuduhan menipu dua individu termasuk pemandu teksi sebanyak RM103,000 di Wad 8A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam. (
berita lanjut)
Jan 28, 2012 8:28 am
IBU mangsa, Fatimah Atmo, 66, (kanan) sebak selepas melihat keadaan anaknya, Azizan Abbas, 26, di Hospital Melaka yang cedera tangan kanan selepas diserang sekumpulan 30 lelaki samseng ketika sedang melakukan serbuan ke atas sebuah kafe siber haram di Taman Seri Duyong Seksyen 2, Kandang, Melaka, malam tadi. - Foto Rasul Azli Samad
Jan 27, 2012 5:47 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan peniaga ketika melawat Pasar Sehari Behor Lateh di Kangar, hari ini. - Foto Ezairi Samsuddin
Jan 27, 2012 4:46 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan ahli jawatankuasa Surau Al-Amin ketika menghadiri Majlis Makan Tengahari Bersama Rakyat selepas menunaikan sembahyang Jumaat di Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Jan 27, 2012 3:54 pm
MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kiri) menandatangani belon sebagai simbolik pelancaran Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012 di sini hari ini. Pesta yang bertemakan 1World, 1Malaysia, 1Fiesta itu diadakan selama empat hari bermula 15 Mac sehingga 18 Mac bertempat di Monumen Alaf Baru, Putrajaya. - Foto BERNAMA
Jan 27, 2012 2:53 pm
BEKAS Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dikerumuni jurugambar sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi keputusan kes pertuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Jan 27, 2012 11:01 am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran membabitkan 25 kedai dan rumah di jeti Prai, Butterworth, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.39 malam itu, lima jentera dari tiga balai bomba - Prai, Butterworth dan Perda - mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengawal kebakaran. - Foto Rosli Ahmad
Jan 27, 2012 11:06 am