ASKAR Indonesia menunjukkan kotak hitam Sukhoi Superjet 100 yang ditemui selepas pesawat itu terhempas di Gunung Salak, minggu lalu. - Foto AP
May 17, 2012 6:52 am
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut pegawai rasmi kerajaan sebaik tiba di Lapangan Terbang Westchester County, New York, hari ini, dengan pesawat khas selepas melakukan lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. - Foto BERNAMA
May 16, 2012 4:18 pm
SEORANG suri rumah, S Kogilah, 42, dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didakwa atas tuduhan menipu wang seorang lelaki melebihi RM1 juta bagi mendapatkan tender barangan rampasan kastam iaitu 80 ketulan emas pada tahun 2009. - Foto L Manimaran
May 16, 2012 4:07 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - Foto BERNAMA
May 16, 2012 3:30 pm
SELAMAT Hari Guru...Pelajar sekolah SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling, Melaka, Nor Sofiah Ros, 14, menyuapkan kek kepada guru agama, Ustaz Abdul Halim Maidin, 53, sambil diperhatikan guru-guru sekolah lain bagi sambutan Hari Guru 2012. Guru-guru sekolah itu turut memakai pakaian seragam sekolah hari ini. - Foto Rasul Azli Samad
May 16, 2012 2:26 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sesuatu dengan Putera Charles ketika menghadiri resepsi yang dihoskan Putera Charles sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di St. James's Palace, London, hari ini. - Foto BERNAMA
May 16, 2012 11:36 am
PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic beraksi menentang Bernard Tomic (gambar kecil) dari Australia, dalam saingan Kejohanan Terbuka Itali, awal pagi ini. Keputusan Djokovic menang 6-3 6-3 untuk mara ke pusingan ketiga. - Foto REUTERS/EPA
May 16, 2012 10:05 am
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang rosak teruk selepas terbabit dalam kejadian letupan bom di Bogota, Colombia, awal pagi tadi. Serangan yang mensasarkan bekas Menteri Dalam Negeri negara itu, Fernando Londono, mengakibatkan lima maut termasuk dua pengawal peribadinya dan 17 lagi cedera. - Foto AP
May 16, 2012 9:08 am
SOALAN wartawan Berita Harian dan jawapan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melalui SMS, hari ini. - Foto Yusni Ariffin
May 15, 2012 10:33 pm
BERSYUKUR...Rakyat Malaysia yang diculik di Selatan Filipina, Mohd Nazarrudin Saidin (kiri) bertemu ibunya, Siti Hamdah Ahmad yang mengeluarkan air mata selepas anaknya dibebas dan dibawa pulang ke tanah air, hari ini. Nazarrudin sebelum ini diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata di Pulau Sulu, Selatan Filipina ketika menguruskan perniagaan cicak tokek di kepulauan berkenaan. - Foto Effendy Rashid
May 15, 2012 6:38 pm