login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:41
13:12
16:35
19:20
20:33
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 17 Mei 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Tiada kadar dedahan radiaoktif berlebihan dikesan


2011/04/01

KUALA LUMPUR: Pemantauan ke atas penumpang dan anak kapal yang menaiki 80 penerbangan dari Jepun sehingga kini mendapati tidak ada kadar dedahan radiaoktif berlebihan dikesan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata sehingga kini, seramai 29 individu telah hadir ke Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bagi mendapatkan khidmat pemonitoran pencemaran.
"Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia juga masih menunjukkan paras normal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, keputusan analisis yang dilakukan ke atas air paip, air laut dan air hujan di sekitar Kudat, Sabah semalam juga menunjukkan tidak ada sebarang pencemaran radioaktif Iodin-131 atau Cesium-137 dikesan.

Katanya, pemantauan masih diteruskan secara aktif berhubung situasi kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada Malaysia melalui AELB, ANM, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.

Selain itu, Ongkili berkata Kementerian Kesihatan akan terus memastikan makanan yang diimport dari Jepun selamat.

"Sehingga kini, sebanyak 58 sampel makanan dari Jepun telah dianalisis bagi kandungan bahan radioaktif dan didapati mematuhi tahap yang dibenarkan," katanya. - BERNAMA


SERTAI KAMI DI FACEBOOK





Artikel Lain
iklan iklan
iklan iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker