Khamis, 23 Oktober 2014 - 1:12PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Foto

  • 'PUTING beliung kecil' melanda Pandamaran, petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan sehingga menerbangkan bumbung rumah. - Foto media sosial

  • PENYOKONG menunjukkan tiket menjelang perlawanan Piala Malaysia separuh akhir pertama di antara Kedah menentang Pahang di Stadium Darulaman. -Foto Amran Hamid

  • PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melaungkan "1 Malaysia" semasa berucap merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City. - Foto BERNAMA

  • Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diadakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.

  • FENOMENA gerhana bulan berlaku menerangi langit dekat Jambatan Pulau Pinang, Georgetown jam 7.30 malam dirakamkan di Persiaran Bayan Mutiara berhampiran Pantai Jerejak di sini. Ini adalah gerhana bulan kali kedua dalam tahun ini selepas kali terakhir berlaku pada 15 April lalu. - Foto Danial Saad

  • HASIL undian di laman web najibrazak.com/bajet2015 menunjukkan kos sara hidup mendapat 36,921 undian, pekerjaan 22,459 undian, perumahan dan kehidupan di bandar 20,478 undian, pelajaran 13,762 undian dan kebajikan sosial bagi OKU serta golongan kurang bernasib baik 13,738 undian.

 

Semasa

Khamis, 23 Oktober 2014 - 12:41PM

Inisiatif eRezeki bantu rakyat tingkat pendapatan - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan inisiatif baharu di bawah Digital Malaysia yang dikenali sebagai eRezeki bagi memperluaskan manfaat dan meningkatkan pendapatan penduduk yang berada dalam golongan 40 peratus di bahagian bawah piramid pendapatan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 11:55AM

Kawasan perkadaran PBT Sabah liputi seluruh daerah

KOTA KINABALU: Kawasan perkadaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran di Sabah telah diperluaskan meliputi seluruh kawasan daerah.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 9:29AM

Amaran ribut petir berterusan sehingga pagi ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Miri, Sarawak dan Reef South yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Sukan

Khamis, 23 Oktober 2014 - 10:40AM

Chelsea hadapi krisis penyerang menjelang pertemuan MU

LONDON: Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya penyerang barisan utama yang cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford Ahad ini.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 9:05AM

Suarez buat penampilan sulung untuk Barcelona Sabtu ini

MADRID: Selepas 122 hari, Luis Suarez akan 'bebas' semula untuk beraksi dalam pertandingan dan saat dinanti-nantikan itu apabila Barcelona menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, Sabtu ini.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 8:46AM

Real Madrid tundukkan Liverpool 3-0 di Anfield

LIVERPOOL: Cristiano Ronaldo terus menyuntik inspirasi Real Madrid sekali gus mendekati rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah apabila penyandang juara itu mudah menundukkan Liverpool, 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Dunia

Khamis, 23 Oktober 2014 - 11:55AM

Cubaan terbaharu ceroboh Rumah Putih dipatahkan

WASHINGTON: Rumah Putih sekali lagi diceroboh apabila seorang lelaki melompat pagar dan diserbu anjing pasukan perisik sebelum suspek ditahan, semalam.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 10:36AM

Jumlah jangkitan Ebola cecah 10,000 di Afrika Barat

GENEVA: Jumlah mangsa yang dijangkiti Ebola sudah mencecah hampir 10,000 orang di Afrika Barat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Khamis, 23 Oktober 2014 - 10:15AM

Kanada perketat keselamatan berikutan serangan terhadap Parlimen

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper berikrar akan melipat gandakan usaha bagi menentang pertubuhan pengganas berikutan kejadian seorang lelaki bersenjata menyerang bangunan Parlimen negara itu semalam.

Bisnes

Khamis, 23 Oktober 2014 - 12:31PM

Maxis mula jual iPhone 6, 6 Plus mulai 6 November

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mengumumkan akan menawarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, peranti baharu yang menterjemahkan kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone, bermula pada Khamis, 6 November 2014.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 10:25AM

100,787 syarikat mendaftar untuk GST hingga semalam

KUALA LUMPUR: Bilangan syarikat yang mendaftar untuk struktur percukaian baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 100,787 hingga pada 22 Oktober, naik 429 daripada kelmarin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Rabu, 22 Oktober 2014 - 7:57PM

Maybank BII lapor peningkatan keuntungan operasi 6.7 peratus

KUALA LUMPUR: Unit Maybank di Indonesia, PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) melaporkan peningkatan 6.7 peratus dalam keuntungan operasi kepada Rp2.05 trilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2014 daripada Rp1.92 trilion untuk tempoh sama tahun lepas.

Hiburan

Rabu, 22 Oktober 2014 - 12:06PM

Renee Zellweger ubah wajah

CALIFORNIA: Perubahan ketara pada wajah aktres berbakat besar, Renee Zellweger ketika menghadiri acara tahunan anjuran majalah Elle iaitu Women In Hollywood Awards Isnin lalu terus menjadi perhatian ramai, sekali gus diperdebatkan ketika ia diadakan di Hotel Four Seasons.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 5:24PM

Saya kena bermuka-muka - Aishah Ilias

KUALA LUMPUR: Ketika nama sedang mendaki kejayaan dan meningkat naik populariti, pasti ada sisi negatif yang mula bertandang. Aishah Ilias juga tidak terlepas daripada cerita kurang enak. Terbaharu, beliau dikatakan sudah bikin hal di set drama.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 4:03PM

Bienda berharap dapat anak lelaki

KUALA LUMPUR: Ketika ini Bienda sedang sarat mengandungkan anak keduanya dan beliau dijangka bersalin pada 2 November depan. Tapi apa saja boleh terjadi dan Bienda kini sedang berjaga-jaga menunggu kelahiran anak keduanya itu.

BH@IT

Selasa, 21 Oktober 2014 - 6:45PM

Apple iOS 8.1 boleh dimuat turun mulai hari ini

SAN FRANCISCO: Apple Inc (Apple) mengumumkan naik taraf terbaharu sistem operasi (OS) telefon pintarnya, iOS 8.1 boleh dimuat turun mulai hari ini bagi menggantikan versi sedia ada, 8.0.2.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 1:38PM

Apple, IBM akan umumkan butiran pakatan strategik bulan depan

SAN FRANCISCO: Apple Inc dan IBM sudah mendapat kira-kira 50 pelanggan korporat untuk penyelesaian perisian dan aplikasi yang dibangunkan bersama menerusi pakatan strategik yang dibentuk baru-baru ini, kata ketua pegawai kewangan Luca Maestri.

Isnin, 20 Oktober 2014 - 1:07PM

Unisys perkenalkan Forward!, platform bersama penstoran NettApp

KUALA LUMPUR: Unisys memperkenalkan Forward! dengan sistem penstoran NetApp, penyelesaian yang menggabungkan teknologi canggih dan sokongan menyeluruh bagi mengurangkan risiko maya dan meningkatkan prestasi serta keselamatan aplikasi misi moden yang kritikal.

Jenayah / Mahkamah

Khamis, 23 Oktober 2014 - 1:01PM

Curi balak: 10 termasuk pegawai kanan polis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Sepuluh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan dalam satu operasi bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ops Tukul berhubung kes pembalakan haram di Sarawak, baru-baru ini.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 12:32PM

KPN nafi kewujudan kumpulan mafia di Perak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kewujudan kumpulan mafia yang kononnya mendalangi kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.

Khamis, 23 Oktober 2014 - 12:27PM

Polis buru suspek bakar kereta pegawai kastam

KUBANG PASU: Polis masih memburu suspek yang bertanggungjawab melempar bom api terhadap kereta milik pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di rumahnya di Taman Bukit Indah, di sini pagi semalam.

Rencana

Khamis, 23 Oktober 2014 - 8:32AM

Warna hidupkan denyut nadi bandar

ANTARA peranan warna ialah melahirkan suasana dan membentuk identiti. Kita mungkin sudah lali dengan ungkapan hidup hambar tanpa warna, namun hakikat ini tidak dapat dipertikaikan kerana hitam putih adalah dua keadaan yang sangat bertentangan, tiada pilihan, manakala warna memberikan kepelbagaian dan keseimbangan.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 4:50AM

Malaysia mendepani cabaran, teruskan transformasi ekonomi

Sering kali ketika dalam perjalanan, saya akan berpeluang bertemu dengan pelbagai ahli perniagaan dan ekonomi. Sesetengahnya ialah pakar ekonomi dan penganalisis pelaburan terkemuka dunia, ahli akademik yang terkenal, malah mereka yang cukup berpengaruh dan berwibawa dalam bidang perniagaan.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 1:54AM

Agama: Kemurnian Islam dalam masyarakat majmuk

Rahmah adalah kata kunci yang merumuskan segala objektif syariat (maqasid al-shariah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan) kemanusiaan. Bahagia atau celakanya hidup manusia, tergantung sepenuhnya pada rahmat Allah.

Politik

Rabu, 22 Oktober 2014 - 6:12PM

UMNO Negeri Sembilan kesal dakwaan orang Melayu pendatang

SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan menyuarakan rasa kesal, tidak puas hati dan kecewa dengan sikap seorang perwakilan Gerakan yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang dan meminta parti itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perwakilan itu.

Selasa, 21 Oktober 2014 - 8:52PM

Anwar nafi terdesak dapatkan sokongan negara asing

KLANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan tindakan pengikutnya meminta bantuan kerajaan Australia dalam usaha membebaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Isnin, 20 Oktober 2014 - 6:23PM

Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur nafi keluar UMNO

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah keluar daripada Umno.

Kolumnis

Khamis, 23 Oktober 2014
Shamrahayu A Aziz

Akta Hasutan sedia ruang perbetul masyarakat

Sama ada kritikan atau protes menentang sistem politik feudal atau juga sistem demokrasi, ia sentiasa berlaku di seluruh dunia; daripada peringkat paling rendah sehinggalah pada peringkat paling tinggi. Dalam pentadbiran, perkara ini sudah menjadi asam garam.

Rabu, 22 Oktober 2014
Sabri Ahmad

Peruntukan RM1.3b perkasa penyelidikan IPT tempatan

Warga akademik, khususnya di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara tentunya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan RM1.3 billion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Bajet 2015 untuk program pembangunan inovasi dan pengkomersialan.

Selasa, 21 Oktober 2014
Manja Ismail

Guna bahasa Melayu tak jejas jati diri etnik

Jika usia lebih setengah abad kemerdekaan negara dijadikan ukuran, kelemahan tahap penguasaan bahasa, bahasa kebangsaan terutama dalam kalangan bukan Melayu yang lahir dan mendapat pendidikan di negara ini, amat memalukan.

Selasa, 21 Oktober 2014
Dr Anwar Ridhwan

Madu, racun hidup di kota besar

Sisi kota yang positif antara lain boleh dilihat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' oleh Keris Mas. Walaupun kota penuh cabaran, Kuala Lumpur memberi ruang dan peluang bagi kejayaan bisnes, termasuk kepada orang Melayu.

Infografik


Hari Perkabungan MH17

Indeks Pencemar Udara

Temui BH di Facebook

Rakan BH


Bajet 2015