PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Putra, Putrajaya, pagi tadi. Hadir sama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najib antaranya mengumumkan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang akan memacu Model Baru Ekonomi (MBE). - Foto Izhari Ariffin
Sep 6, 2010 12:21 pm
PELUMBA Suter Moto2 dari Jepun, Shoya Tomizawa, (dalam bulatan) terjatuh ketika mengambil selekoh selepas diasak keras oleh penunggang Itali, Alex de Angelis yang mengakibatkan beliau dilanggar dan terbunuh di GP San Marino, semalam. - Foto AP
Sep 6, 2010 9:37 am
PEMAIN Switzerland, Stanislas Wawrinka menjerit puas selepas berjaya mengejutkan bintang tenis Britain, Andy Murray, (gambar kecil) 6-7 (3/7), 7-6 (7/4), 6-3, 6-3 pada pusingan ketiga, Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat di New York, sebentar tadi. - Foto AP
Sep 6, 2010 9:00 am
PEMAIN pilihan utama dari Sepanyol, Rafael Nadal melakukan servis ketika menentang pemain Perancis, Gilles Simon (gambar kecil) pada pusingan ketiga, Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi tadi. Nadal yang juga pemain nombor satu dunia menang 'straight set' 6-4, 6-4, 6-2 pada perlawanan itu. - Foto AFP
Sep 6, 2010 8:37 am
KEADAAN treler dan Proton Iswara yang rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan empat sekeluarga maut di Segamat, petang tadi.
(berita lanjut)Sep 5, 2010 10:36 pm
SEORANG wanita Mexico dibantu penduduk setempat berusaha untuk menyeberangi arus deras ke kawasan selamat selepas hujan lebat berterusan mengakibatkan air sungai dan empangan melimpah dan membanjiri hampir empat negeri di Mexico, hari ini. - Foto AP
Sep 5, 2010 11:45 am
PEMAIN tenis Serbia, Novak Djokovic (kiri) puas hati selepas berjaya mengalahkan pemain Amerika Syarikat, James Blake, 6-1 7-6 6-3 pada pertemuan perseorangan lelaki Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di New York, hari ini. - Foto AFP
Sep 5, 2010 10:39 am
BINTANG tenis Switzerland, Roger Federer (kanan) menerima ucapan tahniah daripada pemain Perancis, Paul-Henri Mathieu pada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat di New York, awal pagi tadi, selepas Federer menang 6-4, 6-3, 6-3 pada perlawanan itu. - Foto AP
Sep 5, 2010 6:46 am