Berita Harian Online

 

  • Rabu, 10 Februari 2010
  •  | 

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

 

SUBUH 6:10
ZUHUR 13:30
ASAR 16:50
MAGHRIB 19:29
ISYAK 20:40
 

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Kunjungan bermakna

ATM anjur kempen derma darah

Kem Wanita TLDM

'Pertingkat taraf profesional, jati diri'

Cabaran operasi cari, menyelamat

Misi pengaman tiada noktah

Kor-Suksis semai minat kerjaya polis

Rela serba boleh

Selami ATM zaman darurat

Must beri bantuan 24 jam

Balai baru bakar semangat

Latihan bersama pertingkat kecekapan

Perubahan tampuk pimpinan tak jejas misi

'Berperang' dengan tebuan

Menteri tinjau Ops Pasir di Sabah

KD Tun Razak mantapkan pertahanan negara

Azam jadi juruterbang tercapai

Kapal perang bersejarah

Bukti setia kepada negara

Fungsi ATM penting di Lubnan

Pertunjukan hebat

Berkorban demi tugas

Memori pahit tak luput

Tabah demi tugas

Bantuan dari udara

Berkat semangat

Azam tingkat imej PDRM

KD Perak perkuat pertahanan di perairan

Kembara Durga uji ketahanan tentera

Skim Rondaan Sukarela boleh kekang jenayah



Google



Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera    

Klik Khas

  • Arkib Liputan Langsung
  • Bintang Popular
  • Joran
  • Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
  • Kabinet 2009
  • Salam Aidilfitri 2009
  • Michael Jackson
  • Galeri Gaza
  • Royal Pahang Billfish International Challenge
  • Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 2009
  • Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 2009
  • Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
  • Pilihan raya kecil Penanti 2009
  • 3 Pilihan raya kecil 2009
  • Perhimpunan Agung Umno 2009
  • P/raya kecil K.Terengganu 2008
  • P/raya kecil Permatang Pauh 2008
  • Pilihan raya umum Ke-12
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Bajet Mini 2009
  • Bajet 2010
  • Senarai Tambahan MT Umno 2008-2011
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • SKUAD

Berkorban demi negara

Oleh Suhana Roslan dan Zatul Iffah Zolkiply
bhnews@bharian.com.my


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bergambar bersama kelasi kapal selam pertama negara, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (KDTAR) di Pangkalan TLDM Pulau Indah. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kelasi kapal selam KD TAR hilang nikmat hidup di darat harap dapat sambut lebaran bersama keluarga

SEPANJANG 54 hari belayar, dua anak kapal yang mengemudi kapal selam pertama negara, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (KD TAR) hanya tidur empat jam sehari.

Kadang-kadang masa tidur mereka yang terhad itu diganggu dengan bunyi siren sebagai isyarat kebakaran menandakan mereka harus bangun bagi mengikuti eksesais kebakaran, satu perkara wajib yang perlu mereka lakukan.


Eksesais itu dibuat dari masa ke semasa supaya anak kapal sentiasa bersedia menangani sebarang kemungkinan sekiranya kapal selam itu mengalami masalah kerosakan enjin atau mungkin meletup.

Ini menunjukkan walaupun keadaan di dalam kapal itu sama sekali tidak sama dengan kehidupan di darat, tiada antara mereka yang curi tulang, tetapi meneruskan perjuangan sehingga selesai program latihan selama bermula dari Toulon Perancis, empat tahun lalu.

Leftenan Komander Mohd Hairul Fahmy Yob, 31, berkata, masa tidur semua anak kapal memang terhad walaupun mereka bekerja bertukar giliran sebanyak tiga kali.

KELASI kapal selam KD TAR bergambar di Pangkalan TLDM Pulau Indah.

“Kami hanya tidur empat jam sehari tetapi sekiranya giliran bertugas malam dan keadaan laut agak tenang, pada masa ini kita boleh tidur sehingga tujuh ke lapan jam bergantung kepada keadaan kapal atau gelora laut bagi memastikan perjalanan ke destinasi seterusnya selamat.

“Mungkin ramai tertanya-tanya aktiviti kami sepanjang berada di dalam kapal ini, waktu terluang yang terhad itu kami isi dengan mengadakan pertandingan bermain video elektronik (PS2), karom, `scrabble’ dan kadang-kadang kami akan berkaraoke,” katanya.

Mohd Hairul Fahmy berkata, ada sebuah televisyen disediakan kepada anak kapal, tetapi hanya boleh digunakan untuk menonton VCD yang dibawa dari rumah untuk tontotan beramai-ramai.

“Siaran memang susah nak dapat, sebab kami berada di tengah laut, internet lagi susah nak akses. Tapi ini semua bukan penghalang kepada kami untuk menggagalkan misi kerajaan Malaysia. Inilah pengorbanan kami.

MOHD HAIRUL bergambar bersama keluarga di atas kapal selam pertama Malaysia.

“Pengorbanan yang saya maksudkan kerana Kami hilang cara hidup seperti orang lain, malah yang paling memedihkan kerana sarat menanggung rindu terhadap isteri, anak dan keluarga di kampung halaman,” katanya yang mengakui merindui isterinya, Syamazlin Syarif, 31, dan tiga anaknya.

Difahamkan semua 32 anak kapal ini sudah empat tahun tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang dan mereka berharap tahun ini, sinar keceriaan menyambut raya di tanah air berpihak kepada mereka.

Sepanjang berpuasa, Mohd Hairul berkata, mereka tidak pernah berdepan masalah kerana mungkin keadaan di dalam kapal yang mempunyai pendingin hawa, mereka kurang terdedah kepada panas terik yang boleh menyebabkan tekak haus dan perut berkeroncong.

Mereka juga tidak menghadapi masalah dengan juadah berbuka dan bersahur kerana semuanya disediakan sebaik mungkin, cuma dari segi rindu kepada air tangan isteri atau ibu yang selalunya membuatkan air mata menitik mengenangkan kampung halaman.

Sepanjang pelayaran juga mereka tidak pernah bersolat Jemaah tetapi sebagai musafir tetap mereka mengerjakan salah satu daripada rukun Islam itu dengan mengerjakan solat jamak.

“Kami akan bergilir sembahyang, dan sekiranya berkesempatan pada bulan puasa ini, sembahyang Tarawih dikerjakan secara sendiri dengan ajaran dan panduan daripada pegawai agama yang dilantik untuk memberi petunjuk kepada kami sekiranya mempunyai masalah berkaitan keagamaan.

Pegawai bertugas akan menggunakan kompas dan memberitahu arah kiblat setiap kali masuk waktu sembahyang.

Walaupun sudah 13 tahun berkhidmat dengan TLDM, Mohd Hairul Fahmy masih berdepan dengan masalah mabuk laut pada peringkat awal bertugas di dalam KD TAR.

“Saya memang tidak boleh bekerja sekejap sebab pening dan rasa loya, tetapi sokongan dan bantuan rakan supaya kuatkan semangat membuatkan saya bangkit meneruskan kerja di bawah skop kerja sebagai jurutera mekanikal,” katanya.

Berbeza pula dengan seorang lagi anak kapal, Leftenan Nik Zaaba Nik Abdullah, 30, dia tidak pernah mengalami masalah mabuk laut mungkin sudah biasa dengan keadaan laut yang bergelora.

“Saya tidak berhadapan dengan masalah itu, mungkin semangat saya kuat, tetapi sebenarnya masalah mabuk laut ini terjadi sebab kita memang tidak sihat pada peringkat awal,” katanya yang berasal dari Johor.

Sementara itu, Bintara Kanan, Jerry Kogon yang berasal dari Kota Belud, Sabah menyifatkan pemilihan sebagai kru pertama KD TAR adalah kenangan dan penghormatan kepada dirinya.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa kapal milik TLDM seperti KD Sri Sarawak menyifatkan pengalaman berada dalam KD TAR sangat mencabar dan mengujinya walaupun ia bukan pengalaman pertamanya berkhidmat di dalam kapal.

"Banyak bezanya antara bertugas di kapal biasa milik TLDM dengan kapal selam terutama dari segi penugasan. Jika sebelum ini, saya bertugas sebagai juruteknik radio, tetapi apabila berada di KD TAR, saya melakukan kerja yang tidak pernah saya lakukan iaitu bahagian elektrik.

"Tugas ini benar-benar mencabar bagi saya yang tidak pernah mempunyai pengalaman sebelum ini. Dengan menyertai KD TAR, ia memberi peluang kepada saya untuk belajar sesuatu yang baru," katanya yang sudah berkhidmat hampir 14 tahun dalam TLDM.

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


Iklan Teks
  • JUTAWAN KLIK PULANGAN HEBAT LUMAYAN
  • ***MODAL RMXXX JANA RMX.XJUTA...WOW!!!***
  • BELAJAR TEKNIK FOREX MANTAP BABUSALAM
  • SAYA TELAH BUKTIKAN BERSAMA SHAMELIN
  • Bonus HyproBulkSMS sehingga RMXk
  • Kain Batik Eksklusif Harga Murah!
  • AQURA!! Pendapatan SERIBU Sehari disini..
  • BADAN RAMPING & SIHAT, DUIT MASUK!!!
  • Sihat, Cantik & Kaya Bersama AQURA..
  • (-_-)> BARU! Buat UNTUNG, Xbuat XrUGI <(-_-)
  • LAMAN WEB BATU CINCIN
  • >>MUAT-TURUN PERCUMA<< RAHSIA KOMISYEN 100%
  • Siapa cakap benda ni TIPU????
  • GERENTI DOWNLINE 1 KAKI GLOBAL$$$
  • ++RAHSIA PENDAPATAN FOREX KINI DIDEDAHKAN++
  • Bisnes Global RMXXXX-RMXXXX Setiap Bulan
  • Projek CopyCat Ikrar Lahir Jutawan !!
  • TERKINI TERHANGAT TERLARIS DI PASARAN
  • JANA PENDAPATAN UNTUNG SETIAP HARI
  • AQURA!! Sabun Tahan Mengantuk RMXX??
  • Formula Hebat Menjana Pendapatan Mudah
  • AQURA!!! Jutawan Sabun Tahan Mengantuk
  • RAHSIA RMXX,XXX SEBULAN, BONUS PERCUMA!!
  • BAKAL MENGEGAR 7.00 SKALA RICHTER
  • ***SENARAI FOREX TERKINI 100% MENGGUNTUNGKAN!***
  • *~*{ Rahsia Komputer, Web/Blog, Bisnes-IT & Promosi! }*~*
  • >>>SHAMELIN!!! JUSMANGGIS HEBAT**PENGEDAR TAKRAMAI**<<<
  • >>>BERHENTI!!! CARA SENANG BUAT DUIT ???<<<
  • JUTAWANKLIK PULANGAN CUKUP BERBALOI-BALOI
  • *~*{ TEKNIK ABANG KUAT, ISTERI SAYANG }*~*
  • >VIDEO< BONGKAR TEKNIK JUTAWAN SENYAP
  • Keuntungan 100% gerenti dapat downline
  • Terbukti !!! Bisnes Hebat..Pendapatan Lumayan$$$
  • Susu Kambing Higoat Kembali Lagi!
  • Klik-klik dapat duit RMX,XXX,XXX.XX lumayan
  • Promosi Jualan Hebat Online Edition!
  • >>MODAL SEKALI..Bonus hingga 10LEVEL>>
  • ANAK NAKAL DAN MALAS BELAJAR??
  • @==(( ILMU HEBAT KOMPUTER & BISNES-IT!!! ))==@
  • >>>JANA~$~WANG!~$~SEGERA!~$~DUIT!~$~DUIT!!!<<<
  • *~*~*RAHSIA TERSEMBUNYI SENJATA LELAKI TERBONGKAR!*~*~*
  • >>>PROMOSI<<< 250 PRODUK SUAMI ISTERI
  • *$* JANA WANG BERTERUSAN KE MAYBANK!!! *$*
  • Masalah kewangan selesai dengan klik-klik
  • Rahsia Buat Duit Internet TERBONGKAR
  • FORMULA LUAR BIASA DAPAT DUIT
  • >>>DUIT UNTUK SESIAPA SAHAJA<<<
  • >>>HAFAZ & FAHAM ALQURAN secara SANTAI??<<<
  • RMXXX-RMXXX Sehari Dengan Bisnes Segera!!!
  • "Harga Rendah Membina Laman Web"
  • ::: Mudah, Hebat, Pantas Dan Mengkagumkan :::
  • (^_^)..ALHAMDULILAH..RAHSIADUIT SEMUDAH SMS DIBONGKARKAN..!!!...(^_^)..
Tempah Iklan Teks disini

  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
  • BT ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker