Berita Harian Online

 


  • Rabu, 10 Februari 2010
  •  | 

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

 

SUBUH 6:10
ZUHUR 13:30
ASAR 16:50
MAGHRIB 19:29
ISYAK 20:40
 
    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera    

Video@BH


Mahkamah sahkan Zambry MB Perak
  • Mahkamah sahkan Zambry MB Perak
  • Kes liwat Anwar: Saiful saksi pertama
  • Perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh esok
  • Orang kenamaan, rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Almarhum Sultan Iskandar selamat dimakamkan - BHG 1
[...lagi video]

Versi Akhbar Digital

SMS Alert Berita Harian

1klassifieds -- Tel: 1300 808 123

  • Hartanah
  • Auto
  • Kerjaya

Promosi

  • Berita Harian - Versi PDA
  • Berita Harian - Versi Akhbar Digital
  • R@kan BH
  • RSS Feed

Klik Khas

  • Arkib Liputan Langsung
  • Bintang Popular
  • Joran
  • Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
  • Kabinet 2009
  • Salam Aidilfitri 2009
  • Michael Jackson
  • Galeri Gaza
  • Royal Pahang Billfish International Challenge
  • Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 2009
  • Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 2009
  • Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
  • Pilihan raya kecil Penanti 2009
  • 3 Pilihan raya kecil 2009
  • Perhimpunan Agung Umno 2009
  • P/raya kecil K.Terengganu 2008
  • P/raya kecil Permatang Pauh 2008
  • Pilihan raya umum Ke-12
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Bajet Mini 2009
  • Bajet 2010
  • Senarai Tambahan MT Umno 2008-2011
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit
TAHAP disiplin dan etika pengguna jalan raya di negara ini masih rendah. Ini termasuk penunggang motosikal dan pemilik kereta yang masih tidak mengendahkan amaran melalui papan tanda yang melarang meletak kenderaan di lokasi ini. Situasi itu dirakamkan  sekitar Bangunan PKNS Shah Alam, apabila pemilik kenderaan terbabit  meletakkan motosikal dan kereta masing-masing dalam zon tunda tanpa rasa bersalah. 09-02-2010 DATUK Ahmad Said menunjukkan rangka yang dipercayai kepunyaan manusia prasejarah yang ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir. 07-02-2010 MOHD Saiful  (kanan) menerangkan kepada pihak mahkamah cara menggunakan 'intercom' untuk memasuki Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. 05-02-2010 MOHD SAIFUL (kanan) menunjukkan kepada Hakim Mohamad Zabidin (kiri) dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengenai sekitar kawasan Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. 05-02-2010
MUHYIDDIN menyalakan obor pada majlis pecah tanah Kompleks Sukan Educity @ Iskandar di Bandar Nusajaya. Turut sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (kanan) dan Pengerusi Iskandar Investment Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar. 05-02-2010 KEADAAN laluan pejalan kaki bersebelahan Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth dirempuh sebuah bas ekspres. 05-02-2010 PELUMBA MotoGP, Valentino Rossi (kanan) dan Jorge Lorenzo bergambar selepas pelancaran pasukan baru Fiat Yamaha di Litar Sepang. 05-02-2010  P FATIMAH (kiri) ditenangkan  keluarga selepas  mengetahui suaminya ditetak pada majlis Thaipusam di Ipoh, semalam. 04-02-2010
ROSMAH melayani kerenah kanak-kanak di Taman Asuhan dan Didikan Kanak-kanak Universiti Malaya (Tadikum) ketika menghadiri APAC 2010, semalam. 30-01-2010 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencuba mesin wuduk automatik yang hasilkan AACE Technologies Sdn Bhd, selepas majlis pelancaran produk itu di Impiana Hotel, semalam.  Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies, Anthony Gomez berkata,  pihaknya menyasarkan menjual 5,000 unit tahun ini dengan harga kira-kira RM10,200 hingga RM13,650 selain bakal menembusi pasaran antarabangsa. 29-01-2010 VANDALISME GAMBARKAN SIKAP RAKYAT: Sudah tiba masanya kita mengubah sikap agar menghargai kemudahan awam, bukan merosakkannya. Papan tanda di Jalan Liku, Bangsar  dirosakkan tangan nakal bukan saja menyusahkan pihak yang ingin mencari arah,  malah  memberi imej negatif  terhadap sikap rakyat negara ini kepada pelancong asing serta. Pihak berkuasa juga terpaksa mengeluarkan dana memperbaiki kemudahan yang rosak. 28-01-2010 AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan dua kapal bersama 33 kru yang dipercayai sedang melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Pengarah Operasi Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Mohd Zubil Mat Som, berkata kapal terbabit yang dikenal pasti sebagai MT Eastern Star dan MT Marida Marguerite, ditahan pada kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Kapal, Pengerang, jam 12.28 tengah hari semalam. 27-01-2010
GAMBAR menunjukkan keadaan kemalangan yang melibatkan pemandu sebuah kereta di Jalan Kuantan-Gambang berdekatan Kampung Batu Tiga, Kuantan, semalam.  Gambar (atas) menunjukkan keadaan kereta mangsa yang tersangkut pada pembahagi jalan manakala gambar (bawah) seorang lelaki cuba mengeluarkan mangsa yang tercampak  ke dalam longkang. Difahamkan mangsa yang berusia dalam lingkungan awal 30-an itu memandu bersendirian menuju ke arah pusat bandar. Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang lalu terbabas melanggar tiang lampu dan pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu. - Foto Bernama 27-01-2010 Masih ramai masyarakat di negara ini mengabaikan aspek keselamatan. Penunggang dan pembonceng yang dirakam di Jalan Klang Lama ini adalah antara pengguna jalan raya yang mengambil sikap mudah tanpa memakai topi keledar sebagai pelindung jika berlaku kemalangan. Masyarakat seharusnya lebih prihatin dengan undang-undang lalu lintas selain mengutamakan keselamatan mereka. 26-01-2010 DR VASAN (tiga dari kiri) bersama Rosli (kiri) dan Mohd Zahir (dua dari kiri) melawat Mohd Ihsan yang menghidap sakit kulit kronik di Kampung Tengah dekat Trong, Taiping, semalam. 25-01-2010 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru, riang menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar. Tindakan itu membahayakan mereka jika terbabit kemalangan jalan raya. Pihak sekolah dan penguat kuasa jalan raya perlu memantau perkara ini,  selain pelajar sendiri ada sikap tanggungjawab dan sedar untuk menjaga keselamatan. 21-01-2010
LEE CHONG Wei meraikan kejayaan menumpaskan Gade 21-12, 21-11 dalam perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan. 18-01-2010 ORANG ramai mengambil kesempatan untuk melihat fenomena gerhana matahari separa atau dikenali sebagai 'gerhana matahari anulus' mengunakan teleskop yang disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Negara di Kuala Lumpur. Sempena fenomena itu, Masjid Negara mengadakan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari disertai dengan khutbah khas gerhana. Gerhana matahari itu berlaku antara jam 3.01 petang hingga 5.45 petang berikutan 'sentuhan pertama' bulan ke cakera matahari dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 4.26 petang. 15-01-2010 KOLAM renang di Pangsapuri Peringgit Indah, Peringgit, Melaka ini  terbiar sekian lama dan tidak diselenggara. Kolam ini bukan saja boleh menjejaskan pemandangan indah di kawasannya, malah paling berbahaya  menjadi sarang pembiakan nyamuk. Pemaju perlu lebih prihatin untuk mengelak penduduk di sekitar dijangkiti demam denggi jika ia terus dibiarkan. 14-01-2010 KITA menghargai bantuan ketika  mengalami nahas jalan raya, tetapi apabila terlalu ramai berkerumun untuk menontonnya, ia menyusahkan keadaan selain menambah kesesakan. Sikap pengguna yang lebih gemar menjadi penonton  ini dirakam di lampu isyarat Jalan Pending Kuching, Jumaat lalu apabila seorang penunggang motosikal parah akibat dirempuh  kereta  jam 5.40 petang. 12-01-2010
TUN Dr Mahathir mencuba motosikal berenjin kereta Stingray selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di Shah Alam, semalam. 10-01-2010 ORANG ramai mengadakan protes bantahan penggunaan kalimah Allah selepas solat Jumaat di Masjid Negara. 09-01-2010 PENGUSAHA van membawa 25 pelajar sehingga terpaksa berhimpit-himpit di Jalan Kota Samarahan, semalam. Tinjauan    pada hari kedua persekolahan mendapati beberapa van diberi permit untuk  muatan 11 penumpang  mengambil kesempatan untuk   mengaut keuntungan perkhidmatan dari Kota Samarahan ke Bandaraya Kuching. - Foto Bernama 10-01-2010 Pekerja Pasar Mini Al-Noor Sdn Bhd, Zainal Abidin Hanifa menunjukkan bekalan gula  ketika tinjauan  ke kedai berkenaan  di Ampang Jaya  Kuala Lumpur, semalam. Berkuat kuasa 1 Januari awal tahun  lalu, kerajaan menaikkan harga sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga baru barang keperluan itu ialah RM1.65 sekilogram di Semenanjung,   manakala di Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.75 sekilogram. 04-01-2010
UMAT Islam membuat demonstrasi secara aman isu penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. 02-01-2010 Musim kembali ke sekolah bermula: Ibu bapa dan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya tetap bersabar sekali pun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan barang keperluan dan buku menjelang sesi persekolahan 2010 yang   bermula minggu depan.  30-12-2009 KEBOCORAN hos bomba menyebabkan usaha memadam kebakaran yang memusnahkan lapan kedai papan di Jalan Gambier, Kuching, kelmarin, terjejas. Sehubungan itu, langkah segera pihak berkuasa menggantikan hos pemadam kebakaran baru mungkin dapat membantu pihak Bomba dan Penyelamat Padungan percepat kerja memadam. 24-12-2009 Runtuhan jalan utama dari pekan Kelian Intan ke bandar Gerik, Perak yang berlaku sejak setahun lalu semakin serius sehingga mencecah 18.27 meter. Orang ramai yang menyedari bahaya menggunakan jalan itu bertambah bimbang kerana kawasan runtuhan hanya ditutupi  kanvas tanpa  tanda amaran atau   tindakan pihak  bertanggungjawab. Keadaan membahayakan   pengguna yang melalui kawasan ini terutama pada waktu malam. 21-12-2009
BINTANG tenis dunia, (dari kiri) Zheng Jie, Elena,  Sania dan Maria menggegarkan 'Glam Slam' pada 19, 20 Disember di Stadium Malawati, Shah Alam.  'Glam Slam', jolokan buat Showdown of Champions 2009 akan menampilkan empat pemain wanita tenis antarabangsa dalam pertembungan Asia yang dibarisi Sania dan Zheng Jie menentang Russia diwakili Elena Dementieva dan Maria Kirilenko. - Foto Osman Adnan 19-12-2009 PENGERUSI CapitaLand, Datuk Mohammed Hussein (tengah), menyampaikan sumbangan RM50,000 melalui dua anak syarikatnya, Quill Capital Management Sdn Bhd   (RM30,000) dan Malaysia Commercial Development Fund (MCDF) (RM20,000), bagi membantu mangsa Taufan Ketsana di Filipina serta gempa bumi di Padang, Indonesia. Cek diterima Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa dan Pengarang Urusan New Straits Times, Nuraina Samad. Mohammed Hussein berkata, sumbangan bagi menambah dana pembinaan hospital di Padang  dan   sebagai  keprihatinan terhadap mangsa bencana. 16-12-2009 MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tengah) bergambar bersama sebahagian 1,700 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sempena Perhimpunan JPAM peringkat kebangsaan, di pekarangan Kompleks Stadium Gong Badak, dekat Kuala Terengganu, semalam. Pada majlis itu juga, pakaian seragam baru JPAM berwarna biru pelangi turut diperkenalkan bagi menggantikan seragam lama hijau tua. 16-12-2009 MENGUNDANG maut. Inilah yang dilakukan kanak-kanak yang tidak menghiraukan keselamatan diri ketika mandi di  pantai Marina Tanjung Lobang, Miri, Sarawak pada musim tengkujuh sekarang. Dilaporkan, setiap tahun berlaku kejadian  lemas di kawasan itu. Ibu bapa perlu memastikan anak  tidak melakukan kegiatan yang boleh mengancam nyawa terutama ketika mandi  di laut. 14-12-2009
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan perdana dimandikan sebelum upacara berkhatan dimulakan. Seramai 75 kanak-kanak asnaf, fakir dan miskin berusia enam hingga 12 tahun menyertai majlis itu di Masjid Bandar Baru, Sungai Buloh, baru-baru ini. Majlis berkhatan itu dianjurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam melaksanakan  tuntutan  Islam. 09-12-2009 HAKISAN tanah di laluan air ke anak Sungai Rinting di Jalan Tembusu 15 Taman Mega Ria, Johor Bahru mengancam penduduk di kawasan sekitar.  Hakisan semakin lebar setiap kali hujan lebat. Kedudukan taman ini yang  bersebelahan Kilometer 33 Lebuh Raya Johor Bahru-Pasir Gudang dapat dilihat dengan jelas. Pihak berkuasa diminta bertindak segera mengatasi masalah ini agar tidak mengundang bencana lebih besar sehingga mengorbankan nyawa penduduk. 08-12-2009 ABU SUFIAN HUSSIN (kanan) bersama  ahli keluarga  memindahkan kambing selepas kawasan rumahnya Kampung Sungai Belat, Kuala Terengganu, ditenggelami banjir, semalam. 07-12-2009 ORANG ramai kagum melihat Bot Perantas B90 milik Kastam Di Raja Malaysia membuat pertunjukkan sempena Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 'LIMA 09' di Awana Porto Malai. - Foto Rosdan Wahid 05-12-2009
SUKARELAWAN KRMK sanggup mengharungi banjir yang tercemar dengan najis ketika membantu menyelamatkan barang mangsa banjir di Kampung Geliga di Kemaman. 04-12-2009 GEMBIRA: (Dari kiri) Alias Mohd Nor Taib, 70, Ismail Saleh, 73, dan Harun Mohamad, 65, gembira menerima sumbangan wang sebanyak RM300 setiap orang pada majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, Terengganu. - Foto Aswadi Alias 03-12-2009 KANAK-KANAK yang tinggal berhampiran tebing Sungai Golok  menggunakan sampan untuk ke rumah sanak saudara untuk berhari raya berikutan rumah mereka masih ditenggelami banjir di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang. 28-11-2009 KANAK-KANAK di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang terpaksa berkongsi makanan selepas bekalan di pusat itu didakwa tidak mencukupi. 25-11-2009
SITI ROSMAH Ibrahim bersama Abdul Jalil Che Ngah membawa dua lembu untuk dikorban ke tempat selamat. 25-11-2009 SIKAP  penjenayah yang mencuri besi penghalang jambatan bukan saja merugikan kerajaan, malah mengundang padah kepada pengguna yang lain.  Jalan raya yang melalui jambatan Sungai Lubok Mulong, Kota Bharu, terdedah kepada bahaya terjatuh ke dalam sungai sekiranya berlaku kemalangan. 17-11-2009 Sudah tahu berbahaya melintas jalan terutama di jalan raya yang sibuk, jangan pula mempertaruhkan nyawa sendiri. Gunakanlah jejantas yang disediakan. Gambar ini dirakamkan di hadapan Kompleks Teruntum, Kuantan. Malah, di situ terpampang tulisan amaran supaya orang ramai menggunakan jejantas bagi mengelak kemalangan. 16-11-2009 Tangki air tak bertutup jadi perangkap maut. KAWASAN tangki air di pusat perindustrian Senai Murni, Senai yang tidak dikunci, menyebabkan ada kanak-kanak   ambil kesempatan bermain di kawasan berkenaan. Tambahan pula, tangki yang tidak ditutup  boleh mengundang padah kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan berkenaan. 14-11-2009
MUSIM hujan yang melanda kini menyebabkan banyak berlaku tanah runtuh dan mendap, ini tidak terkecuali di Jalan Dr Chong Ah Koon, Seremban, Negeri Sembilan yang membahayakan. Selain tindakan segera pihak berkuasa memperbaiki jalan mendap itu, pengguna juga perlu berhati-hati melalui kawasan berkenaan. Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kena baiki jalan, bukan sekadar letak tong dram. 10-11-2009 SEDUT debu setiap hari, itu yang dialami pengguna jalan raya berhampiran laluan utama ke Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, Kuantan, berikutan kegiatan lori mengangkut tanah dari kawasan berhampiran. Selepas dua tahun, pengguna berdepan  kemelut berkenaan, sepatutnya pihak berkuasa mencari penyelesaian masalah itu. 09-11-2009 PENDUDUK Kampung Kepah, Kuala Berang terpaksa menggunakan perahu kerana laluan utama  kampung  terputus akibat banjir. 07-11-2009 SEJUMLAH 2,000 topi keledar kura-kura, lusuh dan tidak memenuhi spesifikasi keselamatan Sirim dimusnahkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena program Kempen Pemusnahan Topi Keledar Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Stor Jabatan Kerja Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. 04-11-2009
Misi kereta solar Uniten berhasil: Kereta solar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Solar Ranger tiba di garisan penamat pada Cabaran Solar Sedunia 2009 di Victoria Square, Adelaide, Australia pada jam 11.40 pagi waktu tempatan, semalam. Ini bermakna Uniten dalam cubaan pertamanya berjaya menamatkan perlumbaan yang disertai 32 pasukan kereta solar dari 15 negara itu. Solar Ranger bergerak dengan kelajuan maksimum 60 kilometer (km) sejam berbanding kelajuan asalnya 110km sejam akibat masalah teknikal sebelum perlumbaan bermula Ahad lalu. Perlumbaan kereta solar sejauh 3,021km merentasi benua Australia bermula dari Darwin ke Adelaide itu dimenangi kereta solar 'Tokai Challenger' dari Jepun yang tiba di garisan penamat Rabu lalu dengan purata kelajuan 100km sejam. - Foto Bernama 01-11-2009 ANEH: Kejadian lingkaran bulat yang mengelilingi matahari di ruang udara Bandaraya Ipoh menarik perhatian penduduk yang berpeluang menyaksikan kejadian pelik itu berlaku selama lebih sejam. Turut kelihatan dua asap roket yang melalui lingkaran tersebut. - Foto Rosdan Wahid 29-10-2009 MAYAT mangsa ketiga V Divyashree dibawa keluar ke rumah mayat Hospital Kampar setelah berjaya ditemui di muara Sungai Chenderiang kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian. (Gambar bawah) Anggota keluarga serta rakan sekelas mangsa lemas Sungai Kampar, Kuala Dipang, V Divyashree, 12, meratapi kematiannya ketika memberi penghormatan terakhir di kediaman mangsa di Gopeng, hari ini. - Foto Ikhwan Munir 29-10-2009 ORANG ramai melihat besi jambatan gantung yang tercabut di tempat kejadian menyebabkan 22 murid peserta Kem  1Malaysia Daerah Kinta Selatan dikhuatiri hilang dibawa arus sungai setelah jambatan gantung merintangi Sungai Kampar ke tapak perkhemahan yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, putus dan runtuh. - Foto Ikhwan Munir 28-10-2009
DUA penduduk  menunjukkan jambatan kayu di Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan rosak yang perlu dibaiki semula atau digantikan dengan jambatan konkrit bagi mengelakkan kejadian  tidak diingini,  termasuk jambatan runtuh. 21-10-2009
  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
  • BT ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker