Berita Harian Online

 

  • Selasa, 07 Oktober 2008
  •  | 
  • 7 Syawal 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:44
ZUHUR 13:04
ASAR 16:17
MAGHRIB 19:05
ISYAK 20:14
Waktu solat kawasan lain...

Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      MUTAKHIR    

Versi Akhbar Digital

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

1klassifieds -- Tel: 1300 808 123

  • Hartanah
  • Auto
  • Kerjaya

Promosi

  • Berita Harian - Versi PDA
  • Berita Harian - Versi Akhbar Digital
  • Arkib Berita sejak 1991
  • RSS Feed
  • ADTimes

Klik Khas

  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit



Search for products in 240 countries
Orang ramai membantu kakitangan penyelenggara lebuh raya  mengalihkan kayu balak yang menghalang trafik apabila sebuah lori membawa balak terbalik di Kilometer 268.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, jam 12.30 tengah hari semalam. Lori dari arah Seremban ke Kajang hilang kawalan sebelum terbalik  menyebabkan kedua-dua arah lebuh raya sesak teruk,  sementara pemandu lori cedera ringan. 07-10-2008 Lega kembali ke pangkuan  keluarga. Salwadi Mamat 31, mangsa tebusan lanun kapal Bunga Melati 2 di Somalia yang sudah dibebaskan bersama Ibu tirinya, Rokiah Mat Deris, 71, dan ayahnya, Mamat Osman, 79, ketika berhari raya di rumahnya di Taman Alia, Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan, semalam. 06-10-2008 MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan bersama isteri Raja Salbiah Tengku Najumuddin menyambut ketibaan warga emas   di Kampung Tanjung Rantau, semalam. 05-10-2008 PENGURUS  Penerbangan Malaysia (MAS) Sarawak, Shauqi Ahmad (tiga dari kiri) dan isteri Nurul Akma (dua dari kiri) melayan tetamu di rumah terbuka di Park View Tower, di Jalan Tabuan, Kuching. 05-10-2008
RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (duduk kanan), Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin dan Raja Puan Muda, Tunku Lailatul Shahreen Akasha, berkenan menerima menghadap rakyat  sempena sambutan Aidilfitri di Istana Arau, semalam. 05-10-2008 ORANG ramai menikmati juadah yang dihidangkan di rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena  Aidilfitri di Dewan Milenium di Kepala Batas, semalam. 05-10-2008 MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima ucapan selamat hari raya dari orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan negeri di Wisma Negeri, sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Seremban. 03-10-2008 KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman menghulur sumbangan duit raya kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya  di Seri Bendahara di  Ayer Keroh, Melaka. 03-10-2008
KIRA-kira 300 keluarga Dukut Halijah berkumpul sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kepayang, Ipoh, Perak. 03-10-2008 KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud  menyampaikan duit raya kepada orang kurang upaya dan keluarga miskin pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua Menteri Sarawak, di Kuching, Sarawak. 03-10-2008 TETAMU mengambil juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, di Johor Bahru, Johor. 03-10-2008 MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (tengah), Bekas wartawan  Berita Harian,   Hambali Latif  dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail berbincang  pada Majlis Jamuan Hari Raya Perantau di Hotel Primula, Kuala Terengganu. 03-10-2008
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka, Kota Bharu. 03-10-2008 ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memilih hidangan pada  Majlis Perjumpaan dan Berhari Raya Bersama Pegawai, di Kuala Lumpur. 03-10-2008 YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah   beramah mesra dengan  duta dan pesuruhjaya tinggi asing di Malaysia   sempena  majlis sambutan Aidilfitri di Istana Negara. 03-10-2008 PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib   Razak meraikan orang ramai pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan     menteri Kabinet  di  PWTC.  Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. 03-10-2008
PELANCONG Australia  mencuba rendang dan lemang pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan    menteri Kabinet   di   PWTC. 03-10-2008 ORANG ramai   hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 03-10-2008 MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bersalam dengan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan  menteri Kabinet di  PWTC. 03-10-2008 MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique   menandatangani autograf      kepada pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan  menteri Kabinet di PWTC. 03-10-2008
Mangsa bot karam pulang: Pendatang tanpa  izin yang terselamat dalam  kejadian bot karam berhampiran Pelabuhan Barat dihantar pulang menaiki kapal  KN Sarotama dari Indonesia. 03-10-2008  KEADAAN bahagian depan sebuah lori  pasir remuk teruk selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, semalam. 30-09-2008 BAPA kepada Sharlinie, kanak-kanak hilang sejak Januari lalu, Mohd Nashar Mat Hussein (kanan) dibantu isterinya, Suraya Ahmad dan anak-anaknya, Nurul Amirah dan Sharliena memasang tikar getah pada rumah baru mereka di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu, semalam. 30-09-2008 SANIAH Imran, 59,  bersama  Mohd Jais Abdul Razak membuat lontong daun pisang batu,  juadah istimewa  masyarakat Jawa untuk dihidangkan pada   Aidilfitri. 29-09-2008
ZAHEDY Zakaria, 30, (dua dari kiri) sekeluarga membersihkan pusara di kawasan perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar, Johor. Amalan membersihkan pusara secara bergotong- royong sudah menjadi tradisi masyarakat Islam menjelang  Aidilfiri. 29-09-2008 JOHARI Mohd Mustafa, 31, menyusun  buluh lemang di Pasar Tani Mega, Kuantan.  Buluh berkenaan dijual dengan harga   RM10 seikat untuk  sembilan batang. 29-09-2008 ZAITUN Surin, 61, menjual pucuk kelapa belum  dianyam dengan harga RM3  di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. 29-09-2008  LILI Untum,  40, menjual sarung  ketupat yang siap dianyam pada  harga   RM5 untuk 10  biji  di Pasar Keramat, Kuala Lumpur. 29-09-2008
Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Salim Parlan (tengah) berbuka puasa bersama anggota  JPJ  di Puduraya, malam kelmarin. 29-09-2008 Rumah 19 keluarga hangus.  Anggota bomba sukarela berusaha memadamkan  kebakaran di Kampung Pekan Lama, Gurun, Kedah petang semalam. Sembilan belas keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami sejak 40 tahun lalu hangus. Kejadian disyaki akibat litar pintas. 28-09-2008 Penduduk Kampung Penambang di Kota Bharu, membanjiri perkarangan rumah pengusaha songket terkenal di Kelantan, Nik Zainab Nik Mohamed yang menyampaikan zakat kepada penduduk di situ hari ini. Dilaporkan keadaan di rumahnya itu mulai sesak apabila diserbu kira-kira 2,000 penduduk kampung sejak jam 7 pagi tadi. Amalan memberi zakat kepada fakir miskin telah menjadi tradisi keluarganya sejak 30 tahun lalu setiap kali tibanya 27 Ramadan. - Foto Bernama 27-09-2008 Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok menunjukkan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu di sini, hari ini. Turut kelihatan ayahnya Kok Kim Tong, 74, dan ibunya Cecilia Pong, 71. Bagaimanapun kejadian kira-kira jam 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. - Foto Bernama 27-09-2008
  Keadaan struktur dinding asrama  Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun,  Tanjung Karang yang runtuh dan menghempap Mohd Farid Aidilfitri (gambar kecil) malam kelmarin. 27-09-2008 RAJ parah akibat dihempap televisyen dipercayai ketika cuba memanjat rak. 27-09-2008  POKOK tumbang ketika  ribut  sekitar kawasan Perindustrian IKS MIEL, Batu, semalam. 27-09-2008 EMPAT remaja didakwa menculik dan membunuh di Kulaijaya dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam. 27-09-2008
PELITA meriahkan kedatangan Aidilfitri. Ahmad Fareezuan Dusa, 6, (kanan) bersama abangnya Ahmad Firdaus, 8, asyik menyusun pelita ayam sempena sambutan malam tujuh likur di rumah mereka di Ipoh, Perak, malam tadi. Jika  dulu, buluh atau tin susu digunakan sebagai pelita bagi menceriakan kedatangan Aidilfitri, tetapi kini diganti dengan pelita plastik atau aluminium berwarna-warni. - Foto Bernama 27-09-2008 DUA anggota polis trafik melakukan pemantauan dari menara pemerhati di Kilometer 306 Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam. 26-09-2008 Berbuka puasa beramai-ramai memang menyeronokkan.  Ini yang dilakukan penduduk Kota Bharu, Kelantan yang membanjiri pekarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV, baru-baru  ini. Mereka berbuka puasa, solat Maghrib dan solat sunat Tarawih bersama-sama. 25-09-2008 Ops Sikap bermula: Pegawai trafik, Cif Inspektor Rahimi Zainol (kiri) mengetuai operasi menjelang Ops Sikap di Lebuh Raya Kesas, semalam. 24-09-2008
Lemang cukup sinonim dengan sambutan Aidilfitri, sehubungan itu persiapan  awal  dilakukan Mohd Eruan Md Ramli, di Hulu Klang, Selangor. Beliau berkata, sejumlah 1,000 lemang akan dibakar untuk dijual sempena Aidilfitri, minggu depan. 24-09-2008 Pencipta dan penyanyi lagu kontroversi, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, diiringi ibu dan bapanya pagi ini memberi keterangan di Bukit Aman, berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu. - Foto Azahan Rosli 23-09-2008 Anis Suraya yang popular dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi, hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Terengganu, hari ini bagi kes permohonan cerai taklik terhadap suaminya, Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin. - Foto Saifullizan Tamadi 23-09-2008 Persiapan raya hangus dalam kebakaran: Abu Bakar Md Zain melihat baju raya isterinya yang  disambar api dalam  kebakaran di Rumah Panjang Hijau Mak Mandin, Butterworth, awal pagi semalam. Dalam kejadian berkenaan dua warga emas maut, termasuk seorang rentung. 23-09-2008
ASISTEN Superintendan Ghazani Jusoh serta anggota trafik dari Cawangan Kuala Lumpur membuat pemeriksaan terhadap  pemandu bas di Hentian Sementara  Bukit Jalil, semalam. 22-09-2008 Pelita dapat sambutan: Pekerja Pasar Raya Zon Ria Kota Bharu, Hasbullah Idris membetulkan sumbu pada pelita yang dijual   RM1.90 seunit. Katanya,   sebanyak 1,000 unit pelita sudah   terjual  dan pesanan akan bertambah apabila tiba malam tujuh likur. 21-09-2008 Najib tinggalkan Kementah selepas 13 tahun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diarak di atas kenderaan istiadat pada majlis  perbarisan perpisahan untuknya di Dataran Kementah, di ibu negara semalam.  Majlis setengah jam itu dihadiri lebih 2,000 pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. 20-09-2008 2 cuba seludup wang ditahan: Seorang anggota tentera laut Indonesia memeriksa dua rakyat republik itu yang cuba menyeludup   686 juta rupiah (RM55,547) memasuki Singapura melalui Pulau Batam, Indonesia semalam. Kedua-dua lelaki terbabit yang mengatakan wang berkenaan sepatutnya dihantar kepada seseorang di Singapura ditahan ketika menaiki sebuah feri. Undang-undang Indonesia tidak membenarkan seseorang membawa lebih 100 juta rupiah (RM37,000) keluar dari negara itu. 19-09-2008
Beberapa pelabur menunjukkan reaksi kecewa apabila Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam hampir 40 mata kepada 963.29 mata, pagi semalam ekoran sentimen buruk pasaran saham dunia dan krisis kewangan global. 19-09-2008 Pegawai Waran II Kumaravel a/l Saminathan yang cedera tulang belakang melihat cek berjumlah RM18,800 yang diterimanya sambil ditemani isteri dan anaknya Sivenaispari dan Ajaikumar, 3 tahun, sempena Majlis Penyampaian Cek Pencen HilangUpaya Kekal (Skim Ex-Gratia) kepada Anggota ATM yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop di Wisma Pertahanan, hari ini. - Foto Yazit Razali. 18-09-2008 Pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) (kanan) mengambil keterangan seorang pemuda Islam  di sebuah kedai makan di Indera Mahkota 14, dalam operasi menahan orang Islam yang tidak berpuasa. - Foto Nordin Abdullah 18-09-2008 Peniaga kuih, Tipah Roshidi, 26 dari Kampung Sungai Bedil, Kuching mempamerkan kuih tradisional Sarawak 'agar-agar gulung'. Ia adalah salah satu hidangan paling istimewa di negeri ini apabila tibanya hari raya. - Foto Nik Hariff Hassan 18-09-2008
RAHIMAH Jamang, 31, menunggu jenazah anaknya, Al Mujib di Hospital Ampang, malam tadi bersama kawan mangsa, Azlan Alham, 12. 18-09-2008 TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar (tengah) dan Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah (kanan) berbuka puasa bersama anggota trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman. 17-09-2008 MUHAMMAD Najmi cedera di muka dan tangan akibat bermain mercun di Kampung Batu Lapan, Pendang malam kelmarin. 17-09-2008 MOHAMED Khaled mencuba motor menggunakan kuasa oksigen dan hidrogen yang masih lagi dalam tempoh percubaan oleh Universiti Teknologi Malaysia di UTM, semalam. 17-09-2008
IBU dan bapa Lai (gambar kecil) selepas membuat pengecaman mayat di Hospital Sultanah Aminah, semalam. 17-09-2008 AZRAAI (baju kuning) bersama anak buahnya mencuba 'sisha gergasi' sambil diperhatikan pegawai hotel penginapan pasukan di Manama, Bahrain, semalam. 16-09-2008 3,000 murid  SRA, KAFA khatam al-Quran: Sebahagian murid Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada majlis Khatam al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2008, di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam. Seramai 3,000 murid menyertai program berkenaan  yang diadakan untuk menunjukkan kebolehan  murid  SRA dan KAFA mendengarkan bacaan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat. - Foto Salim Shaari 16-09-2008 RIBUAN penduduk berasak untuk mendapatkan zakat di sebuah bandar di Jawa Timur, semalam. 16-09-2008
MOHD Zulkifli meraung kesakitan kerana tangannya parah akibat bermain mercun. 15-09-2008 SEBAHAGIAN ahli Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia gembira menerima penyerahan bungkusan makanan yang disampaikan Islamic Relief Malaysia sempena sambutan bulan Ramadan, semalam. 15-09-2008 MAHATHIR Mohamad Abas mengangkat adiknya, Mohd Ali yang patah kaki kanan dalam nahas di Alor Star, semalam. 15-09-2008 MAZLAN Mustakim (dua dari kanan) mengajar cara menganyam ketupat kepada pelancong dari Afrika Selatan, Shelly Van Reenen (dua dari kiri) bersama anaknya Ilana Van Reenen (kiri) dan pelancong dari Korea Selatan, Chae Gyu Hui (tiga dari kiri) dan Jang In Kyung (kanan)  sempena promosi Kraf Aidilfitri 2008 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, semalam. 15-09-2008
Seramai 283 pengetua dan guru besar sekitar Perak menghadiri majlis berbuka puasa  yang diadakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, kelmarin. Hadir sama, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.  Tetamu kemudian   solat tarawih berjemaah bersama Raja Dr Nazrin 13-09-2008 SHARIFAH   Fatimah Syed Akil, 52, dari Kampung Sekati, Manir, memasak kuih tradisional Terengganu 'Menganang' yang amat tersohor terutama pada bulan puasa  yang dibakar dengan menggunakan  acuan tembaga kuih dan  sabut kelapa di rumahnya. 13-09-2008 SITI  Aishah Mahmood, 42, (kanan) tidak  mensia-siakan masa mengambil keberkatan bulan Ramadan  dengan mengajar anak lelakinya, Danial Hakimi, 5, membaca Iqra' ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man  di Kuala Terengganu, semalam. 13-09-2008 Perwira berbuka puasa di sempadan. Bagi yang bernasib baik, mereka dapat berbuka puasa di rumah bersama keluarga. Namun bagi anggota tentera yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, berbuka puasa di tempat bertugas adalah perkara biasa. Bagi anggota 8 Briged, Infantri Malaysia, dari kiri Mohd Zakri Mohd Zain, Allyusman Nor Hashim dan Shamsudin Kassim mengawal di sepanjang sempadan Rantau Panjang, Malaysia dan Sungai Golok, Thailand, cukup penting walaupun pada bulan Ramadan. 13-09-2008
HADAPI PENGADILAN: Seorang anggota polis menyerahkan saan trafik yang mempunyai waran tangkap di sekitar Selayang. 12-09-2008 KEK berbentuk masjid Dian Al-Mahri menjadi tarikan di sebuah hotel di Jakarta, semalam. Kek itu setinggi tiga meter dan 1.5 meter lebar dibina dengan menggunakan adunan 55 kilogram coklat hitam, 40 kilogram coklat putih dan 25 kilogram susu coklat, sempena bulan Ramadan. - AFP 12-09-2008
  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker