Berita Harian Online

 

  • Jumaat, 21 November 2008
  •  | 
  • 23 Zulkaedah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:41
ZUHUR 13:02
ASAR 16:24
MAGHRIB 18:59
ISYAK 20:12
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Pesona ikan hiasan

48 Jam: Khazanah rimba

Kenikan Mutiara Taman Negara

Pesta makan

Aneka manisan istimewa disediakan

Cita rasa tiga serangkai di Avanti

KL 'meja makan' istimewa

48 jam: Perlis ada anggur

Sekolah F1

48 jam: Jejak Hang Tuah

Bida tinggi

48 jam: Muar oh Muar!

Rintihan keamanan

48 jam: Ronda-ronda 3 bandar

Kasih: Pusat sehenti warga emas

Terima kasih Tunku!

48 jam: Layan bagai raja

Misteri Fail X

Balik kampung, kepulangan dinanti

Nostalgia Aidilfitri

48 jam: Pujuk ikan layar

Legenda dua tasik

Borong raya!

Selera kampung, nostalgia desa bangkit selera

48 jam: Panggilan pulau

Rai Merdeka!

48 jam: Pesona pulau legenda

Temasya batik

48 Jam: Tarikan Dungun

Saudagar vintaj

Rahsia Lembah Belum

9 hari santai

48 jam: Khazanah laut

Pusaka ayah

48 jam: 1 destinasi 2 benua

48 jam: Banyak aktiviti menanti anda di Kuala Selangor

Calitan Simbolik - Nuansa rasa Ahmad Zakii

48 Jam: Spektrum pelancongan

Kepelbagaian rasa selera eksotik

48 Jam: Candat sotong di Pulau Kapas



Google
Pelan Media Online










Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera Skuad MUTAKHIR

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • SABTU

Teh Melayu: 22 aroma

Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my




Sajian istimewa teh herba Melayu

MENURUT hikayat lagenda, teh dikatakan ditemui Maharaja China, Shennong pada kurun 2737 Sebelum Masihi. Catatan kuno menyebut, Shennong mencipta teh apabila sehelai daun dari pohon teh atau nama saintifiknya, camilla sinensis, gugur lalu jatuh ke dalam belanga air yang sedang dimasak maharaja itu.

Sukar membayangkan apakah kisah Maharaja Shennong itu benar atau sekadar cerita dongeng. Namun hakikatnya, teh yang pada asalnya daun beraroma dikering dan direneh bersama air untuk dijadikan minuman, terus menyusup ke dalam akar sejarah dan budaya ketamadunan China. Tidak hairan, teh cukup sinonim dengan orang China malah ia menjadi satu daripada tujuh barang perlu dalam kehidupan mereka selain kayu api, beras, minyak, garam, sos dan cuka.


Hakikatnya, jika anda berkunjung ke rumah rakan berbangsa Cina, tentu anda disajikan teh bukannya kopi.

Selain teh Cina, teh Inggeris atau English Tea juga sering dikaitkan dengan kehidupan keluarga bangsawan Inggeris. Teh menjadi hidangan minuman petang wajib, dihidang di meja menghadap taman bunga di rumah agam, bersama kepingan biskut atau cookies yang enak jika dicelup separuh lembut bersama air teh. Nikmatnya tidak terkata...

Namun pernahkah ada mendengar teh Melayu? Jangan tidak tahu, orang Melayu juga kaya dengan teh. Jika anda pernah mendengar ubat periuk - ramuan penawar yang direneh perlahan-lahan hingga sebati, ia menepati konsep teh sebagai air pati. Umum tidak menyedari kewujudan teh Melayu, mungkin atas faktor penjenamaan atau lebihnya tumpuan kepada teh Cina dan Inggeris yang dipasarkan secara komersial.

Safinah membangunkan sendiri produk teh herba Melayu kerana minatnya yang mendalam.

Air akar kayu atau rebusan herba bukanlah asing dalam kehidupan orang Melayu. Dalam dunia perubatan tradisional, amalan merebus daun, akar kayu mahupun tumbuhan herba untuk dijadikan ubat sudah menjadi lumrah dalam mencari penawar. Nyata konsep teh dalam masyarakat Melayu sudah lama diamalkan cuma ia mungkin tidak diberi tempat sepatutnya dalam menu harian dan kesihatan badan.

Soalnya, di mana kita hendak mendapatkan teh Melayu? Perlukah kita menyusup ke kampung-kampung mencari produk ini atau melakukan eksperimen sendiri mereneh daun herba untuk dijadikan teh? Jawapannya mudah, kunjungi saja cawangan Malay Tea House di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong atau di Pasar Seni Kuala Lumpur.

Peluang menghirup secawan teh herba daun limau purut yang tentunya berkesan dalam memecah lemak dan toksid badan di cawangan Malay Tea House di Pasar Seni, baru-baru ini cukup menenangkan. Disambut gadis manis berkebaya dan dekor berlatarkan rumah Melayu, Malay Tea House benar-benar membawa penulis mengimbau kenangan silam berkunjung rumah moyang di Batu Gajah, Perak.

Sebaik kaki melangkah ke ruang restoran, aura rumah Melayu kuat menerpa. Dari ukiran dinding, hiasan meja, set cawan dan teko serta gulungan sapu tangan berwarna putih dengan motif bunga halus - semuanya membawa kenangan tersendiri buat penulis. Begitu juga dengan peralatan dapur termasuk pinggan mangkuk yang digunakan - semuanya bermotif bunga lama malah dijual jika ada pelanggan berminat memiliki koleksi ini.

Namun di sebalik dekor bercirikan ketukangan Melayu, deretan 22 teh herba dalam tin yang tersusun cantik dalam rak almari di suatu sudut restoran, paling mencuri perhatian. Dibungkus sebegitu cantik malah menepati selera antarabangsa, produk Malay Tea House yang menghimpunkan 22 sajian teh herba direka khusus dengan kerjasama FRIM termasuk Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), membuka mata terhadap keupayaan anak tempatan menghasilkan produk kemegahan orang Melayu.

Mendekati Ketua Eksekutif Warisan Asal Sdn Bhd, Safinah Yaakob yang berasal dari Perak, nyata semangat cintakan warisan Melayu amat kental dalam diri wanita ini.

"Saya teringat suatu ketika dulu bagaimana opah-opah kita menyediakan ubat periuk, bagaimana rapinya persiapan daripada memilih daun herba dan merenehnya perlahan-lahan.

"Apa yang saya lakukan di Malay Tea House ialah memperkenalkan bagaimana Melayu juga mempunyai teh dan teh herba kita juga tidak kurang dengan khasiat," katanya.

Membelek risalah produk Malay Tea House, dakwaan Safinah nyata benar. Himpunan 22 jenis herba keluaran syarikat itu pelbagai fungsinya dan jika diamalkan berterusan, tentu mujarab. Daripada ulam raja, asam gelugor, daun limau purut, daun pegaga, daun kesum, emas cotek, hempedu bumi, daun selom, daun asam paya dan misai kucing - semuanya ada dan boleh disesuaikan pengguna mengikut masalah atau simptom yang dialami.

Cerita Safinah, beliau pernah membawa sampel teh Melayu keluarannya untuk diuji seorang sifu teh di China.

"Saya bawa teh ini kepada seorang sifu di Beijing dan bertanya apakah produk ini boleh diterima sebagai keluarga teh. Tanpa banyak soal, sufi ini menuang teh Melayu ke dalam piring leper, cawan kecil dan gelas tinggi.

"Sifu ini terus meneguk teh dari setiap bekas. Selesai mencuba, sufi ini memberitahu bau dan rasa teh ini kekal walaupun dari bekas leper, kecil mahupun tinggi. Menurutnya, teh ini rasanya tetap sama walaupun dari bekas yang cepat sejuk dan paling penting rasanya kekal di tekak," katanya sambil menambah pengiktirafan sifu Beijing ini membuktikan teh Melayu memiliki banyak khasiat seperti teh Cina.

Jamu selera sajian tradisional, menyihatkan

KAFE kesihatan mungkin gelaran paling sesuai diberi kepada Malay Tea House yang mula membuka pintu kepada pelanggan di cawangan pertamanya di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, April lalu.

Selain sajian 22 teh herba istimewa, Malay Tea House tidak menghidangkan gula kepada pelanggan sebaliknya madu berkhasiat. Selain itu, juadah lain yang dihidang dimasak mengikut cara tradisional serta ramuan asal. Bayangkan, kuih bakar dimasak dari asap sabut kelapa bagi mendapatkan rasa autentik seperti yang disediakan opah pada zaman dahulu.

"Kita mahu perkenal kepada dunia bahawa orang Melayu kaya dengan herba malah kita ada lebih 2,000 jenis herba. Produk teh herba dihasilkan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) terperinci bersama.

"Daripada hanya tiga herba iaitu serai, limau purut dan misai kucing yang dihasilkan pada 2004, kita sekarang kita ada 22 perisa yang masing-masing mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri," kata Safinah sambil menambah bekalan herba diperoleh dari ladang herba sendiri selain ladang kontrak.

Safinah berkata, pihaknya menjangka tempoh enam bulan pertama beroperasi penting bagi mendidik masyarakat terutama orang Melayu mengenai kepentingan teh herba.

"Pemerhatian kita menunjukkan orang Melayu masih belum benar-benar mengenali teh herba Melayu. Ini berbeza dengan pelanggan Cina yang memang sejak dari kecil sudah didedahkan dengan khasiat teh herba," katanya.

Safinah yang memiliki pengalaman luas dalam bidang pengiklanan berkata, 100 peratus kerja membangunkan produk dilakukannya sendiri termasuk mereka bentuk pakej atau tin minuman herba berkenaan.

"Misalnya, orang Melayu tidak ada teko teh macam orang Cina. Saya dapatkan khidmat tukang labu sayung di Perak mencipta teko dan cawan teh istimewa bagi produk ini. Selain menghidangkan teh dalam teko ini, kita juga menjualnya sebagai cenderamata kenangan terutama bagi pelancong asing," katanya.

Safinah berkata, konsep penyediaan makanan dan minuman autentik Melayu dikekalkan di kafe miliknya.

"Kita hanya menjual makanan tradisional Melayu termasuk lauk orang kahwin seperti nasi tomato. Tidak ketinggalan ketupat daun palas, kuih tradisional, nasi lemak, laksa, mee rebus, rendang tok, otak otak dan laksa Penang yang semuanya dimasak mengikut resepi asal," katanya.

Fakta Khasiat Teh Herba

  • Dukung anak (phyllanthus niruri) - boleh merawat demam kuning, asma, kencing manis, anaemia dan hepatitis B

  • Daun serai (cymbopogon citratus) - mujarab untuk merawat depresi, batuk, sakit kepala, demam, masalah penghadaman, angin dan cirit birit.

  • Daun limau purut (citrus hystrix) - anti oksidan, kaya vitamin dan mineral seperti vitamin C, B1, B2, sodium dan potasium. Boleh membantu menghalang masalah jantung dan barah, mengurangkan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan sistem pertahanan badan.

  • Peria (momordica charantia) - kaya vitamin A, B1, B2 dan besi. Mengatasi masalah hipertensi, komplikasi mata serta memperkuatkan daya tahan badan.

  • Daun misai kucing - Kajian saintifik di Amerika Syarikat (AS), Asia dan Eropah sejak awal kurun ini menemui 23 kebaikan daun ini. Antaranya mengatasi penyakit kencing manis, darah tinggi, arthritis, rheumatism, gout dan batu karang.

  • Daun hempedu bumi (andrographis paniculata) - mujarab untuk mengubat demam selesema dan masalah pernafasan.

  • Daun pegaga (centella asiatica) - digunakan secara tradisional untuk merawat radang paru-paru, masalah buah pinggang dan amat sesuai diambil ibu yang baru melahirkan anak dan awet muda.

  • Daun jambu (psidium guajava) - baik untuk mengurangkan demam, selesema, sakit tekak selain menguatkan jantung.

  • Daun ulam raja (cosmos caudatus) - berkesan untuk memulihkan pengaliran darah. Daun ini mengandungi protein, kalsium, serat dan vitamin A.

  • Daun emas cotek (ficus deltoidea) - amat baik untuk pengaliran darah dan rejuvenasi. Mampu merawat gout, hypertensi dan kencing manis.

  • Selaseh hitam (ocimum basilicum) - baik untuk merawat batuk dan selesema di kalangan kanak-kanak.

    INFO: Kaedah memproses teh herba Malay Tea House

    • 1. Daun herba sederhana muda dan meranum (tidak berapa tua) dipetik dari pohon yang ditanam secara organik menggunakan baja buatan sendiri
    • 2. Daun herba dicuci dengan air biasa.
    • 3. Ulangi proses mencuci daun dengan menggunakan air osmosis songsang.
    • 4. Daun ditos dan dikeringkan melalui proses perlahanan di makmal. Suhu yang digunakan untuk mengering daun adalah setara tetapi dalam jangkamasa panjang. Ini perlu bagi mengekalkan khasiat dalam daun. Proses ini mematuhi standard pemprosesan teh di mana daun akhirnya tidak hangus, kering dan tidak berapa basah.
    • 5. Daun dikisar kepada saiz tertentu, bukannya sehingga lumat.
    • 6. Daun ditapis dan disaring mengikut saiz sama.
    • 7. Cebisan daun dimasukkan ke dalam uncang sebelum uncang dijahit dan dimasukkan ke dalam tin kedap udara.
    • 8. Uncang teh herba sedia untuk diedar dan dijual.


    Di mana Malay Tea House?

    • Jalan Symington,
      Off Jalan Jelutong,
      Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
      Kuala Lumpur.
      Tel : 03-62803503/06

    • Lorong Kelapa,
      Lantai Bawah,
      Pasar Seni Kuala Lumpur
      Tel : 017-3007811
      e-mel : safinah@waris2u.com


  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • Rebut LIMPAHAN DOWNLINE!! Pra-daftar sekarang
    • MELANGSINGKAN SEHINGGA 10KG DALAM 30HARI
    • $$TERAWAL dalam VEMMA Malaysia$$$$... 100%online
    • BEKERJA DIRUMAH...PULANGAN RIBUAN RINGGIT
    • MEMANG DAPAT DUIT TUNAI DISINI !
    • BERMADU MEMANG SERONOK...Betul ke ?
    • DAFTAR PERCUMA.... PENDAPATAN DALAM USD
    • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
    • Kami Sediakan...Anda Tentukan... JOMMMMM
    • DUIT SEKELIP MATA!! PENDAPATAN DIJAMIN!!
    • SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
    • PRODUK KESIHATAN LELAKI TERKINI DIPASARAN
    • RAMAI AHLI SEDANG MENIKMATI DUIT !!
    • TERHANGAT menjelang 2009! BESTLELONG2U.COM
    • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
    • DAFTAR PERCUMA, PENDAPATAN RMXXXXX MINGGUAN
    • KETELUSAN KETULUSAN PUNCA ASAS KEKAYAAN
    • Bisnes Paling Mudah!! Pasti Berbaloi!!
    • HANYA RMXX, HARI-HARI MASUK RMXXX
    • Pendapatan $$Lumayan Terus Keakaun Bank
    • Rahsia Web Jualan Pendapatan Menarik
    • PRABAYAR PALING MURAH!! PALING UNTUNG!
    • TERNAK CACING, PERCUMA SISTEM PRABAYAR
    • SANGAT PASTI MEMANG DAPAT DUIT!
    • HARGA MINYAK TURUN...SAYA SUSAH!
    • PERCUMA BELAJAR FOREX DAN ISYARAT!
    • FUYYOOO...LAYAR INTERNET DAPAT DUIT!!
    • $$$MENYENGAT!!! PERNIAGAAN HEBAT PALING DICARI-CARI$$$
    • DISAHKAN DAPAT DUIT TIAP HARI !
    • Masa Untuk Buat DUIT !
    • SUMBER REKABENTUK GRAFIK PALINGGG GEMPAKKKK...!!!
    • TERBUKTI, DIIKTIRAF, BONUS MASUK HARI-HARI
    • Agihan PERCUMA - Pakej ISTIMEWA
    • DUIT TUNAI SETIAP HARI....!! LUMAYAN-LUMAYAN....!!!
    • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
    • ARTIS MASUK, DAFTAR PERCUMA, RMXXXXX/MINGGUAN
    • MEMANG SAH TIAP HARI DUIT !
    • Rahsia Forex Terhebat....200-300pips Sehari!!!
    • BIZ HEBAT!! BONUS HEBAT$$$ OKLA2
    • PENDAPATAN LUMAYAN DARI EKOLEKSI
    • JUTAWAN SENYAP MAYBANK2U BOCOR RAHSIA!
    • GEMPAR!!! JURUTERA YG MEWAH TERLAMPAU...
    • Jana Wang Dari Rumah
    • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
    • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
    • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker