Berita Harian Online

 

  • Jumaat, 21 November 2008
  •  | 
  • 23 Zulkaedah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:41
ZUHUR 13:02
ASAR 16:24
MAGHRIB 18:59
ISYAK 20:12
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Pesona Serama

Serigala jadian wujud

Orang awam layak jadi pengawal peribadi

Latihan mencabar, banyak ilmu baru diperoleh

Rusa muntjak Sumatera ditemui semula

Angkara manusia

Anak paus mati tercekik sampah

2,000 maut ditelan pasir jerlus

Tukang rias kuku kuda

Panduan merapi kuku kuda sama seperti manicure

Terapi solat

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Laman web lucah mudah dilayari

Burung nasar berbulu putih makin pupus

Bakti tokoh pewaris bangsa diiktiraf negara

Losimin, Vatsala curah bakti sejak kecil

Pastikan selamat ke destinasi

Kelajuan mengundang maut

Sedekah didik manusia lebih peka

Baitumal, NGO ceriakan golongan fakir sambut Ramadan, Syawal

Sedekah dalam talian

Tahlil bukan bidaah

Histeria penyakit psikiatri

Serangan emosi atau makhluk halus

Perpaduan belum terhakis

Maruah Jalur Gemilang

Sejarah Jalur Gemilang

Rumah RM6.6b 27 tingkat

4 kediaman termewah

Penyamun bermusim

Pencuri masuk perkenal diri sebagai saudara

Kaki kuntum teratai terakhir

Adi Taha didik masyarakat menerusi muzium

Kuasa jimat minyak

Kereta hibrid lebih mahal

MangkukTingkat.com

Sedia makanan ikut prinsip Islam

Menara berputar: Bangunan unik

Asal usul Melayu terus dikaji

Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa

Ibu bapa kena terus terang dengan anak



Google
Pelan Media Online










Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera Skuad MUTAKHIR

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • BMDUA

Kanak-kanak lebih patriotik

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my




Peranan keluarga penting untuk membentuk masyarakat bersatu padu

RAMAI yang berpendapat kanak-kanak lebih bersatu berbanding orang dewasa kerana mereka tidak membataskan rakan menerusi pengkelasan warna kulit, kaum, agama dan latar belakang keluarga.

Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah Baharudin, berkata kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktiviti seperti bermain dan permainan yang mereka sukai.


Oleh itu, katanya kanak-kanak dilihat lebih bersatu, walaupun pada hakikatnya penyatuan itu berlaku kerana mereka mempunyai minat yang sama.

Beliau menjelaskan kanak-kanak adalah naif dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan atau adil, malah membuat penilaian tidak berdasarkan nilai dan persepsi seperti orang dewasa.

“Persepsi dan nilai yang dipegang orang dewasa banyak mempengaruhi tingkah laku mereka. Orang dewasa juga banyak dipengaruhi sosialisasi dan pengalaman hidup dalam membentuk nilai dan persepsi. Oleh itu, penting pada peringkat awal lagi, setiap individu disosialisasi oleh keluarga dan masyarakat dengan nilai yang positif seperti bekerjasama, hormat menghormati, baik sangka dan nilai murni yang lain,” katanya.

Semangat perpaduan perlu disemai dalam jiwa anak sejak kecil.

Prof Rozumah berkata, orang dewasa terdorong untuk memperjuangkan fokus dan minat masing-masing dan andaian yang menyatakan kanak-kanak lebih bersatu berbanding orang dewasa adalah tidak tepat.

“Orang dewasa lebih memfokuskan dalam tumpuan hidup dan kerjaya serta cenderung melaksanakan dan memperjuangkan hanya apa yang bermakna bagi mereka, seolah-olah mereka kurang bersatu,” katanya.

Persoalannya bagaimana hendak menyatukan kepelbagaian yang tidak dapat dielakkan dalam kalangan orang dewasa? Jawapannya, banyak bergantung kepada siapa yang ‘mentadbir dan mengurus’ mereka sama ada dalam masyarakat, atau mana-mana organisasi.

Prof Rozumah berkata, mengikut kajian sosial peranan keluarga sangat penting untuk memupuk perpaduan di kalangan kanak-kanak dan membentuk masyarakat yang bersatu padu.

“Ketika ini, memang ada keluarga di Malaysia yang mensosialisasikan ahli keluarganya ke arah perpaduan kerana mereka faham bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan negara. Langkah pertama untuk perpaduan perlu bermula dalam keluarga.

“Tidak dinafikan kadangkala wujud sikap ‘xenophobia’ atau sikap benci kepada orang asing disebabkan asuhan keluarga,” katanya.

Beliau menjelaskan selain keluarga, institusi dan ejen sosialisasi yang lain seperti sekolah dan media perlu sentiasa memupuk semangat perpaduan dan nilai murni. Usaha berkenaan perlu dilakukan secara konsisten dan bukan bermusim.

Beliau menyatakan pembangunan manusia atau kanak-kanak dipengaruhi dua unsur besar iaitu sistem mikro dan makro yang memainkan peranan utama dalam pembinaan peribadi terutama di peringkat awal usia individu.

“Jika sistem ini diabaikan pada peringkat awal maka sukar menangani gejala negatif yang ‘mewarnai’ individu itu ketika dewasa. Di peringkat mikro, elemen yang paling berpengaruh untuk pembentuk peribadi adalah keluarga manakala di peringkat makro, ini adalah tanggungjawab kerajaan dan pembuat polisi. Maka perlu ada ‘blue print’ untuk membudayakan cara hidup perpaduan dan nilai murni.

“Pengaruh sistem makro untuk pembentuk peribadi sangat kuat dan ia juga mempengaruhi bagaimana sistem mikro perlu bertindak. Tabika Perpaduan dan sekolah campur adalah elemen dalam sistem makro yang dijangka mampu memupuk semangat perpaduan dan penerimaan kepelbagaian cara hidup warga Malaysia,” katanya.

Di peringkat kanak-kanak, jika semangat perpaduan itu dipupuk dan disemai oleh ibu bapa dan guru, maka lebih mudah untuk membentuk mereka menjadi insan yang mudah menjalinkan kerjasama serta bersatu dengan orang lain.

Sebenarnya, tanpa pengajaran formal pun, kanak-kanak dapat menterjemahkan perpaduan itu menerusi perilaku dan kelakuan yang mereka lihat daripada orang dewasa.

Contohnya, jika kita berjiran dengan bangsa lain, ibu bapa tidak memusuhi jiran, saling hormat menghormati dan mengambil berat hal ehwal tetangga, perkara ini akan diikuti oleh generasi muda.

Sementara itu, penulis berkesempatan menghabiskan masa bersama kanak-kanak di Tabika Perpaduan Happy Garden, Jalan Kuchai Lama meraikan kempen kibar Jalur Gemilang.

Uniknya, Tabika ini mengumpulkan anak-anak daripada pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, Iban dan Bidayuh. Malah ada beberapa kanak-kanak daripada perkahwinan campur, bapanya Cina dan ibunya India, bapa Melayu dan ibunya Cina.

Guru yang mengajar kanak-kanak di situ adalah orang Melayu manakala pembantunya Cina manakala majoriti jawatankuasa Tabika itu adalah masyarakat Cina.

Perpaduan kaum juga jelas dilihat apabila ibu bapa dan beberapa ahli jawatankuasa Tabika turut hadir memeriahkan kempen kibarkan Jalur Gemilang.

Seramai 34 kanak-kanak mengambil bahagian dan apabila ditanya mengenai perpaduan, kebanyakannya tidak mengerti walaupun hakikatnya mereka memang bersatu padu dan bekerjasama menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang itu.

Bermakna perkataan “Perpaduan’ itu bukan pengukur kepada kerjasama dan kesefahaman atau apa yang dipraktikkan mereka.

Terfikir juga, kenapa orang dewasa yang lebih berupaya berfikir dengan kritis, selalu terlupa mengenai semangat perpaduan dan lebih menekankan isu perkauman sehingga mencetuskan kemarahan dan lebih teruk lagi konflik serta rusuhan yang menggugat keamanan negara.

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


Iklan Teks
  • JANGAN KLIK!! JIKA TIADA RMXX....
  • Qurrotaaini, Ubatmata, Resdung, Buasir, Asma
  • BELAJAR MEMBINA LAMAN WEB PROFESIONAL
  • $$DUIT LUMAYAN TERUS KEAKAUN BANK
  • Rebut LIMPAHAN DOWNLINE!! Pra-daftar sekarang
  • MELANGSINGKAN SEHINGGA 10KG DALAM 30HARI
  • $$TERAWAL dalam VEMMA Malaysia$$$$... 100%online
  • BEKERJA DIRUMAH...PULANGAN RIBUAN RINGGIT
  • MEMANG DAPAT DUIT TUNAI DISINI !
  • BERMADU MEMANG SERONOK...Betul ke ?
  • DAFTAR PERCUMA.... PENDAPATAN DALAM USD
  • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
  • Kami Sediakan...Anda Tentukan... JOMMMMM
  • DUIT SEKELIP MATA!! PENDAPATAN DIJAMIN!!
  • SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
  • PRODUK KESIHATAN LELAKI TERKINI DIPASARAN
  • RAMAI AHLI SEDANG MENIKMATI DUIT !!
  • TERHANGAT menjelang 2009! BESTLELONG2U.COM
  • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
  • DAFTAR PERCUMA, PENDAPATAN RMXXXXX MINGGUAN
  • KETELUSAN KETULUSAN PUNCA ASAS KEKAYAAN
  • Bisnes Paling Mudah!! Pasti Berbaloi!!
  • HANYA RMXX, HARI-HARI MASUK RMXXX
  • Pendapatan $$Lumayan Terus Keakaun Bank
  • Rahsia Web Jualan Pendapatan Menarik
  • PRABAYAR PALING MURAH!! PALING UNTUNG!
  • TERNAK CACING, PERCUMA SISTEM PRABAYAR
  • SANGAT PASTI MEMANG DAPAT DUIT!
  • HARGA MINYAK TURUN...SAYA SUSAH!
  • PERCUMA BELAJAR FOREX DAN ISYARAT!
  • FUYYOOO...LAYAR INTERNET DAPAT DUIT!!
  • $$$MENYENGAT!!! PERNIAGAAN HEBAT PALING DICARI-CARI$$$
  • DISAHKAN DAPAT DUIT TIAP HARI !
  • Masa Untuk Buat DUIT !
  • SUMBER REKABENTUK GRAFIK PALINGGG GEMPAKKKK...!!!
  • TERBUKTI, DIIKTIRAF, BONUS MASUK HARI-HARI
  • Agihan PERCUMA - Pakej ISTIMEWA
  • DUIT TUNAI SETIAP HARI....!! LUMAYAN-LUMAYAN....!!!
  • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
  • ARTIS MASUK, DAFTAR PERCUMA, RMXXXXX/MINGGUAN
  • MEMANG SAH TIAP HARI DUIT !
  • Rahsia Forex Terhebat....200-300pips Sehari!!!
  • BIZ HEBAT!! BONUS HEBAT$$$ OKLA2
  • PENDAPATAN LUMAYAN DARI EKOLEKSI
  • JUTAWAN SENYAP MAYBANK2U BOCOR RAHSIA!
  • GEMPAR!!! JURUTERA YG MEWAH TERLAMPAU...
  • Jana Wang Dari Rumah
  • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
  • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
  • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
Tempah Iklan Teks disini

  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker