Berita Harian Online

 

  • Jumaat, 21 November 2008
  •  | 
  • 23 Zulkaedah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:41
ZUHUR 13:02
ASAR 16:24
MAGHRIB 18:59
ISYAK 20:12
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Kedamaian Melbourne

Khazanah tamadun purba dunia

Bandar Syurga China

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Taksub Pergunungan Alps

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Azerbaijan

Puas mendaki gunung Annapurna

Kota perfileman

Kota seni penuh keunikan

Bandar atas air



Google
Pelan Media Online










Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera Skuad MUTAKHIR

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • KEMBARA

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai

Oleh Norhayati Md Said
yatisaid@bharian.com.my


PEMANDANGAN menarik di Uzungol, kira-kira 100 kilometer dari Trabzon.

Menjadi destinasi pilihan di Turki kerana keramahan penduduk dan warisan sejarah

SEBAIK mencecah kaki ke Trabzon, wilayah yang berhadapan dengan Laut Hitam di Turki, selepas kira-kira sejam menaiki pesawat dari Lapangan terbang Istanbul, perkara pertama yang hendak dilihat ialah kebenaran mengenai dua isu yang banyak diperkatakan di Turki ketika itu iaitu masalah tudung dan azan di masjid.

Namun sebahagiannya terjawab di Trabzon apabila sebahagian besar mereka memakai tudung. Setiap kali bertemu mereka akan mengucapkan salam.


Malah seorang lelaki yang agak berusia dengan pantas mengangkat beg berat dan meletakkannya di atas troli sambil memberi salam dan bertanya asal penulis. Mungkin kerana tudung yang dipakai berbeza daripada kebanyakan wanita di situ.

Begitu juga sepanjang berada di bandar bersejarah itu, kanak-kanak yang mungkin jarang melihat dan melihat pelancong luar akan menegur sekurang-kurangnya dengan dua ayat. "What's your name. Where are you from?. Itu mungkin kelebihan di Trabzon menyebabkan kita tidak berasa kekok berada di sana.

Difahamkan kebanyakan pelancong sebelum ini adalah rakyat tempatan terutama dari Ankara yang ingin lari dari hiruk pikuk bandar dan bangunan pencakar langit di bandar raya besar untuk menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan yang terletak di tepi Laut Hitam dan nyaman cuaca di kawasan tanah tinggi di sekitar bandar berkenaan selain peninggalan sejarahnya.

BIARA Sumela yang dibina pada abad ke-14.

Kelebihan itulah kini cuba dijual oleh kerajaan Turki kepada pelancong asing yang kebanyakannya bertumpu di Istanbul dan bandar besar lain di negara itu.

Walaupun kami dibawa ketika musim panas, namun kedudukan wilayah yang dikelilingi tanah tinggi dan laut itu, menyamankan suasananya. Rombongan kami seramai tujuh orang termasuk wartawan dari Indonesia dan Brunei Darussalam itu di bawa ke pelbagai tempat bersejarah di Trabzon selain kawasan pelancongannya.

Antara tempat paling menarik ialah di Uzungol, kira-kira 100 kilometer dari bandar Trabzon. Ketika sampai ke tempat penginapan kami, memang terasa sunyinya daripada hiruk pikuk bandar raya. Alangkah bagus jika dapat tinggal lama di kawasan di kelilingi bukit dan tasik.

Setiap tahun kira-kira 200,000 pelancong datang ke Uzongol. Ketenangan amat dirasakan apabila kami berjalan-jalan di tepi tasik pada waktu malam. Memang penduduk Trabzon peramah, sebaik sampai ke sebuah gerai kami disediakan teh Turki yang amat terkenal di negara itu tetapi mungkin saya saja yang terasa teh itu amat pekat.

KAWASAN perumahan tepi bukit.

Kira-kira jam 10.30 malam, kami boleh mendengar azan Isyak yang berkumandang dari masjid di Uzungol manakala subuh, jam 4.15 pagi, sebelum kami terpaksa berlepas untuk melawat ke tempat lain.

Kami dibawa pula ke Sumela Monastery (Biara Sumela) terletak di Gunung Zigana, kira-kira 50 kilometer dari bandar Trabzon yang dibina pada abad ke-14. Letaknya betul-betul di tepi tebing di kawasan hijau semula jadi pada 1,200 meter dari paras laut pasti mengagumkan. Seni bina dan lukisan serta ukiran di batu yang masih kekal memukau mata.

Namun banyak yang musnah akibat peperangan pada zaman dulu atau disebabkan cuaca yang mulai 'memakan' seni binanya. Tapi kerajaan Turki sudah memulakan kerja pemuliharaan di kawasan itu.

Satu lagi tempat menarik ialah kediaman Kamal Atartuk, yang dianggap pemimpin Turki moden. Bangunan dengan seni bina Eropah abad ke-19 terletak kira-kira tujuh kilometer dari Trabzon diambil alih oleh Majlis Perbandaran Trabzon pada 1964 untuk dijadikan tarikan pelancongan. Semua perabot dan peralatan yang digunakan Kamal Atartuk masih berada di dalamnya. Kediaman di situ sebenarnya hanya dilawatinya ketika beliau berada di Trabzon pada tahun 1930 dan 1937 sebelum meninggal dunia pada 1938 di Istana Dolmabahce, Istanbul.

Taman Negara Gunung Kackar yang dibuka kepada pengunjung pada 1994 pula mempunyai pelbagai spesies fauna termasuk beruang, babi hutan, musang, rusa, kambing hutan, kancil dan pelbagai lagi tetapi rombongan kami hanya dapat melihat rama-rama. Selain air terjun, kawasan seluas 51,500 hektar ini juga sarat dengan spesies floranya.

Sementara itu, Datuk Bandar Trabzon, M Volkan Canalioglu, berharap lebih ramai pelancong dari Asia Tenggara datang ke Trabzon.

Katanya, pihaknya kini sedang berusaha memperbaiki kerosakan di kawasan bersejarah manakala menambah penginapan terutama bajet hotel untuk menampung pertambahan pelancong ke negeri itu.

INFO

Bagaimana ke sana

Dari Malaysia ke Istanbul


  • Malaysia Airlines (MAS) - transit di Dubai

    Dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Istanbul

  • Turkish Airlines - tiga kali seminggu

  • Dari Istanbul ke Trabzon menaiki Turkish Airlines

    Tempoh perjalanan

  • Kira-kira 11 jam dari Lapangan Terbang Changi sehingga ke Istanbul

  • Istanbul ke Trabzon kira-kira satu jam

    Visa

    Pemegang pasport Malaysia dikecualikan daripada mengambil visa bagi perjalanan tidak melebihi 90 hari

    Maklumat lanjut sila layari: www.goturkey.com / www.kultur.gov.tr

  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • JANGAN KLIK!! JIKA TIADA RMXX....
    • Qurrotaaini, Ubatmata, Resdung, Buasir, Asma
    • BELAJAR MEMBINA LAMAN WEB PROFESIONAL
    • $$DUIT LUMAYAN TERUS KEAKAUN BANK
    • Rebut LIMPAHAN DOWNLINE!! Pra-daftar sekarang
    • MELANGSINGKAN SEHINGGA 10KG DALAM 30HARI
    • $$TERAWAL dalam VEMMA Malaysia$$$$... 100%online
    • BEKERJA DIRUMAH...PULANGAN RIBUAN RINGGIT
    • MEMANG DAPAT DUIT TUNAI DISINI !
    • BERMADU MEMANG SERONOK...Betul ke ?
    • DAFTAR PERCUMA.... PENDAPATAN DALAM USD
    • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
    • Kami Sediakan...Anda Tentukan... JOMMMMM
    • DUIT SEKELIP MATA!! PENDAPATAN DIJAMIN!!
    • SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
    • PRODUK KESIHATAN LELAKI TERKINI DIPASARAN
    • RAMAI AHLI SEDANG MENIKMATI DUIT !!
    • TERHANGAT menjelang 2009! BESTLELONG2U.COM
    • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
    • DAFTAR PERCUMA, PENDAPATAN RMXXXXX MINGGUAN
    • KETELUSAN KETULUSAN PUNCA ASAS KEKAYAAN
    • Bisnes Paling Mudah!! Pasti Berbaloi!!
    • HANYA RMXX, HARI-HARI MASUK RMXXX
    • Pendapatan $$Lumayan Terus Keakaun Bank
    • Rahsia Web Jualan Pendapatan Menarik
    • PRABAYAR PALING MURAH!! PALING UNTUNG!
    • TERNAK CACING, PERCUMA SISTEM PRABAYAR
    • SANGAT PASTI MEMANG DAPAT DUIT!
    • HARGA MINYAK TURUN...SAYA SUSAH!
    • PERCUMA BELAJAR FOREX DAN ISYARAT!
    • FUYYOOO...LAYAR INTERNET DAPAT DUIT!!
    • $$$MENYENGAT!!! PERNIAGAAN HEBAT PALING DICARI-CARI$$$
    • DISAHKAN DAPAT DUIT TIAP HARI !
    • Masa Untuk Buat DUIT !
    • SUMBER REKABENTUK GRAFIK PALINGGG GEMPAKKKK...!!!
    • TERBUKTI, DIIKTIRAF, BONUS MASUK HARI-HARI
    • Agihan PERCUMA - Pakej ISTIMEWA
    • DUIT TUNAI SETIAP HARI....!! LUMAYAN-LUMAYAN....!!!
    • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
    • ARTIS MASUK, DAFTAR PERCUMA, RMXXXXX/MINGGUAN
    • MEMANG SAH TIAP HARI DUIT !
    • Rahsia Forex Terhebat....200-300pips Sehari!!!
    • BIZ HEBAT!! BONUS HEBAT$$$ OKLA2
    • PENDAPATAN LUMAYAN DARI EKOLEKSI
    • JUTAWAN SENYAP MAYBANK2U BOCOR RAHSIA!
    • GEMPAR!!! JURUTERA YG MEWAH TERLAMPAU...
    • Jana Wang Dari Rumah
    • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
    • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
    • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker