Berita Harian Online

 

  • Selasa, 07 Oktober 2008
  •  | 
  • 7 Syawal 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:44
ZUHUR 13:04
ASAR 16:17
MAGHRIB 19:05
ISYAK 20:14
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Taksub Pergunungan Alps

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Azerbaijan

Puas mendaki gunung Annapurna

Kota perfileman

Bandar atas air

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai



eats
Pelan Media Online







Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      MUTAKHIR    

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
Search for products in 240 countries
  • KEMBARA

Kota seni penuh keunikan

Oleh Mustapa Omar
musomar@bharian.com.my


ISTANA Hofbugh menyimpan pelbagai khazanah peninggalan Franz Joseph I.

Vienna yang mewarisi sejarah panjang tamadun manusia menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya

BERADA di Stephanplatz di tengah kota Vienna pada petang menjelang perlawanan separuh akhir Euro 2008 antara Russia dan Sepanyol, boleh membuatkan bulu roma tegak. Preobrajensky March, lagu patriotik Russia dan irama Latin menenggelamkan klasik Mozart yang menjadi kebanggaan rakyat Austria.

Penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah lupa mereka berada di Vienna, bukan di Moscow atau Madrid. Hampir di setiap sudut, warna biru, putih, merah dan kuning menyelubungi dataran yang di kelilingi butik jenama mewah dari Prada, Zegna, Armani, Boss, Cartier, Gucci, Louis Vuitton dan pelbagai lagi.


Vienna memang kota mewah dan mahal. Di sebalik deretan bangunan lama bersejarah, sesekali kelihatan deretan pengunjung, terutama wanita yang terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke butik menjual barangan berjenama - kebanyakannya dalam ruangan kecil yang hanya mampu menampung 20 pengunjung.

Satu lagi kawasan tumpuan membeli-belah ialah di Josefstoer strasse, pasar tradisional masyarakat Vienna dengan deretan gerai kecil menjual pelbagai barangan seperti Portobello di London atau Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Harga di sini agak murah, terutama jika anda ingin membeli cenderahati.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan di Vienna selain membeli-belah. Dari St Stephen Cathedral, Schonbrunn, Hofburg Imperial Palace hinggalah bangunan moden di MuseumsQuartier, kota yang mempunyai sejarah panjang tamadun manusia ini menawarkan pelbagai kelebihan kepada tetamunya.

APARTMEN Hundertwasserhaus hasil gabungan seni bina moden dan alam semula jadi.

Istana Schonbrunn yang dibina antara 1695-1700 adalah tempat istirahat keluarga diraja Hapsburg pada musim panas. Ia menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah. Marie Antoinette dibesarkan di sini, Mozart dan Napoleon pernah mengunjunginya, malah Kennedy dan Kruschoff mengadakan pertemuan di istana itu.

Schonbrunn mempunyai 1440 bilik, tetapi hanya 40 bilik yang dibuka kepada orang ramai. Hiasan dalaman dan perabot mewah menggambarkan kekayaan pemiliknya. Begitu juga tamannya yang luas, dipenuhi pokok bunga yang mekar pada musim bunga. Luangkan masa kira-kira 20 minit untuk menikmati keindahannya.

Sebuah lagi bangunan yang penuh bersejarah ialah Istana Hofburg. Ia kini dijadikan muzium mempamerkan pelbagai harta peninggalan Maharaja Franz Joseph I yang memerintah Austria antara 1846 hingga 1916. Berdiri di tengah koleksi barangan perak yang digunakan ketika santapan istana sungguh mengasyikkan.

Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan Stephanplatz, Kärntner Strasse dan Mariahilfer Strasse yang sentiasa padat dengan pengunjung, mungkin antara pilihan sesuai ialah melihat keunikan sebuah bangunan yang dibina di persimpangan Jalan Kegelgasse dan Lowengasse di Third District.

PENYOKONG Sepanyol membanjiri Stephanplatz menjelang perlawanan separuh akhir Euro 2008 menentang Russia.

Bangunan itu dikenali sebagai Hundertwasserhaus, sempena nama arkiteknya yang juga seorang pelukis ternama, Friedensreich Hundertwasser. Ia sebenarnya adalah kompleks apartmen 52 bilik yang menggabungkan seni bina moden dengan alam semula jadi.

Dengan pohon hijau serta bunga menjulur dari balkoni yang menyejukkan suasana serta pelbagai warna yang menghiasi dinding, ia memberikan kelainan sehingga mampu menarik perhatian ribuan pengunjung setiap hari. Malah, penggunaan pelbagai bahan sisa sebagai hiasan menambah lagi keunikannya.

Difahamkan ada kira-kira 250 pohon dan pokok bunga di sekeliling bangunan yang dibina pada 1983 dan siap pada 1986 itu, sesuai dengan hasrat Hundertwasser untuk mewujudkan tempat tinggal yang mesra alam bagi warga Vienna.

Vienna juga terkenal dengan taman bunganya seperti Burggarten, terletak tidak jauh dari Hofburg dan Opera House, Rathauspark yang direka bentuk sendiri oleh Franz Joseph I dan Stadtpark, taman di mana terletaknya Viennese Art Nouveau, galeri arca kontemporari termasuk hasil karya Donald Judd.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi, Krems yang terletak di tebing Sungai Danube, kira-kira sejam perjalanan dari Vienna sudah pasti menggamit hati. Kedamaian desa di pinggir kota dengan bangunan lama yang masih kukuh seolah-olah membawa kita ke zaman kegemilangan Empayar Rom.

Memang banyak yang menarik di Vienna, cuma yang sering menjadi masalah ialah komunikasi kerana kebanyakan warga kota itu hanya berbahasa Jerman. Selain itu, perawakan mereka yang agak serius, khususnya lelaki menyebabkan pelancong asing agak takut bertegur sapa dengan mereka.

Vienna juga kota seni. Tidak hairanlah jika banyak dewan konsert di kota ini seperti di State Opera, Musikverein Golden Hall, Hofburg dan Konzerthaus. Anda juga akan bertemu ramai penjual tiket di setiap pusat pelancongan. Daripada tiket untuk konsert Mozart dan Strauss hinggalah persembahan Vienna Symphony Orchestra yang cukup popular.

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


Iklan Teks
  • MPGLOBAL : SEMINGGU YANG CUKUP HANGAT !
  • KAKITANGAN KERAJAAN...$$$jana pendapatan sampingan$$
  • PENDAPATAN SAMPINGAN LUMAYAN!!..DIBAYAR HARIAN!!!
  • BONUS LUMAYAN!!!E-COMMERCE TIDAK MEMBEBANKAN
  • $$$_JUTAWAN FOREX_$$$
  • BISNES YANG AFDAL SELEPAS RAYA
  • WANG MASUK AKAUN BANK AUTOMATIK !
  • MPGLOBAL MELEDAK PADA HARI PELANCARAN !
  • Petua Suami Isteri Terbongkar
  • DUIT TUNAI...!! DAPAT SETIAP HARI...!!
  • PROGRAM BUAT DUIT PALING GILA
  • \'\'Nak Pencen Awal\'\'kliik sini\'\'
  • PROGRAM E-COMMERCE BONUS BESAR HARIAN!!!
  • $$$PENDAPATAN LUMAYAN!! RMXX,XXX SEHARI!!!
  • $$$PEMBONGKARAN TERGEMPAR DARI PELAJAR KOLEJ$$$
  • Forex Terhebat, Mudah&Senang..200-300pips Sehari!!
  • ++++PANDUAN BISNES EBAY BEST SELLER++++
  • MPGLOBAL MUNCUL DENGAN PLAN HEBAT!
  • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
  • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
  • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
Tempah Iklan Teks disini

  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker