Berita Harian Online

 

  • Rabu, 08 Oktober 2008
  •  | 
  • 8 Syawal 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:44
ZUHUR 13:04
ASAR 16:17
MAGHRIB 19:04
ISYAK 20:13
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Taksub Pergunungan Alps

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Azerbaijan

Kota perfileman

Kota seni penuh keunikan

Bandar atas air

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai



eats
Pelan Media Online







Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      MUTAKHIR    

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
Search for products in 240 countries
  • KEMBARA

Puas mendaki gunung Annapurna

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my




Geng Take Five mencabar diri mendaki salah satu gunung tertinggi di Banjaran Himalaya

MENAKLUKI puncak tertinggi dunia menjadi impian setiap pendaki gunung seantero dunia, apatah lagi jika mampu menjejakkan kaki di atas 'atap dunia' di Banjaran Himalaya iaitu Gunung Everest di Nepal.

Pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian itu dianggap 'lesen besar' di kalangan pendaki kerana kehebatan cabarannya sepanjang perjalanan ke puncak.


Namun, Nepal masih mempunyai banyak kawasan pendakian lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Gunung Annapurna yang mempunyai ketinggian 6,983 meter dari paras laut dan tersenarai dalam 10 gunung tertinggi dunia.

Semuanya itu mampu memberikan kepuasan kepada pendaki menjamah pengalaman berharga di banjaran Himalaya terutama bagi pendaki tegar.

Satu kumpulan pendaki dari Malaysia dikenali sebagai GTF (Geng Take Five) turut menyahut cabaran merasai sendiri cabaran mencapai puncak Annapurna April lalu.



Mereka berkongsi pengalaman dengan pembaca Berita Minggu mengenai kenikmatan, cabaran sepanjang ekspedisi itu yang disertai 14 peserta.

Jejak ke Annapurna Base Camp (ABC) bermula dari lapangan terbang di Kathmandu iaitu ibu negara Nepal yang menjadi pintu masuk ke gerbang pengembaraan tanpa had di Banjaran Himalaya. Mereka menaiki bas ke Pokhara, bandar yang menjadi laluan pertama ke ABC.

ABC berada pada ketinggian 4,130 meter iaitu kem pertama yang mesti dilalui pendaki yang ingin menakluki Gunung Annapurna.

Sepanjang perjalanan merentasi banjaran, mereka dihidangkan dengan pelbagai pemandangan cantik daripada segi landskap muka bumi serta cara hidup dan budaya penduduk tempatan.

PENDUDUK tempatan turut menggunakan keldai untuk mengangkat barang keperluan harian.

Dari Pokhara, pendaki boleh menaiki van atau teksi ke Fhedi iaitu 'check point' di mana pendaki akan memulakan langkah ke ABC yang memakan masa tujuh hari enam malam pergi balik. Di sini sherpa atau potter akan memainkan peranan membantu membawa beg pendaki serta peralatan.

Pendaki hanya perlu membawa beg kecil mengandungi baju hujan, air dan bekalan makanan ringan sebagai bekalan tenaga sepanjang perjalanan. Pekan yang menjadi laluan pendaki bergantung kepada pilihan masing-masing, antaranya Pothana, Jhinu, Sinuwa, Bamboo, Himalaya dan Deurali.

Menariknya penduduk di situ masih menggunakan cara tradisional menanam padi dan gandum yang menjadi makanan utama mereka. Mereka menggunakan baja organik daripada lembu serta seladang peliharaan dan boleh dikatakan kehidupan mereka langsung tidak disentuh permodenan.

Ketua ekspedisi, Mohd Zaifullah Mustafa, 35, berkata semakin jauh perjalanan, semakin banyak pemandangan indah boleh dilihat di sepanjang banjaran.

"Macam-macam kami jumpa dan lihat. Daripada gunung yang hijau puncaknya bertukar kepada gunung diliputi salji, daripada penduduk bercucuk tanam kepada penduduk yang menyara hidup mencari kayu api atau bekerja sebagai sherpa.

"Memang tiada kenderaan memasuki laluan ini kecuali keldai sekali gus menjadikan khidmat sherpa bukan saja diperlukan pendaki asing tetapi penduduk tempatan untuk mendapatkan bekalan harian mereka," katanya.

Himalaya bermula apabila semua gunung berakhir. Walau di manapun trek dipilih, majoriti laluan adalah pada ketinggian 1,000 meter dan 3,000 meter daripada paras laut. Kebanyakan masa pendaki akan dihabiskan pada ketinggian 1,500 hingga 2,000 meter.

Mendaki pada ketinggian ini akan mendedahkan kepada 'Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu keadaan menyebabkan pendaki dipengaruhi faktor ketinggian. Antara tandanya ialah pening, loya, gayat, keletihan melampau, sesak nafas, kurang selera makan dan sakit kepala.

Dari Deurali ke Machapuchee Base Camp (MBC), suhu mula turun dan suhu waktu malam mencecah antara 2 Celsius hingga -9 Celcius. Bahkan, jika cuaca buruk, salji juga akan turun di sini.

Pada hari ketiga pendakian, mereka sampai ke MBC yang turut menempatkan kabin untuk pendaki bermalam. Disebabkan kabin di ABC sudah penuh, mereka hanya naik ke ABC sebelum turun semula ke MBC untuk bermalam.

Laluan dari MBC ke ABC sentiasa diliputi salji tetapi tahap ketebalannya bergantung kepada musim. Ketika inilah penting pendaki mematuhi arahan pemandu pelancong untuk mengelak mereka tersalah trek kerana kemungkinan laluannya licin dan berlubang.

INFO: Sejarah pendakian di Nepal

  • Nepal mula membuka laluan ke gunung ganang ini kepada pendaki seluruh dunia pada tahun 1949

    Bagaimana ke sana

  • Peserta boleh menggunakan khidmat World Vision Travel & Tours berpangkalan di Thamel, Kathmandu, Nepal. (www.worldvisiontours.com)

  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • ++Gemuk - Dulu 208kg Sekarang 108kg++
    • Promosi EKOLEKSI jelajah Pantai Timur....
    • Mesti Sertai! - Pendapatan Lumayan!!
    • Duit Sekelip Mata! - Pendapatan Dijamin!!
    • Ingin jadi sihat, cantik, jelita ??
    • DUIT TUNAI LUMAYAN..!! HARI-HARI DAPAT...!!
    • $$$$ PENEMUAN TERBARU!! JANGAN KLIK!!
    • MPGLOBAL : SEMINGGU YANG CUKUP HANGAT !
    • KAKITANGAN KERAJAAN...$$$jana pendapatan sampingan$$
    • PENDAPATAN SAMPINGAN LUMAYAN!!..DIBAYAR HARIAN!!!
    • BONUS LUMAYAN!!!E-COMMERCE TIDAK MEMBEBANKAN
    • $$$_JUTAWAN FOREX_$$$
    • BISNES YANG AFDAL SELEPAS RAYA
    • WANG MASUK AKAUN BANK AUTOMATIK !
    • MPGLOBAL MELEDAK PADA HARI PELANCARAN !
    • Petua Suami Isteri Terbongkar
    • DUIT TUNAI...!! DAPAT SETIAP HARI...!!
    • PROGRAM BUAT DUIT PALING GILA
    • \'\'Nak Pencen Awal\'\'kliik sini\'\'
    • PROGRAM E-COMMERCE BONUS BESAR HARIAN!!!
    • $$$PENDAPATAN LUMAYAN!! RMXX,XXX SEHARI!!!
    • $$$PEMBONGKARAN TERGEMPAR DARI PELAJAR KOLEJ$$$
    • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
    • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
    • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker