Berita Harian Online

 

  • Jumaat, 21 November 2008
  •  | 
  • 23 Zulkaedah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:41
ZUHUR 13:02
ASAR 16:24
MAGHRIB 18:59
ISYAK 20:12
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Kedamaian Melbourne

Khazanah tamadun purba dunia

Bandar Syurga China

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Taksub Pergunungan Alps

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Puas mendaki gunung Annapurna

Kota perfileman

Kota seni penuh keunikan

Bandar atas air

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai



Google
Pelan Media Online










Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera Skuad MUTAKHIR

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • KEMBARA

Azerbaijan

Oleh Wartawan Berita Minggu




Baku kota tinggalan sejarah: 'Negara Api' dengan tapak arkeologi zaman Empayar Seljuk hingga kesan peninggalan pemerintahan Russia

REPUBLIK Azerbaijan adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah perjuangan tetapi tidak begitu dikenali. Sebelum ini, republik itu adalah sebahagian dari Kesatuan Soviet, tetapi sejak merdeka pada 1991, Azerbaijan mula memperkenalkan dirinya kepada dunia.

Oleh kerana sejarah perjuangan rakyatnya yang panjang, melawat Azerbaijan seperti melawat muzium. Negara itu penuh dengan tapak arkeologi sejak sebelum zaman Empayar Seljuk hingga kesan peninggalan pemerintahan Russia.


Azerbaijan bersempadan dengan beberapa negara, iaitu Russia di utara, Georgia di barat laut, Iran di selatan, Armenia di barat manakala Turki di barat daya.

Justeru, penduduknya sangat unik dengan pengaruh dan campuran pelbagai kebudayaan. Paling ketara makanannya. Kebanyakan menu makanan di Azerbaijan dipenuhi daging kambing. Misalnya, kebab kambing atau dikenali sebagai kebab Lyulya. Selain itu, turut popular ialah Sabza-Govurma Pilau, iaitu nasi yang dimasak bersama daging kambing.

Baku adalah ibu negara republik itu, juga sebuah bandar pelabuhan terbesar. Ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Baku Baru dan Baku Lama (Bandar Dalam).

Sebuah hotel di Baku yang mengekalkan seni bina lama.

Jika anda berjalan-jalan di Baku, pastinya kembara anda berbaloi kerana ia penuh dengan tinggalan sejarah. Di ibu kota itu terletaknya ‘The Walled City of Baku’ yang tersenarai dalam warisan budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Di Baku Lama pula terletak Istana Shirvanshahs dan Menara Anak Dara yang menjadi lokasi pertama di Azerbaijan yang diiktiraf sebagai warisan tinggalan dunia oleh Unesco.

Selain itu, juga wujud berdozen masjid kecil, Taman Kirov iaitu taman peringatan untuk pejuang Azerbaijan yang gugur dalam Perang Nagorno-Karabakh dan mereka yang meninggal dunia dalam peristiwa “Januari Hitam” pada 1990.

Pada 2003, Baku Lama diletakkan dalam senarai warisan paling berbahaya di dunia berikutan gempa bumi pada 2000 dan kurangnya kerja pemuliharaan dilakukan oleh kerajaan.

Pemandangan Pelabuhan Baku dan Masjid Bebi Heybat.

Dalam peta pelancongan dunia, Azerbaijan dipromosikan sebagai ‘negara api’ kerana pada zaman dahulu penduduknya memuja api. Azer bermaksud api. Azerbaijan pula adalah nama lama daripada puak Turki yang tinggal di wilayah itu.

Azerbaijan juga kerap dirujuk sebagai tapak awal kehidupan manusia. Malah, Laluan Sutera yang merentasinya menjadikan negara itu membangun seiring peradaban. Bagaimanapun, kerana ia berada di dalam Kesatuan Soviet, pembangunannya masih di belakang.

Namun, sesuatu yang tidak berubah sejak dulu, negara itu terkenal dengan sumber alamnya, iaitu minyak, kapas, minyak zaitun dan kaviar hitam, selain sutera dan fabrik.

Justeru, potensi pelancongan di negara itu cukup besar. Ini seiring dengan dasar buka pintu yang diamalkan oleh pentadbiran Azerbaijan hari ini merangkumi sistem sosial, politik dan reformasi ekonominya.

Selain tinggalan peradaban dan seni bina, Azerbaijan juga popular sebagai destinasi pelancongan-pemburuan. Biasanya, pelancong-pemburuan ini memilih Dagestan untuk memburu sepanjang musim. Di sini, anda diberi lesen besar dan boleh meneruskan memburu di kawasan hutan simpan Gizilagach dan pada musim sejuk.

Selain sinonim dengan negara pengeluar minyak, Azerbaijan terutama Baku kerap menjadi lokasi pelancongan semasa zaman Kesatuan Soviet. Cuacanya yang panas, lembap dan berhadapan dengan Laut Caspian memberikan negara itu kelebihan.

Mungkin kerana kos yang tinggi untuk sampai ke Azerbaijan dan kualiti prasarana pelancongan yang masih boleh diperbaiki, negara itu belum lagi popular dalam peta pelancongan dunia.

INFO: Azerbaijan

  • Negara bekas wilayah Russia ini membentuk kerajaan sendiri pada 1991
  • Terkenal dengan pelbagai tinggalan seni bina merangkumi kubu, masjid, menara dan galeri.
  • Muzium, galeri dan masjid boleh ditemui hampir di semua bandar di setiap daerah di negara itu.
  • Terdapat lebih 115 buah muzium di negara ini.
  • Monumen paling unik adalah makam Momine-Khatun dan Menara Jusif.
  • Antara wilayah yang membentuk Laluan Sutera
  • Terkenal dengan minyak dan kesan tinggalan peperangan

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


Iklan Teks
  • Qurrotaaini, Ubatmata, Resdung, Buasir, Asma
  • BELAJAR MEMBINA LAMAN WEB PROFESIONAL
  • $$DUIT LUMAYAN TERUS KEAKAUN BANK
  • Rebut LIMPAHAN DOWNLINE!! Pra-daftar sekarang
  • MELANGSINGKAN SEHINGGA 10KG DALAM 30HARI
  • $$TERAWAL dalam VEMMA Malaysia$$$$... 100%online
  • BEKERJA DIRUMAH...PULANGAN RIBUAN RINGGIT
  • MEMANG DAPAT DUIT TUNAI DISINI !
  • BERMADU MEMANG SERONOK...Betul ke ?
  • DAFTAR PERCUMA.... PENDAPATAN DALAM USD
  • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
  • Kami Sediakan...Anda Tentukan... JOMMMMM
  • DUIT SEKELIP MATA!! PENDAPATAN DIJAMIN!!
  • SISTEM DUIT SENYAP DIRUMAH TERBONGKAR!
  • PRODUK KESIHATAN LELAKI TERKINI DIPASARAN
  • RAMAI AHLI SEDANG MENIKMATI DUIT !!
  • TERHANGAT menjelang 2009! BESTLELONG2U.COM
  • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
  • DAFTAR PERCUMA, PENDAPATAN RMXXXXX MINGGUAN
  • KETELUSAN KETULUSAN PUNCA ASAS KEKAYAAN
  • Bisnes Paling Mudah!! Pasti Berbaloi!!
  • HANYA RMXX, HARI-HARI MASUK RMXXX
  • Pendapatan $$Lumayan Terus Keakaun Bank
  • Rahsia Web Jualan Pendapatan Menarik
  • PRABAYAR PALING MURAH!! PALING UNTUNG!
  • TERNAK CACING, PERCUMA SISTEM PRABAYAR
  • SANGAT PASTI MEMANG DAPAT DUIT!
  • HARGA MINYAK TURUN...SAYA SUSAH!
  • PERCUMA BELAJAR FOREX DAN ISYARAT!
  • FUYYOOO...LAYAR INTERNET DAPAT DUIT!!
  • $$$MENYENGAT!!! PERNIAGAAN HEBAT PALING DICARI-CARI$$$
  • DISAHKAN DAPAT DUIT TIAP HARI !
  • Masa Untuk Buat DUIT !
  • SUMBER REKABENTUK GRAFIK PALINGGG GEMPAKKKK...!!!
  • TERBUKTI, DIIKTIRAF, BONUS MASUK HARI-HARI
  • Agihan PERCUMA - Pakej ISTIMEWA
  • DUIT TUNAI SETIAP HARI....!! LUMAYAN-LUMAYAN....!!!
  • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
  • ARTIS MASUK, DAFTAR PERCUMA, RMXXXXX/MINGGUAN
  • MEMANG SAH TIAP HARI DUIT !
  • Rahsia Forex Terhebat....200-300pips Sehari!!!
  • BIZ HEBAT!! BONUS HEBAT$$$ OKLA2
  • PENDAPATAN LUMAYAN DARI EKOLEKSI
  • JUTAWAN SENYAP MAYBANK2U BOCOR RAHSIA!
  • GEMPAR!!! JURUTERA YG MEWAH TERLAMPAU...
  • Jana Wang Dari Rumah
  • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
  • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
  • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
Tempah Iklan Teks disini

  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker