Berita Harian Online

 

  • Selasa, 02 Disember 2008
  •  | 
  • 4 Zulhijah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:44
ZUHUR 13:05
ASAR 16:28
MAGHRIB 19:02
ISYAK 20:16
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Bagai mimpi

Elvis Presly masih dikenang

Kedamaian Melbourne

Khazanah tamadun purba dunia

Bandar Syurga China

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Azerbaijan

Puas mendaki gunung Annapurna

Kota perfileman

Kota seni penuh keunikan

Bandar atas air

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai



Google
Pelan Media Online







Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      MUTAKHIR    

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Haji dan Umrah
  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • KEMBARA

Taksub Pergunungan Alps

Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my




Kembara rel dari Bregenz, Austria ke ibu kota fesyen, Milan, Itali

PELUANG menaiki kereta api merentasi Pergunungan Swiss atau Swiss Alps boleh dianggap antara pengalaman hebat pernah dialami penulis. Bayangkan panorama gunung menghijau dengan puncak diliputi salji, deretan cottage atau rumah cantik dihiasi bunga segar, sungai mengalir tenang dan lembu peliharaan meragut rumput - semua elemen ini seolah-olah bersatu menerbitkan pesona yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Berkunjung ke Zurich, Switzerland, dua minggu lalu bagi membuat liputan sambutan 25 tahun jam tangan plastik keluaran Swiss, Swatch dan koleksi James Bond Villainnya, penulis dibawa The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd mengembara ke empat negara Eropah dalam tempoh singkat enam hari - sungguh mengujakan!


Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Zurich, kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan di Lindau, Jerman. Penulis berulang kali meneliti program tugasan kerana tidak pasti apakah kami akan dibawa ke sebuah lagi negara di Eropah, iaitu Jerman.

Masih menyangka berlaku kesilapan dalam program, rupa-rupanya Lindau adalah sebuah pulau di Jerman yang letaknya pada jarak kira-kira dua jam perjalanan dari Zurich. Penulis juga mendapati lokasi sambutan ulang tahun ke-25 Swatch dan koleksi James Bond Villain pula di sebuah kemudahan konvensyen dan pameran di Festspielhaus di Bregenz, Austria.

Keliru dengan kedudukan lokasi setiap acara, penulis merujuk peta lalu menyedari semua tempat dipisahkan Tasik Constance atau Bodensee dalam istilah Jerman. Tasik sepanjang 63 kilometer ini ‘dikongsi’ tiga negara iaitu Jerman, Switzerland dan Austria. Peluang berada di tiga negara dalam tempoh perjalanan dua jam, sungguh unik walaupun kadang kala keliru dengan faktor geografi.

PENULIS (belakang) dan rakan media termasuk Eksekutif Kanan Komunikasi dan Pemasaran The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, Aries Koh di dalam tren.

Konsep ‘pintu terbuka’ dengan pemeriksaan hanya dibuat di pintu masuk utama di Zurich, membuatkan perjalanan menjelajah Switzerland, Jerman dan Austria amat menyeronokkan tanpa perlu berdepan kerenah anggota imigresen atau kawalan ketat pintu masuk.

Meninjau persekitaran menghijau di Bregenz, Austria dan Lindau, Jerman jelas elemen Swiss cukup ketara pada seni bina, landskap dan kehidupan seharian masyarakatnya. Tasik Constance yang mencapai keluasan 571 kilometer memberi pengaruh kuat terhadap kehidupan masyarakat setempat yang menghargai alam sekitar, keindahan flora dan fauna. Tidak hairanlah hampir setiap rumah menanam pokok bunga menghiasi jendela dan halaman sungguh menarik.

Di Lindau misalnya, reka bentuk rumah, bangunan dan kedai begitu indah sehingga diri bagai terasa berada di dunia khayalan atau fairytale.

Selesai program Swatch di Bregenz, kami memulakan kembara kereta api ke Milan. Pada mulanya kami terlepas tren pertama, tetapi mujur seorang pemuda Austria merapati kami lalu mencadangkan kami menaiki tren seterusnya ke Innsbruck, Austria sebelum mendapatkan sebuah lagi tren menuju ke Milan dari stesen Verona Porta Nuova.

PANORAMA gunung menghijau dengan puncak diliputi salji. Gambar kecil, penulis bergambar di depan replika jam tangan Swatch.

Sebaik tren tiba dan meletakkan bagasi, bermulalah detik hebat bagi perjalanan rel melepasi Pergunungan Alps. Bagi tempoh 30 minit pertama, tren dinaiki melepasi beberapa kawasan penempatan pinggir bandar Bregenz dan beberapa daerah lain. Suasana bandar kemudian berubah apabila tren memasuki kawasan perindustrian yang mana banyak kilang berasaskan pertanian termasuk tenusu memenuhi pandangan.

Tidak lama selepas itu, rumah atau cottage dengan seni bina Swiss serta bunga hiasan beraneka warna mula diperhatikan sekali gus menandakan kami mula menghampiri kawasan pergunungan. Bagi tempoh empat jam berikutnya, penulis leka dengan pemandangan menakjubkan Pergunungan Alps. Banjaran gunung tinggi melangit, padang rumput menghijau, air terjun dan pohon pain meliputi hutan memberi impak sukar yang digambarkan.

Teringat babak dalam filem muzikal hebat, The Sound of Music - begitulah aura kehebatan Swiss Alps. Perjalanan hampir lapan jam akhirnya membawa kami ke Milan, ibu kota fesyen dunia.

INFO: Pergunungan Alps

  • Pergunungan Alps atau Swiss Alps dikenali sebagai Schweizer Alpen dalam bahasa Jerman; Alpes suisses (Perancis) dan Alpi svizzere (Itali).

  • Puncak tertinggi Pergunungan Alps ialah Dufourspitze, berhampiran sempadan Swiss-Itali pada ketinggian 4,634 meter dari aras laut.

  • Gunung tertinggi dalam banjaran atau Pergunungan Alps ialah Dom iaitu pada ketinggian 4,545 meter dari aras laut.

  • Pergunungan Alps merangkumi 61 peratus daripada kawasan permukaan Switzerland atau 41,285 kilometer. Bagaimanapun, jumlah ini hanya 13.2 peratus daripada jumlah keluasan Pergunungan Alps sepenuhnya.

  • Pergunungan Alps menjadi antara destinasi percutian pilihan dunia. Switzerland misalnya, mempunyai rangkaian 62,000 kilometer laluan atau jejak yang diselenggara dengan baik. Daripada jumlah ini, 23,000 kilometer terletak dalam kawasan pergunungan.

  • Di Switzerland, destinasi percutian musim sejuk dan ski pilihan ialah Valais, Bernese Oberland, Graubunden, Davos, Grindelwald, St Moritz dan Zermatt yang mempunyai kemudahan bermain ski sepanjang tahun.

  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • GEMBIRANYA HARI-HARI DAPAT $$DUIT DIBANK
    • BERTERUSAN MEMBERIKAN TUNAI SETIAP HARI !
    • PROGRAM JUTAWAN TERKINI, RMXX PERLOT
    • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
    • NAK NIAGA... MODAL JANGAN RISAU !!
    • >>RAHSIA KEKAYAAN DI eBay DIBONGKAR...!!<<
    • ++ Hanya Untukmu Wanita ++
    • MUDAH! LUMAYAN! WANG ANDA DISINI!
    • Pendapatan Tambahan Halal Matlamat Utama
    • Jana WANG LUMAYAN sebagai BLOGGER
    • DREAM2KAYA..PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • Phero-X.net - Pheromone Pemikat Pasangan Anda
    • Rahsia Forex Terhebat...200-300pips sehari !!
    • ^^Harga Rendah Tempah Laman Web^^
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN....TUNAI HARI-HARI
    • DAFTAR PERCUMA SISTEM ERELOAD PRABAYAR
    • HONEY4HONEY pasti gempar...
    • MACALIFE vs VIAGRA
    • INI PROGRAM DUIT TUNAI SEGERA !
    • DAFTAR PERCUMA PENJIMATAN BIL TELEFON
    • BELAJAR BINA LAMAN WEB PROFESIONAL
    • Kakitangan AWAM boleh SAMBILAN...100%Online
    • QURROTAAINI, UBATMATA, RESDUNG, BUASIR, ASMA
    • BISNES ONLINE BERSAMA WAHEEDA WASSINI...!!
    • MEMANG BENAR DUIT SETIAP HARI !
    • $$$TUNAI LUMAYAN DALAM BANK... SERONOK !!
    • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • KERJA SAMBILAN ARTIS AMAT LUMAYAN
    • ++PRABAYAR PALING UNTUNG!! PALING MURAH!!++
    • NAIK PANDAI...TURUN TAK PANDAI....
    • Buat Pendapatan Tambahan....
    • PERHATIAN : Duit Cepat RMXXX Sehari !!
    • PENDAPATAN TUNAI HARIAN ADA DISINI !
    • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
    • GRAFIK PHOTOSHOP ILLUSTRATOR PALING GEMPAKKKK...!!
    • BISNES HEBAT RAMAI ARTIS SERTAI
    • PERCUMA INDIKATOR & EBOOK FOREX !
    • Rahsia Forex Terhebat... 200-300pips sehari!!
    • GEMBIRA DAPAT DUIT SETIAP HARI !
    • Kenapa BELI PRABAYAR?? Disini PERCUMA!!
    • Ramai Orang Gagal...Kenapa??
    • BEKERJA SAMBILAN DIRUMAH.. DAFTAR PERCUMA...!!
    • GAJI DAH MASUK!! RMXX JER...
    • PERCUMA!! JANA$$$ DENGAN TEKNIK RAHSIA?
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • +++MELETOP!! PERNIAGAAN HEBAT YANG DICARI-CARI+++
    • Bersarapan dan bercuti dengan KFC!
    • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
    • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
    • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker