Berita Harian Online

 

  • Selasa, 02 Disember 2008
  •  | 
  • 4 Zulhijah 1429

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:44
ZUHUR 13:05
ASAR 16:28
MAGHRIB 19:02
ISYAK 20:16
Waktu solat kawasan lain...

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Bagai mimpi

Elvis Presly masih dikenang

Kedamaian Melbourne

Khazanah tamadun purba dunia

Bandar Syurga China

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir

Taksub Pergunungan Alps

Blue Grotta mengasyikkan

Warisan silam Aegina

Christchurch bandar dalam taman

Ho Chi Minh kota unik

Kaya anugerah alam

Panorama takjub Blue Mountains

Azerbaijan

Puas mendaki gunung Annapurna

Kota perfileman

Kota seni penuh keunikan

Bandar atas air

Trabzon destinasi 'si pemburu' damai



Google
Pelan Media Online







Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      MUTAKHIR    

Akhbar Sisipan

  • Joran
  • Bintang Popular
  • Web Sekolah

Klik Khas

  • Haji dan Umrah
  • Penggulungan Bajet 2009
  • Salam Aidilfitri
  • Bajet 2009
  • Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008
  • Kabinet 2008
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Anugerah Bintang Popular
  • Pilihan Raya Umum Ke-12
  • Perhimpunan Agung UMNO
  • Galeri Video BH
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • KEMBARA

Wilayah Laut Hitam tarikan baru Turki



Seni bina kediaman di Trabzon, Turki.

Selain sejarah, pemandangan semula jadi sungguh menakjubkan di Trabzon, Gumushane

TURKI memang menarik untuk dikunjungi. Negara unik yang terletak di dua benua Asia dan Eropah itu bukan saja kaya sejarah tetapi juga keindahan alam semula jadi. Trabzon dan Gumushane antara dua daerah di Wilayah Laut Hitam, di Turki yang sedang dipromosikan untuk dilawati pengunjung luar negara.

Kini banyak kemudahan disediakan kerajaan negara itu termasuk menambah jumlah hotel dan kemudahan asas untuk pengunjung. Seperti kata Datuk Bandar Trabzon, Mehmet Volkan Canalioglu dan Datuk Bandar Gumushane, Enver Salihoglu, kerajaan sedang menambah hotel bertaraf dua hingga lima bintang bagi menarik pelancong yang semakin bertambah di kedua-dua daerah itu.


Antara tempat paling menarik dikunjungi di wilayah itu ialah kawasan pergunungan Zigana yang diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan pada 1991. Kawasan luncur salji pada musim sejuk dan pelbagai aktiviti lain seperti paragliding pada musim lain diadakan di kawasan pergunungan itu.

Pada musim panas keadaan cuacanya masih nyaman dengan pemandangan yang sangat indah. Setakat ini kebanyakan yang datang ke kawasan itu adalah pelancong dalam negara.

Karaca Cave atau gua batu kapur Karaca berusia lebih 13,000 tahun terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar di Gumushane turut menjadi tumpuan. Keindahan stalegtait dan stalegmait itu dibuka kepada orang ramai pada 1996. Udara dalam gua batu kapur itu dikatakan boleh memulihkan penyakit asma. Sehingga April lalu, gua itu sudah dilawati kira-kira 6,000 pengunjung dalam dan luar negara.

Tarian rakyat di Trabzon.

Masa seminggu sebenarnya tidak cukup untuk anda melawat seluruh Turki kerana semua kawasan menarik terletak berjauhan antara satu sama lain. Bagi rakyat Turki yang tinggal di kota seperti Ankara, mereka akan mengambil kesempatan bercuti dalam negeri di Wilayah Laut Hitam untuk menikmati keindahan alam dan kehijauan yang tidak ada di bandar besar.

Satu lagi yang menakjubkan di wilayah itu ialah lebih 2,500 spesies floranya. Pastinya menarik jika mengunjungi Trabzon dan Gumushane pada musim bunga.

Selain keindahan alam, Trabzon juga terkenal kerana kraftangan daripada emas, perak dan tembaga selain pakaian tradisional Trabzon yang selalunya di pakai ke istana yang masih dikeluarkan menerusi kaedah tradisi.

Sebagai negara yang dikelilingi laut, wilayah itu terkenal dengan makanan laut segar. Antara ikan yang menjadi kegemaran rakyat negara itu dan sentiasa menjadi hidangan ialah trout dan hamsis. Pelbagai jenis masakan yang disediakan sama ada digoreng atau dibakar. Selain ikan, bebola daging juga menjadi antara menu utama dan sangat terkenal di kalangan penduduk Trabzon.

Trabzon mempunyai 2,500 spesies flora.

Keenakan ikan bilis yang menjadi keluaran terkenal di Trabzon bukan saja menjadi bualan malah dijadikan puisi selain diceritakan dalam buku bertajuk Hamsiname yang diterbitkan pada awal kurun ke-20. Banyak lagi resipi tradisi rakyat Turki yang sedap dan boleh dinikmati. Tapi kalau anda ke wilayah Laut Hitam jangan lupa merasa Kuymak, resipi tradisi warga Trabzon yang dimasak menggunakan butter dan keju.

Selain itu, Horon dan Kemence, tarian rakyat di wilayah itu juga amat menarik dan tidak wajar dilepaskan untuk melihatnya. Lagu yang mengiringi tarian mereka sungguh mengujakan menggambarkan keceriaan rakyatnya. Selalunya, pekerja hotel, tempat penginapan anda akan menarikan tarian rakyat ini sebagai tanda kegembiraan mereka menerima tetamu selain mengucapkan selamat pulang. Anda juga boleh bersama mereka menarikan tarian rakyat itu.

Satu lagi yang menarik mengenai Trabzon ialah pasukan bola sepaknya yang menjadi kebanggaan rakyat. Pasukan itu sering menjadi juara Liga Turki.

wilayah Laut Hitam ini ada segala-galanya dari sejarah, budaya, kraftangan, masakan, tarian rakyat malah pemandangan semula jadi. Selain Istanbul mungkin anda mahu melawat kedua-dua wilayah yang jaraknya tidak sampai dua jam dari Istanbul menaiki pesawat dan mendapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Trabzon.

Info
Wilayah Laut Hitam


  • Meliputi 18 peratus daripada Turki.

  • Pendapatan penduduk daripada pertanian.

  • Jagung dan hazelnut menjadi tanaman utama.

  • Menghasilkan satu pertiga daripada tanaman jagung di Turki.

  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • GEMBIRANYA HARI-HARI DAPAT $$DUIT DIBANK
    • BERTERUSAN MEMBERIKAN TUNAI SETIAP HARI !
    • PROGRAM JUTAWAN TERKINI, RMXX PERLOT
    • BISNES UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA
    • NAK NIAGA... MODAL JANGAN RISAU !!
    • >>RAHSIA KEKAYAAN DI eBay DIBONGKAR...!!<<
    • ++ Hanya Untukmu Wanita ++
    • MUDAH! LUMAYAN! WANG ANDA DISINI!
    • Pendapatan Tambahan Halal Matlamat Utama
    • Jana WANG LUMAYAN sebagai BLOGGER
    • DREAM2KAYA..PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • Phero-X.net - Pheromone Pemikat Pasangan Anda
    • Rahsia Forex Terhebat...200-300pips sehari !!
    • ^^Harga Rendah Tempah Laman Web^^
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN....TUNAI HARI-HARI
    • DAFTAR PERCUMA SISTEM ERELOAD PRABAYAR
    • HONEY4HONEY pasti gempar...
    • MACALIFE vs VIAGRA
    • INI PROGRAM DUIT TUNAI SEGERA !
    • DAFTAR PERCUMA PENJIMATAN BIL TELEFON
    • BELAJAR BINA LAMAN WEB PROFESIONAL
    • Kakitangan AWAM boleh SAMBILAN...100%Online
    • QURROTAAINI, UBATMATA, RESDUNG, BUASIR, ASMA
    • BISNES ONLINE BERSAMA WAHEEDA WASSINI...!!
    • MEMANG BENAR DUIT SETIAP HARI !
    • $$$TUNAI LUMAYAN DALAM BANK... SERONOK !!
    • ++Bengkel BELAJAR MELUKIS CARA MUDAH++
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • KERJA SAMBILAN ARTIS AMAT LUMAYAN
    • ++PRABAYAR PALING UNTUNG!! PALING MURAH!!++
    • NAIK PANDAI...TURUN TAK PANDAI....
    • Buat Pendapatan Tambahan....
    • PERHATIAN : Duit Cepat RMXXX Sehari !!
    • PENDAPATAN TUNAI HARIAN ADA DISINI !
    • PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI TERBONGKAR
    • GRAFIK PHOTOSHOP ILLUSTRATOR PALING GEMPAKKKK...!!
    • BISNES HEBAT RAMAI ARTIS SERTAI
    • PERCUMA INDIKATOR & EBOOK FOREX !
    • Rahsia Forex Terhebat... 200-300pips sehari!!
    • GEMBIRA DAPAT DUIT SETIAP HARI !
    • Kenapa BELI PRABAYAR?? Disini PERCUMA!!
    • Ramai Orang Gagal...Kenapa??
    • BEKERJA SAMBILAN DIRUMAH.. DAFTAR PERCUMA...!!
    • GAJI DAH MASUK!! RMXX JER...
    • PERCUMA!! JANA$$$ DENGAN TEKNIK RAHSIA?
    • DREAM2KAYA...PENDAPATAN LUMAYAN..TUNAI HARI-HARI
    • +++MELETOP!! PERNIAGAAN HEBAT YANG DICARI-CARI+++
    • Bersarapan dan bercuti dengan KFC!
    • Kini sesiapa sahaja boleh berjaya sebagai usahawantani.. Pendaftaran adalah PERCUMA !!
    • Beli terus produk pertanian daripada pengusaha tanpa melalui orang tengah
    • Sitebuilder Percuma !! Promosi Hosting 3GB RM80 !!
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2008 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker