Berita Harian Online

 

  • Selasa, 09 Februari 2010
  •  | 

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

 

SUBUH 6:10
ZUHUR 13:30
ASAR 16:50
MAGHRIB 19:29
ISYAK 20:40
 

Versi Akhbar Digital


Artikel lain:

Cipta permainan CSI

Penjinak lebah

'Penyelamat' HIV, Aids

Pembuat keris tradisi

Jaguh Matematik

Tukang songkok asli

Manfaat otak geliga

Usahawan capal

Tauke bubu

Doktor kulat

Rezeki sarung parang

Penyelamat bayi malang

Ratu gelanggang futsal

'Doktor' cacing

Peniru suara hidupan liar

Cikgu singa laut

Misi sukar Omar Abdullah

Saintis khasiat herba

Pakar seni ukiran Melayu

Boy cipta basikal chopper

Firdaus kecil tapi kental

Pengukir kasut kayu terpakai

Tutur tujuh bahasa dunia

Bangga pertahan warisan nenek moyang

Penjual belon jadi badut

Sabung nyawa demi sesuap nasi

Pakar budu

Papan 'selaju' kegilaan Padin

Penghias joran

Pakar ubah suai kayu golf

Nikmati dunia orang pekak

Pengukir sarung senjata Melayu

Kerja ikut minat lebih berjaya

'Body Guard' Latiff kelas dunia

Galeri keris amanah suami

Pejuang bahasa Melayu

Pakar rumput

Mak Yong lelaki

Rahsia Tukang Karut

Pakar bola sepak gaya bebas

Gadis peluncur ais

Duta Turki jatuh cinta kepada Malaysia

Serikandi Bahasa Melayu

Mohd Nasrul tukang urut moden

Kesan 'orang hanyut' menerusi bau

Ustaz jadi mekanik

Ramlan saintis herba

Nik Hassan sering dibuli

Jaga jadi tauke landskap

'Rebana ubi sudah sebati dengan saya'

Pakar pengukir gambus

Pelumba basikal jadi pelukis

Berkarya ikut gerak hati

Adi Taha didik masyarakat menerusi muzium



Google



Gambar Pilihan

    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Pendidikan Hip Ratu
      Sastera    

Klik Khas

  • Arkib Liputan Langsung
  • Bintang Popular
  • Joran
  • Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
  • Kabinet 2009
  • Salam Aidilfitri 2009
  • Michael Jackson
  • Galeri Gaza
  • Royal Pahang Billfish International Challenge
  • Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 2009
  • Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 2009
  • Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
  • Pilihan raya kecil Penanti 2009
  • 3 Pilihan raya kecil 2009
  • Perhimpunan Agung Umno 2009
  • P/raya kecil K.Terengganu 2008
  • P/raya kecil Permatang Pauh 2008
  • Pilihan raya umum Ke-12
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Bajet Mini 2009
  • Bajet 2010
  • Senarai Tambahan MT Umno 2008-2011
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit

Bursa Malaysia

Maklumat Penuh...
  • PERSONALITI

Bekam guna lintah

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Memulakan proses berbekam.

Pada mulanya menternak, kini Arjuna kembangkan ilmu kepada kaedah perubatan, urutan tradisional

USIANYA masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat.

Berasaskan kepada penternakan lintah yang diusahakan secara bersama melalui syarikat Kubi Enterprise membuatkan Arjuna Raja Ahmad, 29, sentiasa dahagakan ilmu, mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari.


Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Baginya, sesuatu ilmu jika dikongsi, dikembangkan ia akan menjadi lebih berkat, lebih berkesan kerana kerap dipraktikkan. Konsep itulah yang diamalkan dalam perniagaannya, mencuba sesuatu yang baru berasaskan produk sedia ada.

"Memang seronok mencuba sesuatu yang baru, kerana ia melalui proses pengamatan, penelitian dan perkembangan minda. Setiap hari saya menghabiskan masa bersama lintah, mengkaji habitat hidup, melihat bagaimana ia membesar.

Lintah menghisap darah di kawasan yang ditandakan.

"Daripada pengamatan itu, saya lakukan apa yang difikirkan sesuai untuk membiakkan lintah dengan cepat. Syukur, semua lintah di dalam tangki membiak dengan baik sebab ada rakan lain yang menghadapi masalah," katanya.

Selain mengusahakan ternakan lintah di Bandar Putra Perdana, Puchong, Selangor sejak setahun lalu, Arjuna juga menjalankan aktiviti ternakan ayam kampung yang kini masih di peringkat awal dan memerlukan banyak pelaburan.

Anak muda masih bujang ini juga mahir dalam bidang urutan tradisional, termasuk menggunakan lintah untuk berbekam yang dijalankan di rumahnya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.

Arjuna Raja Ahmad

"Kebiasaannya lintah akan makanan berdarah, jadi kami berikan belut dan ikan belacak. Kedua-duanya berkhasiat dan berguna dalam perubatan. Jika lintah menghisap darah ikan itu, sudah pasti kandungan darahnya akan bercampur kandungan khasiat berkenaan.

"Lumut itu pula akan membersihkan lintah, jadi gabungan semua elemen itu akan membantu menghasilkan lintah hidup berkualiti," katanya.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

Ketika aktiviti berbekam dijalankan, Arjuna menggunakan teknik yang sama digunakan pengamal perubatan lain iaitu menggunakan bekas khas untuk menyedut udara. Sebaik saja bekas plastik itu dikeluarkan, lintah akan diletakkan di tapak berkenaan untuk menghisap darah.

"Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam. Lintah akan berhenti menghisap dan jatuh sendiri sebab terlalu kenyang menghisap darah kotor. Ada kes lintah menghisap darah sampai mati.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Katanya, lintah yang digunakan untuk berbekam akan diasingkan sehingga dua bulan sebelum dibiarkan bertelur dan kembali ke saiz asal. Lintah itu akan digunakan untuk menghasilkan minyak lintah tradisional khasnya bagi tujuan urutan batin serta masalah luka luaran.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

Minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol.

Syarikat Kubi turut memperkenalkan sistem pawah iaitu ahli baru yang tidak mempunyai asas dalam bidang itu tetapi berminat untuk menjalankan penternakan lintah. Mereka cuma perlu mengeluarkan modal manakala urusan penjagaan, pemasaran dijalankan syarikat.

PROFIL: Arjuna Raja Ahmad
Umur: 29
Asal: Mersing, Johor
Adik beradik: 5 orang (anak ketiga)
Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Johor
  • Sekolah Menengah Sri Mersing, Johor
  • Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan, Pahang (Pengurusan Perniagaan)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah (bidang automotif)

    INFO: Kegunaan lintah

  • Berbekam

  • Minyak lintah:
    - Penyakit kelelakian
    - Urat saraf
    - Luka luaran

    Jenis yang diternak:

  • Lintah lembu

  • Lintah tembaga

  • Lintah induk dijual pada harga borong antara RM1 hingga RM2

  • Harga seekor ialah RM3

  • Lintah induk diternak sehingga lima bulan sebelum dijual

  • Lintah untuk dijadikan minyak berusia antara lapan hingga 12 bulan.

    Berbekam:

  • Seekor lintah dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM7.

  • Satu pakej berbekam akan menggunakan 13 tabung plastik

  • Setiap bulatan hasil bekas tabung akan diletak antara dua hingga tiga ekor lintah.

  • Cetak artikel  |  Hantar pada kawan


    Iklan Teks
    • JUTAWAN KLIK PULANGAN HEBAT LUMAYAN
    • ***MODAL RMXXX JANA RMX.XJUTA...WOW!!!***
    • BELAJAR TEKNIK FOREX MANTAP BABUSALAM
    • SAYA TELAH BUKTIKAN BERSAMA SHAMELIN
    • Bonus HyproBulkSMS sehingga RMXk
    • Kain Batik Eksklusif Harga Murah!
    • AQURA!! Pendapatan SERIBU Sehari disini..
    • BADAN RAMPING & SIHAT, DUIT MASUK!!!
    • Sihat, Cantik & Kaya Bersama AQURA..
    • (-_-)> BARU! Buat UNTUNG, Xbuat XrUGI <(-_-)
    • LAMAN WEB BATU CINCIN
    • >>MUAT-TURUN PERCUMA<< RAHSIA KOMISYEN 100%
    • Siapa cakap benda ni TIPU????
    • GERENTI DOWNLINE 1 KAKI GLOBAL$$$
    • ++RAHSIA PENDAPATAN FOREX KINI DIDEDAHKAN++
    • Bisnes Global RMXXXX-RMXXXX Setiap Bulan
    • Projek CopyCat Ikrar Lahir Jutawan !!
    • TERKINI TERHANGAT TERLARIS DI PASARAN
    • JANA PENDAPATAN UNTUNG SETIAP HARI
    • AQURA!! Sabun Tahan Mengantuk RMXX??
    • Formula Hebat Menjana Pendapatan Mudah
    • AQURA!!! Jutawan Sabun Tahan Mengantuk
    • RAHSIA RMXX,XXX SEBULAN, BONUS PERCUMA!!
    • BAKAL MENGEGAR 7.00 SKALA RICHTER
    • ***SENARAI FOREX TERKINI 100% MENGGUNTUNGKAN!***
    • *~*{ Rahsia Komputer, Web/Blog, Bisnes-IT & Promosi! }*~*
    • >>>SHAMELIN!!! JUSMANGGIS HEBAT**PENGEDAR TAKRAMAI**<<<
    • >>>BERHENTI!!! CARA SENANG BUAT DUIT ???<<<
    • JUTAWANKLIK PULANGAN CUKUP BERBALOI-BALOI
    • *~*{ TEKNIK ABANG KUAT, ISTERI SAYANG }*~*
    • >VIDEO< BONGKAR TEKNIK JUTAWAN SENYAP
    • Keuntungan 100% gerenti dapat downline
    • Terbukti !!! Bisnes Hebat..Pendapatan Lumayan$$$
    • Susu Kambing Higoat Kembali Lagi!
    • Klik-klik dapat duit RMX,XXX,XXX.XX lumayan
    • Promosi Jualan Hebat Online Edition!
    • >>MODAL SEKALI..Bonus hingga 10LEVEL>>
    • ANAK NAKAL DAN MALAS BELAJAR??
    • @==(( ILMU HEBAT KOMPUTER & BISNES-IT!!! ))==@
    • >>>JANA~$~WANG!~$~SEGERA!~$~DUIT!~$~DUIT!!!<<<
    • *~*~*RAHSIA TERSEMBUNYI SENJATA LELAKI TERBONGKAR!*~*~*
    • >>>PROMOSI<<< 250 PRODUK SUAMI ISTERI
    • *$* JANA WANG BERTERUSAN KE MAYBANK!!! *$*
    • Masalah kewangan selesai dengan klik-klik
    • Rahsia Buat Duit Internet TERBONGKAR
    • FORMULA LUAR BIASA DAPAT DUIT
    • >>>DUIT UNTUK SESIAPA SAHAJA<<<
    • >>>HAFAZ & FAHAM ALQURAN secara SANTAI??<<<
    • RMXXX-RMXXX Sehari Dengan Bisnes Segera!!!
    • "Harga Rendah Membina Laman Web"
    • ::: Mudah, Hebat, Pantas Dan Mengkagumkan :::
    • (^_^)..ALHAMDULILAH..RAHSIADUIT SEMUDAH SMS DIBONGKARKAN..!!!...(^_^)..
    Tempah Iklan Teks disini

    • NSTP
    •    
    •    
    • E-MEDIA
    •    
    •    
    • MY METRO
    •    
    •    
    • NST ONLINE
    •    
    •    
    • BT ONLINE
    •    
    •    
    Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

    Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

    tracker