LATAR BELAKANG

Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! pada tanggal 31 Ogos 1957 yang bergema di seluruh kampung dan bandar turut menyaksikan kelahiran akhbar yang berwibawa - Berita Harian.

Akhbar yang dihasilkan oleh rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat memenuhi keperluan rakyat Malaya semasa era nasionalisme yang sedang memuncak. Akhbar ini menggerakkan semangat juang untuk memerdekaan negara tercinta dan sehingga kini terus menyemarakkan impian rakyat ke arah mencapai Wawasan 2020.

Selepas empat dekad, Berita Harian melalui pelbagai perubahan mengikut arus daripada akhbar yang mencerminkan pemikiran dan aspirasi masyarakat berasaskan pertanian kepada akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi.

Berita Harianadalah akhbar utama berbahasa Melayu tanah air. Diterbitkan dalam lima edisi, menjadi sumber yang tepat untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini. Edisi harian didatangkan dalam 3 bahagian utama; iaitu Bahagian Utama, Bahagian Nasional dan Bahagian Tema. Bahagian Nasional dibahagikan kepada edisi Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah Sarawak. Berita Harian juga memuatkan akhbar tabloid Joran, eksklusif untuk aktiviti memancing yang diterbitkan setiap Jumaat.

Pembaca Berita Harian terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat meliputi pelajar, suri rumah, golongan kelas menengah, ahli perniagaan.
EDARAN

Berita Harian diedar sehingga 300,000 setiap hari dan dibaca oleh seramai 1.403 juta pembaca yang berada dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas.

KENAPA MENGIKLAN DI BERITA HARIAN

Berita Harian adalah antara media terbesar dalam kategori media cetak di negara ini dengan keupayaan untuk menjangkau pasaran secara pantas dan pada masa sama menyediakan pembaca kepada maklumat menyeluruh yang ditujukan menerusi edisi nasional.

Pengiklan akan mendapati yang pembaca Berita Harian berfikiran terbuka yang dapat menerima produk dan perkhidmatan baru.