Berita Harian Online

 

  • Sabtu, 04 Julai 2009
  •  | 
  • 11 Rejab 1430

LAMAN UTAMA

  • REDAKSI
  •    
  • SIAPA KAMI?
  •    
  • HUBUNGI KAMI
  •    
  • ARKIB SEMINGGU
  •    
  • ADTIMES

CARIAN LAMAN

Katakunci:

Waktu solat Kuala Lumpur...

SUBUH 5:45
ZUHUR 13:20
ASAR 16:46
MAGHRIB 19:29
ISYAK 20:45
Waktu solat kawasan lain...
    • Berita Utama Wilayah Nasional
      Dunia Ekonomi Agama
      Sukan Rencana Surat
      Sabtu Sastera Ratu
      XY Tanya Doktor Z!
      MUTAKHIR    

Video@BH


Temubual Eksklusif Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
  • Temubual Eksklusif Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
  • Kes liwat Anwar: Perbicaraan kekal di Mahkamah Tinggi
  • Rosmah lawat mangsa kebakaran
  • PKFZ: PKA tangguh bayaran RM660 juta
  • 1 Malaysia semakin diterima
[...lagi video]

Versi Akhbar Digital

1klassifieds -- Tel: 1300 808 123

  • Hartanah
  • Auto
  • Kerjaya

Promosi

  • Berita Harian - Versi PDA
  • Berita Harian - Versi Akhbar Digital
  • Arkib Berita sejak 1991
  • RSS Feed

Klik Khas

  • Bintang Popular
  • Joran
  • Anugerah Bintang Popular (ABPBH)
  • Kabinet 2009
  • Pilihan raya kecil Penanti 2009
  • 3 Pilihan raya kecil 2009
  • Perhimpunan Agung Umno 2009
  • P/raya kecil K.Terengganu 2008
  • P/raya kecil Permatang Pauh 2008
  • Pilihan raya umum Ke-12
  • Laporan Kajian Separuh Penggal RMK-9
  • Bajet Mini 2009
  • Bajet 2009
  • Senarai Tambahan MT Umno 2008-2011
  • Galeri Pilihan BH
  • Klik DBP
  • Berita Sawit
PENGHUNI   kondominium di Gurney Park di Persiaran Gurney, Georgetown, Pulau Pinang berada dalam kebimbangan berikutan laluan masuk ke tempat letak kereta bertingkat bangunan itu yang retak dan mengalami mendapan   serius.   Jalan yang digunakan kira-kira 1,000   penghuni kondominium itu   mengalami retakan dan mendapan sejak jam 9 malam kelmarin sebelum semakin serius pagi semalam. 04-07-2009 TLDM uji ketepatan peluru berpandu: Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan ujian peluru berpandu jenis Aspide di Selat Melaka, semalam. Peluru berkenaan berjaya menembak jatuh sasaran di udara yang ditunda Pesawat LearJet. Peluru berpandu buatan Itali itu digunakan sejak 1987 di atas kapal diraja bertaraf Laksamana, iaitu skuadron kapal penyerang. 03-07-2009 PENYOKONG Hindraf  mengadakan protes   di depan bangunan Ibu Pejabat DAP  Perak  menghalang  projek pembangunan di penempatan setinggan di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, semalam.  01-07-2009 LAPAN anggota Tentera Darat cedera ringan apabila kereta perisai yang mereka naiki terbalik selepas melanggar lori membawa getah beku di Kilometer 30 Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Kuantan, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, kereta perisai jenis Condor  berpangkalan di Briged Empat Mekanis Kem Batu 10, Jalan Gambang,  cuba mengelak lori di depannya yang memperlahankan kenderaan kerana  sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Ketua Polis Trafik daerah, Asisten Superintendan Goh Ewe Gee, berkata  kereta perisai itu terbalik selepas melanggar  belakang lori menyebabkan sebahagian daripada 15 tan getah beku bertaburan di  jalan. Sementara itu, jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan berkata, pemandu Condor yang terbabit dalam kemalangan itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan. 30-06-2009
NOR Ernie Shahirah Zakri (tengah) muncul juara Bintang RTM (BRTM2009) yang berlangsung di Stadium Negara, malam tadi. Tempat kedua dimenangi Jo-Anna Sue Henly Rampas (kanan)  dan Nor Fatin Nabila  (ketiga). Hadiah disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - Foto Mohd Kamil Rahim 29-06-2009 Stor, makmal kimia IMR terbakar. Anggota bomba bahagian siasatan mencari punca kebakaran stor dan makmal uji kaji kimia Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur di Jalan Pahang, semalam. Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Iszuady Rosli Ch'ng, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.50 tengah hari dan berjaya mengawal kebakaran dengan bantuan empat jentera dari Balai Bomba Chow Kit, Jalan Hang Tuah dan Sentul kira-kira 10 minit kemudian. 26-06-2009 KAKITANGAN kastam menggunakan jentera berat memusnahkan 560 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM145,600 dengan nilai cukai RM337,232 yang  dirampas  selepas sidang media rampasan rokok dan pelupusan barang rampasan  oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Md Hassim Pardi, di Bentong, semalam. Kastam berjaya menahan dua lelaki yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan untuk memasarkan rokok tersebut ke Pantai Timur. 25-06-2009 KEADAAN rumah kedai yang uzur di pekan Sungai Raya, Jalan Ipoh-Kampar dekat Kampung Kepayang, Simpang Pulai ini membahayakan pengguna jalan raya kerana sebahagian daripada bumbung kayu bangunan itu sudah runtuh. Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pemilik atau pihak bertanggungjawab termasuk merobohkan segera bangunan lama itu supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini. 24-06-2009
SEBAHAGIAN pelajar SRK Assunta 1 dan 2, Petaling Jaya memakai topeng muka ketika menghadiri persekolahan sebagai langkah berjaga-jaga jangkitan wabak H1N1. 23-06-2009 MEASAT-3a dilancarkan Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan. 23-06-2009 DINDING tempat simpan peti kebal berlubang ditebuk perompak yang memasuki kedai emas di Jalan Datruk Bandar Tunggal, Seremban. 23-06-2009 SHAZIMAN memantau kerja pembinaan projek pangkalan kapal selam pertama TLDM di Teluk Sepanggar. 23-06-2009
TEBUK kelapa guna jari. Seorang warga emas, Ho Eng Hui, 55, mencipta sejarah apabila  menebuk empat biji kelapa muda dengan hanya menggunakan jari dalam tempoh 30 saat di hadapan  1,000 penonton di pentas Jonker Walk, Melaka, malam kelmarin.  Usaha    itu bukan saja meletakkan dirinya sebagai rakyat negara ini  pertama berbuat demikian, malah turut mencatatkan namanya dalam Malaysia Book of Records. 22-06-2009 PINTU di stesen minyak yang menempatkan mesin ATM dipecah perompak menggunakan jentera forklift di Taman Serdang Raya, Serdang. 21-06-2009 ROSMAH  (kiri)  mendengar ucapan dalam bahasa Mandarin  disampaikan   anaknya Nor Ashman Najib (berdiri) yang mendapat pujian Guru Besar SJKC Khai Chee, Lim Beng Hean (tengah) di Segambut. 20-06-2009 TIMBALAN Pengarah I Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Abdul Rahman Hussin, berkata pihaknya memperuntukkan lebih RM30 juta untuk membeli enam bot ronda Watercat M14 bagi menangani jenayah maritim. Hadir sama Komander PGM, Datuk Isa Munir dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shariffuddin Abdul Ghani. Rahman (dua dari kanan) mendengar penerangan Shariffuddin selepas pelancaran bot ronda Watercat M14 di Markas Operasi PGM Wilayah 3 Kuantan, semalam. 18-06-2009
Persekitaran Muzium Diraja Istana Lama Sri Menanti Negeri Sembilan terbiar, rumput dibiarkan panjang dan  pokok bunga tidak dijaga baik. Ia menjejaskan mata memandang terutama di kalangan pelancong yang berkunjung ke muzium itu. Diharapkan pihak berkenaan mengambil langkah  segera mengindahkan semula muzium berkenaan. 17-06-2009 TIDAK cukup dengan papan tanda jalan, tempat menunggu bas, pondok telefon serta batang pokok di sepanjang jalan, lampu isyarat yang menjadi petunjuk kepada kelancaran lalu lintas turut menjadi mangsa sifat tidak bertanggungjawab peminjam wang haram yang melekatkan kertas iklan  pada  permukaan lampu isyarat. 16-06-2009 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan), ditemani Ketua Umno Langkawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad;  Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid  bersarapan pagi bersama penduduk dan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Langkawi di Warung Pak Don di Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat di Langkawi, semalam. Kunjungan ke kampung itu bukan saja memberi peluang kepada penduduk mendekati Timbalan Perdana Menteri, malah ramai  mengambil kesempatan bertanya khabar, bergambar dan membuat aduan. 15-06-2009 Seramai 40 beliawanis usia 20 dan 21 tahun dari selatan Thailand gembira menerima sijil selepas menamatkan pengajian dalam Program Latihan Pembantu Jururawat di Kampus Pusat Perubatan Diraja, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Perak.  Program latihan selama setahun itu  hasil kerjasama Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960 (Thailand).  Program itu bertujuan membuka peluang pekerjaan di samping bolehkan mereka berkhidmat di selatan Thailand. 12-06-2009
 KESAN kecederaan di badan kanak-kanak selepas didakwa didera oleh bapanya sendiri. 11-06-2009 Peronda kutip paku: Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor. 08-06-2009 NORAKMAN Rizal bersama  Safinah  menaiki traktor sejauh 500 meter ke rumah pengantin perempuan di Kota Aur, Kepala Batas. 07-06-2009 KAKITANGAN SKMM bersama polis dan Sirim merampas peralatan    mengklon kod laluan alat trunked radio di Sungai Besi. 06-06-2009
MOHD Ikbal ditemani isterinya, Che Nin (kiri) dikelilingi keluarga kedua belah pihak ketika majlis akad nikah di HSB, semalam. 05-06-2009 TIMBALAN Presiden Pas,  Nasharuddin Mat Isa (kiri) diiringi  Salahuddin  sebelum merasmikan  Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-50 di  Kuala Lumpur. 04-06-2009 Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui  seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu.  Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan. 03-06-2009 KEADAAN  Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selepas bumbung runtuh. 03-06-2009
 MASYARAKAT Dayak suku kaum Bidayuh Sadong di rumah panjang Kampung Bunan Gega, Serian mengambil kesempatan melaungkan ‘Selamat Hari Gawai, Kami Juga Rakyat 1Malaysia’ di ruai tamu rumah itu yang berdinding buluh yang dicat bendera Malaysia, semalam. 02-06-2009 MUHYIDDIN menjamu  selera   pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh,  semalam. 01-06-2009  RADZELEY  parah dibelasah ketika meraikan kejayaan Barcelona  di sebuah restoran di Pudu Hulu, awal  pagi semalam. 29-05-2009 KEADAAN  seorang  peminjam yang dikurung along di Seri Kembangan sebelum diselamatkan polis. 28-05-2009
ROSMAH melayari laman web Bakti selepas melancarkannya di Kuala Lumpur. 28-05-2009 PEMANDU maut lori terbabas. Seorang pemandu lori terbunuh, manakala kelindannya parah selepas kenderaan mereka terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Kilometer 22 Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Taman Rekreasi Ulu Bendol, petang semalam.  S Tamil Mogan, 47, dari Taman Bukit Kepayang, Seremban meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindannya yang belum dikenali identiti, parah. 27-05-2009  ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada  Koperal Shaharudin   yang parah  selepas dilanggar   MyVi ketika mengiringi Menteri Besar, di Lebuhraya Darulaman, malam kelmarin. 26-05-2009 VOKALIS Jinbara, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 39, semalam menamatkan zaman bujangnya selepas diijabkabulkan dengan wartawan Bintang Popular Berita Harian, Suzan Ahmad, 34, di rumah pengantin perempuan di Batu 3, Pasir Puteh di Kampung Bachang, Melaka. 25-05-2009
DUA beranak warga Thailand rentung, manakala seorang rakan mereka melecur separuh badan selepas rumah sewa di Simpang Pandan 1, Batu 8, Jalan Gambang di Kuantan hangus dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada ubat nyamuk, pagi semalam. 24-05-2009 Meratap pemergian orang tersayang: Jafri Tajul Ariffin bersama anaknya, Nur Afini (dalam pelukan) dan Aizat Addreen sayu ketika jenazah isterinya, Wah Yah Mat Zi, disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh, semalam. Pengusaha salun itu dibunuh  dalam rompakan di kediaman mereka di Taman Pinji Seni, kelmarin. Turut terkorban dalam kejadian itu, anak bongsu Jafri, Ermin Danish dan pembantu rumah, Dani. 22-05-2009 KEJADIAN rompakan di Taman Pinji Seni, Ipoh mengakibatkan ibu, anak dan orang gaji dibunuh perompak. Suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah berjaya ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian kira-kira jam 2.45 petang. Kelihatan suami mangsa, Jafri (dua dari kanan) mententeramkan anaknya. - Gambar Muhaizan Yahya 21-05-2009 TIGA  pelatih PLKN  menjalani pemeriksaan dan rawatan  di Hospital Serdang selepas disyaki hidap simptom virus H1N1. 21-05-2009
YUSOFF melihat tanda  bekalan beras Super Tempatan ST 15 peratus hancur habis  sambil diperhatikan    Haziah   di Alor Setar, semalam. 21-05-2009 SERAMAI 70 murid dan tiga guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Emerald, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan selepas terhidu gas ketika kerja penyelenggaraan paip berhampiran sekolah itu. 20-05-2009 GAMBAR yang  dipilih Najib sebagai pemenang kedua daripada Henry Liew Su Loong  dalam peraduan dilancar di laman  web 1Malaysia.com.my. 19-05-2009 GAMBAR daripada Noor Diyana berjaya memikat hati Perdana menteri sebagai pemenang pertama. 19-05-2009
GAMBAR yang dipilih Perdana Menterei sebagai pemenang ketiga daripada Md Azrul Syaffiq. 19-05-2009 SULTAN Azlan Shah  beramah mesra dengan pelajar    sambil diperhatikan Tuanku  Bainun  dan Isteri Raja Di-Hilir Raja Nor Mahani (tiga dari kiri) pada   sambutan Jubli Perak dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. 19-05-2009 KAKITANGAN Hospital Sungai Buloh memakai pakaian khas ketika mengeluarkan bahan buangan di Jabatan Kecemasan hospital itu. 18-05-2009 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra meluangkan masa kira-kira sejam untuk menziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dirawat di Unit Rawatan Koronari, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam. 17-05-2009
TANGAN mangsa serangan dipercayai warga Bangladesh ditemui tidak jauh dari tempat kejadian, di Jalan Klang Lama. 17-05-2009 KAKITANGAN Hospital Sungai Buloh memeriksa seorang pesakit di bilik saringan jabatan kecemasan  hospital itu, semalam,   sebagai prosedur mengekang penularan wabak  virus Influenza A (H1N1). 16-05-2009 TINDAKAN tidak memberi perhatian kepada keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain boleh mengundang padah. Perbuatan penunggang motosikal yang membawa barang lusuh terutama kepingan besi di Jalan Senai Lama, Johor  boleh menyebabkan kemalangan kerana besi panjang itu boleh dirempuh kenderaan lain. 13-05-2009 SEBELAS lagi pelatih penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Akademi JPJ Tiang Dua, Melaka, dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka (HM) semalam, selepas mengalami simptom meningitis atau radang selaput otak. Kelihatan sebahagian pelatih Akademi JPJ Tiang Dua, menunggu untuk menerima rawatan di Hospital Melaka. 12-05-2009
DUA kilang membuat perabot dan cermin topi keledar berhampiran Hentian Bas Kajang di Jalan Reko, Kajang, musnah dalam kebakaran  mengakibatkan kerugian melebihi RM200,000 tengah hari semalam. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. 11-05-2009 LORI bermuatan lebih dan tidak mengikuti peraturan sering disiarkan di ruangan ini. Terbaru, sebuah lori bermuatan kayu berlebihan tanpa diikat kemas menggunakan jalan Seremban-Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Langkah pemantauan dan penguat kuasa undang-undang perlu disegerakan bagi menangani nahas jalan raya  membabitkan kenderaan berat. - Foto Owee Ah Chun 09-05-2009 KANAK-KANAK ini menempah bahaya dan tidak menghiraukan risiko apabila bermain di bekas lombong untuk mencari anak ikan di Setapak, Wangsa Maju. Ahli keluarga seharusnya memantau setiap pergerakan anak mereka supaya tidak ditimpa musibah. 07-05-2009 PERODUA Kembara yang hangus    terbakar di Pasir Tumboh, Kota Bharu, semalam. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan selamat. 06-05-2009
  Abdullah  menunjukkan ketumbuhan di pipi kanan  Mohd Amirudin  di Sik, semalam. 05-05-2009 MUHYIDDIN, Khairy dan Tengku Adnan bersama peserta  Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda Umno di Janda Baik,  semalam. 04-05-2009 Pesta Kaamatan bermula: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kiri) merangkap ‘Huguan Siou’ Kadazan Dusun iaitu Pemimpin Agung Suku Kaum Kadazan Dusun Sabah; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Ismail (tiga dari kanan) menuai padi sebagai simbolik pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2009 di Dewan Masyarakat Papar, semalam. 02-05-2009 TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memulakan lawatan kerja selama dua hari di Sarawak bermula petang semalam, melakukan tinjauan    di kawasan pembinaan Projek Tebatan Banjir di Kampung Samariang Batu, Petra Jaya. Beliau dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman   tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 3.30 petang.   Beliau turut diiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Sementara itu, ketika berucap pada  Majlis Kesyukuran Kemenangan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air 7 April lalu yang diadakan di Sarawak Club,  malam tadi, Muhyiddin  mahu perkongsian bijak antara bukan Bumiputera dengan Bumiputera dalam bidang perdagangan diperhebatkan bagi mengembangkan ekonomi negara, ketika dunia mengalami ekonomi dan kewangan yang merudum. 30-04-2009
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin disambut Pengawal Kehormat Istana Legislatif Uruguay sejurus tiba untuk bertemu Presiden Perhimpunan Agung Uruguay, Rudolfo Nin Novoa, kelmarin.  Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan meluangkan masa setengah jam bertemu Rudulfo. 29-04-2009 KAKITANGAN  Jabatan Kesihatan Putrajaya dan Serdang memeriksa penumpang yang baru tiba dari Los Angeles, Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sebagai langkah mengawal penyebaran wabak selesema babi. 28-04-2009     SHAHRIZAT   bermesra bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan pada majlis penutup Program Jom Mesra Sepakat  di Balai Raya Taman Sri Menegun, Klang semalam. 27-04-2009 SHABERY  mencuba sukan angkat berat ketika  mengunjungi  MSN selain menghadiri majlis jamuan teh bersama atlit  negara, petang semalam. 24-04-2009
ZUKRI (tengah), Syed Nadzri dan Mustapa bersama pengajar serta murid Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2) selepas  penyerahan  Didik di Putrajaya, semalam. 23-04-2009 PELABUR membeli unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang ditawarkan hari ini di kaunter Permodalan Nasional Berhad, Kuala Lumpur. - Foto Saifullizan Tamadi. 21-04-2009 Deretan Lepa  dihias cantik  dipamerkan  sempena Pesta Regatta Lepa Ke-6  di Semporna. Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi tanggungjawab membina Lepa yang pernah digunakan sebagai pengangkutan laut  utama   masa dulu.  Semua Lepa terbabit akan digunakan  mengelilingi Sabah. Majlis pelancaran  dirasmikan  Yang Dipertua Negeri,  Tun Ahmadshah Abdullah. 20-04-2009
  • NSTP
  •    
  •    
  • E-MEDIA
  •    
  •    
  • MY METRO
  •    
  •    
  • NST ONLINE
  •    
  •    
Hak Cipta Terpelihara 2009 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

tracker