login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

10 kenderaan terbabit nahas di Georgetown


2012/01/27

GEORGETOWN: Jalan Gelugor menghala ke pusat bandar di sini mengalami kesesakan luar biasa lebih tiga jam susulan kemalangan membabitkan 10 kenderaan pagi tadi.

Jurucakap bahagian trafik negeri ketika dihubungi berkata, nahas berlaku pada jam 11.50 pagi apabila sebuah lori pasir yang dipercayai mengalami kerosakan berhenti secara mendadak di atas jalan raya.
"Kejadian itu mengakibatkan sembilan kenderaan lain di belakang lori terbabit termasuk sebuah lori sampah tidak sempat membrek dan saling melanggar belakang kenderaan di hadapan masing-masing," katanya.
Pelanggaran itu mengakibatkan beberapa mangsa tersepit di dalam kenderaan masing-masing dan sebuah jentera bomba terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

Bagaimanapun, semua yang terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pulau Pinang serta klinik berhampiran. - BERNAMA


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker