AYER KEROH: Seramai 1,068 individu meliputi anggota Kabinet, tokoh korporat, artis dan pengamal media menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan Melaka termasuk 118 yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi rasmi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-73, pada Sabtu ini.
Mengetuai senarai penerima adalah Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), membawa gelaran Datuk Seri.
Selain itu, tidak ketinggalan penyanyi veteran merangkap Bendahari PAPITA, Goh Eng Boon @ Andre Goh menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.Tiga pengamal media iaitu Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Zulkefli Salleh turut menerima darjah sama manakala Timbalan Pengarah Berita RTM, Sayuti Mukhtar, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut bergelar Datuk.
Turut menerima pengiktirafan adalah bekas jurukamera televisyen BERNAMA, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh ketika membuat liputan penghantaran bantuan di Somalia pada 2 September lalu. Allahyarham menjadi penerima tunggal Bintang Gagah Perkasa (BGP) dan sekali gus individu pertama menerima anugerah ini sejak diperkenalkan 1978. Anugerah ini tidak membawa sebarang gelaran.


Berikut adalah senarai lengkap penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka 2011:

*Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri (tiga individu)
Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam

*Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) Kehormat (tiga individu).
Penerimanya adalah termasuk Gabenor Provinsi Riau, Datuk Dr HM Rusli Zainal dan Gabenor Provinsi Kepulauan Riau, Drs H Muhamad Sani dari Indonesia serta bekas Gabenor Mindanao (Filipina), Datu Pax S Mangudadatu Al Haj.
*Darjah Cemerlang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira (14 individu)
Penerimanya adalah Exco kerajaan Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Datuk Latiff Tamby Chik;; Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Ketua Pengarah Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ali Hamsa;
Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Hakim Utama Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas; Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Melaka, Datuk Jaafar Lajis; Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba; Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said;
Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah (Perak), Datuk Mohd Yusoff Kassim; Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah, Tan Sri Omardin Mauju; Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Bhd, Datuk Pang Tee Chew; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Pengarah Light and Power Construction Sdn Bhd, Datuk Thien Tung Fah @ Thien Kon Fah.

* Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk (25 individu)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei; Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun; Ketua UMNO Pengkalan Chepa (Kelantan), Dali Husin; Exco Wanita UMNO Hasnah Salam dan Marlia Abd Latiff.
Selain itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Alipudin Puyon; Timbalan Pengerusi MCA Bukit Katil (Melaka), Lee Seng Yean dan Ahli Jawatankuasa MCA Alor Gajah (Melaka), Yee Ah Kuon; Duta Malaysia ke Peru, Ayauf Bachi.
Penasihat Khas kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Gnanachandran Ayadurai; Pengarah Urusan Parkson Corporation Sdn Bhd, Cheng Yoong Choong; Penyanyi merangkap Bendahari PAPITA, Goh Eng Boon @ Andre Goh; Pengarah Urusan KPMG Business Advisory Sdn Bhd, Hew Lee Lam Sang; perunding perniagaan, Hood Musa.
Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Brig Jen Mahadi Abdul; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Mohd Zin Mansor; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mortadza Nazarene; pakar perunding kanan bedah Hospital Melaka, Dr Muhammad Safian Hashim; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Othman Mustapha.
Canselor Kolej Perubatan Manipal Melaka; Ramdas Madhava Pai; pakar ortodontik Pejabat Kesihatan Pergigian Melaka, Tan Kim Choo; Ketua Setiausaha Yayasan Guan Yin, Datin Tan Swee Lai; dan Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Zulkefli Salleh; Pengarah KEMAS, Hasim @ Hashim Muhamad.

* Darjah Pangkuan Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk (73 individu)
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Mohd Nasri Hashim; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Baru, Mohd Ridzwan Bakar; Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Abdul Muthalib Harun; Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Libaran, Daning Bajau.
Bendahari UMNO Bahagian Alor Star, Jamaludin Ahmad Nasir Murad; Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, Serin Sudah @ Masree; Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Shahrul Zaman Yahya.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah; Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr Ismail Bakar; Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ramli Juhari;
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Mohamad Yusoff Ghazali;
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Yahya Baba; Ketua Cawangan Khas Perak, Senior Asisten Komisioner Mohd Ab Rahman Harun; Timbalan Pengarah Besar FELDA, Suhaimi Zainuddin.
Setiausaha Sulit Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Shamsudin Salim; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Khamis Abas; Pengarah Pejabat Pelancongan Melaka, Lim Chow Beng; Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Marzuki Khalid;
Pengarah Seranta FELDA, Noor Ehsanuddin Mohd Harunnarrashid; Pengarah Kanan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Parameswaran K Nadarajah; Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Ghazali Othman; bekas pegawal hasil, Harpal Singh Dhillon; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Idrus Md Jani.
Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Chua Tee Yong; Penasihat MCA Melaka, Chan Chee Fai; Penasihat MCA Jasin, Sia Swee Seng; Naib Pengerusi MCA Melaka, Voon Woon Chin; Ahli MCA, Tan Jyh Yaong; Teo Poh Boon; Setiausaha MIC Melaka, Kannan Govindaraju; Naib Pengerusi MIC Bukit Katil, Basil Karapaya.
Pengerusi GERAKAN Jasin Utara, Tan Boon Tan; Pengerusi GERAKAN Cawangan Tiang Dua (Melaka), Muniandy Senggamalay; Bendahari Parti Progresif Penduduk Melaka, Ng Teng Yau; Naib Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Lee Kim Hock.
Pengarah Urusan Bandi Bina Sdn Bhd, Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi; Pengarah Urusan Restoran Nasi Kandar Subaidah (PG) Sdn Bhd, Abdul Aziz Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Ahmad Fauzi Hasan;
Pengarah Business Development Westar LDV Sdn Bhd, Anuar Noordin; Pengarah Korporat Pesaka Astana (M) Sdn Bhd, Badly Shah Ariff Shah; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Baharom Majid; Pengarah Urusan Urusan BNT Land Realty Pengarah Urusan Inti Perdana Sdn Bhd, Mohamad Nasir Abdul Rahim.
Pengurus Besar TNB Melaka, Mohamed Azim Yusof; Pengarah Urusan Nazarin (NBM) Sdn Bhd, Mohd Ariffin Abdul Talib; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd, Nur Iskandar A Samad; Pengarah Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd, Othman Hitam.
Pengerusi Eksekutif Century Logistics Holdings Bhd, Phua Sin Mo; Ketua Pegawai Eksekutif Ede & Ravenschroftt (M) Sdn Bhd, Shavrathan Lalchand Ranai; Pengarah LTKM Berhad, Tan Kok; Ketua Pegawai Pemasaran Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, Wan Abd Halim Abd Majid.
Pengerusi Cahaya Automotif Sdn Bhd, Yap Kim Soon; Pengarah Urusan Parksim Bricks Sdn Bhd, Yap Yee Chong; Pengarah Eksekutif Tech Art Sdn Bhd, Zaimi Md Ali; Pengerusi Esksekutif Aljannah Global Marketing Sdn Bhd; Pengarah Operasi Boustead Hotel & Resort Sdn Bhd, Mokhtar Md Khir;
Pengarah Eksekutif Havys Oil Mill Sdn Bhd, Lim Lian Kheng; Pengarah Huat Lai Resources Bhd, Lim Yeow Siong.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat, Megat Zulkarnain Omardin; Naib Pengerusi Alumni 4B Malaysia, Abd Rashid Nopiah; bekas Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Taman Bahagia Jasin, Abu Dolah Hitam; Abdul Rahim Abdul Thalik.
Presiden Goshinryu Malaysia, Clement Soo; Setiausaha Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Pandurangan Subramaniam; Ahli Majlis Peguam, Ganesalingam Kanagaretnam; Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Bekas Ahli 4B, Mohamed Safian Mohamed Omar.

** Selain itu, seramai 49 menerima Darjah Seri Melaka (DSM), Jaksa Pendamai (50), Bintang Cemerlang Melaka (108), Bintang Khidmat Terpuji (156), Pingat Jasa Kebaktian (310), Pingat Bakti Masyarakat (244) dan Pingat Khidmat Lama (33).
Istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka ini yang bakal disempurnakan Mohd Khalil, diadakan di Dewan Seri Negeri, di sini, dalam tiga sesi termasuk 266 penerima pada hari Sabtu, 8 Oktober dan 431 lagi pada Ahad, 9 Oktober.

Sesi ketiga akan dimaklumkan tarikhnya kemudian.