17 pekerja terperangkap dalam lombong di China

BEIJING: Seramai 17 pekerja terperangkap dalam lombong arang batu membabitkan dua kejadian di China, lapor media negara itu. Agensi Berita Rasmi Xinhua berkata, kebakaran meletus di lombong timur laut wilayah Heilongjiang menyebabkan 11 orang terperangkap. Dua lagi pekerja di lombong yang sama berjaya dikeluarkan.



Agensi berita itu berkata, lesen lombong arang batu tiga minggu lalu dan kerajaan mendakwa pengeluaran arang batu secara haram menjadi punca kemalangan.

Dalam kejadian berasingan di wilayah yang sama kelmarin, seramai enam pelombong terperangkap. - AP