Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata dua suspek lelaki yang berumur 33 dan 40 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara awal pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Beliau berkata, polis menahan reman 10 suspek bermula semalam hingga 2 September manakala tangkapan membabitkan dua suspek hari ini direman sehingga 1 September.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi semalam, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan tamat waktu operasi.
Pergaduhan kemudian tercetus sebelum seorang daripada lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan yang mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua.
- BERNAMA
