Laman Utama » Sarawak

71 calon hilang wang pertaruhan



2011/04/17
Share |
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang memenangi 55 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semalam meraih undi popular sebanyak 54.53 peratus daripada keseluruhan kira-kira 70 peratus yang keluar mengundi.

Secara keseluruhan BN memperoleh 372,379 undi, DAP yang menang 12 kerusi, mendapat 134,847 undi, manakala Parti Cinta Malaysia (PCM) yang gagal memenangi sebarang kerusi, mendapat jumlah undi terendah, 2,895 undi. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang turut gagal memenangi sebarang kerusi, mendapat 15,663 undi, PKR menang tiga kerusi (117,100 undi), PAS yang tewas semua kerusi (9,719 undi) dan Bebas menangi satu kerusi (20,064 undi). Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata seramai 71 calon hilang wang pertaruhan selepas gagal memperoleh satu perlapan daripada jumlah undi diperoleh setiap calon.

Katanya, bilangan undi yang ditolak pula sebanyak 8,224 undi, manakala majoriti tertinggi adalah di kerusi N45 DUN Bukit Assek iaitu 8,827 undi dan undi terendah pula adalah di N65 Senadin (58 undi).

“SPR mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu melicinkan urusan pengundian dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini,” katanya pada sidang media mengenai analisis pilihan raya itu di sini, malam tadi.

Artikel Lain