KUALA LUMPUR: Sembilan wartawan hiburan tempatan hari ini membuat laporan polis mendakwa gambar-gambar mereka dieksploitasi dan dihina dalam laman web sosial, Facebook.

Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, tengah hari tadi.
Wartawan program Diva@1, Siti Nor Hafiza Kamarudin, berkata gambar-gambar mereka diceroboh dari laman web peribadi masing-masing dan ditulis dengan perkataan yang tak sepatutnya.

"Kami berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia menjatuhkan kredibiliti kami sebagai wartawan," katanya. - Bernama