login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:22
16:44
19:30
20:43
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 31 Julai 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Ahli Parlimen Bebas diberi tempat khas
Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my
2010/03/13

7 wakil rakyat diletak dalam satu kelompok

KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin ini akan menyaksikan tujuh Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.
Mendahului kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang akan duduk di barisan ke-3, diikuti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) di barisan ke-4 di blok F.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pula akan berada di barisan terakhir blok berkenaan bersama-sama dengan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, berkata kedudukan baru Ahli Parlimen Bebas itu sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu masih tertakluk kepada perubahan seperti kemungkinan beralih kerusi,” katanya pada taklimat kepada media mengenai persiapan menjelang Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di sini, semalam.

Roosme berkata, mesyuarat Parlimen itu akan berlangsung selama 32 hari, dari 15 Mac hingga 15 April depan dan 11 hari (26 April hingga 6 Mei).
Tuanku Mizan yang menyempurnakan istiadat pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen itu akan turut bertitah di Parlimen sebelum titahnya dibahaskan selama tujuh hari, manakala tempoh empat hari diperuntukkan kepada menteri Kabinet untuk menjawab perbahasan.

Selain tujuh wakil Bebas, persidangan Parlimen kali ini menyaksikan 137 kerusi adalah wakil Barisan Nasional (BN) manakala 78 kerusi wakil pakatan pembangkang.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker