login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:50
13:14
16:16
19:17
20:26
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 09 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Ahli Parlimen Bebas yakin lebih efektif jalankan tugas


2010/03/15

KUALA LUMPUR: Dua bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi ahli Bebas berpendapat mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif selepas tidak lagi terikat dengan aliran mana-mana parti.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata selepas tidak lagi terikat dengan mana-mana parti beliau bebas menjalankan agendanya sendiri selagi ia dapat membawa manfaat kepada rakyat.
“Ia termasuk menyokong usul-usul yang akan dibentangkan di Parlimen sekiranya ia memberi kelebihan kepada rakyat dan akan menentang jika membebankan rakyat.
"Misalnya, saya sokong gagasan 1Malaysia untuk beri peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakannya dengan tujuan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat tetapi GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kita tak sokonglah, saya sendiri pun tak sokong," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang terus mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan meminta mereka menghentikan tindakan tersebut memandangkan beliau akan meneruskan khidmatnya untuk rakyat.

Zahrain turut mencadangkan satu kaukus untuk Ahli Parlimen Bebas diwujudkan bagi memantapkan lagi kedudukan dan suara mereka di Parlimen.

"Di Parlimen jika kita seorang, kita akan kesunyian. Jika kita ada kaukus di mana kita boleh kongsi prinsip-prinsip asas pada keadilan, kejujuran dan terutama untuk pengundi-pengundi, kita akan dapat suara yang sama," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin melihat pemecatan beliau sebagai ahli PKR memberikan banyak ruang kepadanya untuk bergerak secara sendirian dengan lebih selesa sebagai calon Bebas.

"Saya rasa lebih efektif sebagai ahli parlimen Bebas sebab saya kini boleh ambil keputusan dan bersikap tidak terikat dengan aliran mana-mana parti.

"Mengenai usul-usul, apa saja yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan agama Islam saya akan menyokong dan akan membantah jika sebaliknya," katanya.

Sebelum ini, empat ahli Parlimen PKR yang mengisytihar sebagai wakil Bebas adalah Zahrain, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Ia menjadikan jumlah ahli Bebas di Parlimen kepada tujuh individu.

Wakil rakyat bebas yang lain ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau). - Bernama

Artikel Lain
iklan iklan iklan iklan
Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker