Ahmad Yakob Menteri Besar baru Kelantan

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990. - BERNAMA