WASHINGTON: Saluran berita Al-Jazeera di Amerika Syarikat (AS) akan dilancarkan pada 20 Ogos ini, demikian diumumkan stesen televisyen yang berpangkalan di Qatar itu, hari ini.

Stesen itu turut mengumumkan barisan eksekutif untuk operasinya di AS dengan Ehab Al Shihabi, Pengarah Eksekutif bagi Operasi Antarabangsa sebagai Pengerusi Eksekutif (CEO) sementara Al-Jazeera America, manakala Kate O’Brian dari ABC News sebagai presidennya.
Shihabi yang bersama Al Jazeera selama lima tahun sebelum ini bertanggungjawab membuka operasi Al-Jazeera di Balkan dan Turki.

O’Brian pula bertanggungjawab dalam operasi berita untuk ABC, termasuk Biro Antarabangsa ABC sejak 2007. - AFP