KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana di Kudat dan Sandakan, Sabah dijangka berterusan sehingga malam ini.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini, JMM mengeluarkan nasihat hujan (peringkat kuning) dan kawasan yang terbabit ialah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. - BERNAMA