Mutakhir
Amaran polis jangan sertai perhimpunan di Parlimen
2010/03/12
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa izin di bangunan Parlimen yang akan bersidang Isnin ini.
"Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul..jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.
"Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara," katanya.
Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Penyelaras perhimpuan berkenaan Dr Hatta Ramli dilaporkan berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, parti pembangkang dan anggota pertubuhan hak asasi manusia yang membantah cadangan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
- Bernama
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
Den
laa..pasal cukai pun nak buat perhimpunan..xde cara len ke yg lebih baik?ni cara terdesak la..
Baharom Bin Haron
Entahlah apa nak jadi saudara yg tak suka keamanan ni. Byk perhimpunan haram lagi teruk ekonomi kita... Maka senang kita dijelajah oleh kuasa luar... Tu yang dia org minta...
AZHAR ARSANI
alahai,,,,sudah2lah dgn perhimpunan haram ni..baik buat solat hajat ramai2 minta turun hujan spya sejuk skit negara kita ni...semua pn akan senang hati kan