Dibaba, 26, jarang bersaing dalam acara jarak jauh itu sejak dia memenangi acara 5,000 dan 10,000 meter di Beijing 2008 akibat dihimpit kecederaan tulang keting dan beberapa kecederaan lain.
Saya tak pernah rasa segembira seperti hari ini. Kemenangan ini cukup istimewa kerana saya berusaha cukup keras untuk mendapatkannya, kata Dibaba.
Pingat perak dan gangsa diraih dua pelari Kenya, Sally Kipyego dan Vivian Cheruiyot yang masing-masing mencatat 30 minit 26.37 saat dan 30 minit 30.44 saat.
Reuters
