Usaha realisasikan negara berpendapatan tinggi

Kuala Lumpur: Avaya, penyedia penyelesaian komunikasi dan kerjasama perniagaan global melancarkan Avaya IP Office, iaitu sistem penyelesaian komunikasi bersepadu untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pengarah Avaya Malaysia Sdn Bhd, Mohd Rasidan Mohd Taher, berkata ia adalah platform khusus dibangunkan bagi menyokong pertumbuhan syarikat PKS di negara ini dalam usaha menambah baik produktiviti, kecekapan perkhidmatan pelanggan dan bersaing dengan lebih efektif.

Kami bersedia membantu syarikat tempatan untuk meraih manfaat daripada inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sejajar merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020". - Mohd Rasidan Mohd Taher, Pengarah Avaya Malaysia

Katanya, Avaya IP Office boleh disesuaikan bagi membantu meningkatkan keupayaan komunikasi secara kos efektif sejajar dengan pengembangan perniagaan mereka.

“Pasaran PKS Malaysia yang tertumpu kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor kerajaan dan perkhidmatan kewangan dengan jelas membuka peluang pertum-buhan yang besar kepada Avaya.

Peranti mudah alih

“Kami bersedia membantu syarikat tempatan untuk meraih manfaat daripada inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sejajar merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menerusi Avaya IP Office, Avaya menawarkan Avaya Ethernet Routing Switch (ERS) 3500 untuk PKS dan Scopia, kendalian aplikasi video untuk desktop dan peranti mudah alih yang membolehkan syarikat memacu kerjasama dan membuat keputusan perniagaan lebih pantas.

Beliau berkata, pada masa ini sebanyak 125 vendor atau rakan kongsinya akan mula menawarkan perkhidmatan bermula Oktober ini, dengan sasaran kepada pelbagai sektor perniagaan antaranya perhotelan, farmaseutikal dan komunikasi.

“Pada masa ini, terdapat seramai lima pelanggan Avaya IP Office dan kami jangkakan jumlah ini akan meningkat kepada lebih 100 orang pada
tahun pertama operasi, apabila perkhidmatan penyelesaian itu mula dilancarkan secara rasmi Oktober ini,” katanya.