Awie bergambar bersama pelatih PLKN Kem Gemilang, Gopeng di Kompleks Persekutuan Seruan Islam Perak.
Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.
"Kita boleh bekerjasama dengan golongan seni dalam usaha menerapkan nilai murni Islam kepada remaja,” katanya pada majlis memperkenalkan duta remaja PSIP dan pelancaran Program Khidmat Komuniti serta Perhimpunan Remaja di Kompleks PSIP di sini, kelmarin.
Sementara itu, Awie berkata, beliau secara peribadi terkejut dengan pelawaan PSIP memandangkan amanah yang bakal dipikul adalah sesuatu yang sangat besar.
"Saya terperanjat apabila dilantik sebagai duta PSIP kerana saya adalah insan kerdil dan ia menjadi satu penghormatan kepada anak seni seperti saya. Walaupun ia bukan satu perkara mudah, namun ia adalah satu amanah bagi menyedarkan generasi muda remaja masa kini," katanya.