Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
2,684,916 permohonan baru
Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baru untuk BR1M 2.0 diterima sehingga semalam yang mana ia membabitkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).
Pendaftaran terus dibuka
“Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak,” katanya.
Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - BERNAMA
