login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Razali Alias meninggal dunia


2012/01/27

KUALA LUMPUR: Bekas pemain skuad bola sepak Selangor, Razali Alias, meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi.

Allahyarham berusia 51 tahun.
Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.
Anaknya, Mohd Raqib, 26, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.25 petang selepas seminggu lebih dimasukkan ke hospital.

"Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya ketika dihubungi hari ini.

Razali dikesan menghidap Hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu, penyakit itu kembali menyerang.

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.
Razali juga pernah menjadi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2009 dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA untuk musim 2006-2007. - BERNAMA

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker