Beri polis masa siasat kes bunuh tiga beradik di Kedah - KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar
GEORGETOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu semua pihak memberi polis masa untuk menjalankan siasatan berhubung kes bunuh tiga beradik di Kedah.

Beliau berkata, pihaknya yakin mampu mengesan pentunjuk baru untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, beliau berkata polis tidak mahu tergesa-gesa dan memerlukan sedikit masa untuk merungkai segala persoalan yang timbul dalam kes berkenaan, termasuk berusaha membina semula siasatan kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

"Bagilah kami sikit masa untuk siasat... apa pun kita yakin dapat rungkai persoalan untuk cari petunjuk kes.

"Kita sedang melakukan 'reconstruction' (membina semula) siasatan, untuk lihat balik kes ini" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Deepavali Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.