Modul tambahan elak kecurian wang menerusi akaun

DUA perisian paling berbahaya dan bertindak pantas mencuri wang daripada akaun bank sudah ditambah baik.
Perisian berkenaan kini ia boleh memindahkan wang keluar secara automatik tanpa perlu pengawasan daripada penggodam, kata penyelidik.


Varian terbaru bagi program yang semakin meluas iaitu SpyEye dan Zeus mencuri sebanyak 13,000 euro dalam satu masa daripada satu akaun dan pada peringkat awal penggunaan, menurut penyiasat di Trend Micro Inc, syarikat keselamatan berpangkalan di Jepun yang mempunyai banyak bank sebagai pelanggannya.

Naib Presiden Trend Micro, Tom Kellerman berkata, penyelidik syarikatnya telah melihat serangan baru ke atas banyak institusi kewangan di Jerman, United Kingdom dan Itali.

Ini adalah perkara yang menyulitkan kerana bank Eropah secara umumnya mempunyai pertahanan teknologi yang lebih besar daripada Amerika Syarikat, dan Kellerman berkata ia ‘tidak dapat dielakkan’ yang varian berkenaan akan merebak ke Atlantik.

Kod baru itu berpotensi meningkatkan jumlah wang yang dicuri daripada akaun dan pencarian bertahun-tahun antara bank dan kumpulan jenayah siber yang sering berpangkalan di Eropah Timur.
“Ini mempunyai implikasi yang amat besar, terutama Amerika Syarikat yang kini menuju ke arah perbankan melalui telefon. Serangan ini mewujudkan era baru dalam rompakan bank,” katanya.

Seperti syarikat keselamatan lain, keuntungan Trend Micro dengan menjual perisian dan perkhidmatan kepada institusi dan pengguna mewujudkan kebimbangan mengenai pengintipan dan kecurian wang dalam talian.

Walaupun ditulis dan dikawal oleh kumpulan yang berbeza, SpyEye dan Zeus berkongsi keupayaan untuk dipasang pada komputer yang melawat laman web yang mempunyai unsur jahat atau laman sah yang dicerobohi oleh penggodam.

Kedua-dua program dijual di negara yang mempunyai penggodam yang tinggi, yang mana mereka boleh disesuaikan atau ditambah baik dengan modul tambahan seperti penemuan baru. – REUTERS