PERMINTAAN terhadap komputer tablet berkembang lebih pantas berbanding unjuran awal, didorong permintaan kukuh iPad keluaran Apple.
Jika Apple melancarkan tablet bersaiz tujuh inci pada harga kurang daripada AS$300 seperti dilaporkan khabar angin, pegangan syarikat itu dalam pasaran menjadi lebih kukuh. - Tom Mainelli, Penganalisis IDC
IDC juga menyemak semula unjuran 2013 kepada 142.8 juta daripada 137.4 juta dan berkata, penghantaran seluruh dunia akan mencecah kepada 222.1 juta unit menjelang 2016.
“Permintaan untuk tablet media kekal kukuh dan kami melihat peningkatan minat daripada bahagian komersial.
“Kami menjangkakan pengeluaran produk baru yang masih tertangguh daripada pemain utama, peningkatan peranti arus perdana mampu milik dan gembar-gembur pemasaran besar-besaran oleh Microsoft bagi Windows 8 akan mendorong peningkatan minat pengguna sehingga akhir tahun ini.” kata Tom Mainelli, Penganalisis IDC.
IDC berkata, ia menjangka iPad akan meningkatkan penguasaannya kepada 62.5 peratus pasaran, naik daripada 58.2 peratus pada 2011. Ia berkata, tablet yang dikuasakan oleh platform Android keluaran Google akan jatuh kepada 36.5 peratus tahun ini daripada 38.7 peratus tahun 2011.
IDC menjangka BlackBerry yang berada di kedudukan ketiga untuk jatuh kepada 1.0 peratus daripada 1.7 peratus.
“Selepas pelancaran produk baru yang begitu kukuh pada Mac lali, iPad keluaran Apple menunjukkan tanda penurunan.
“Tambahan paparan retina dan keupayaan 4G kepada produk generasi ketiganya itu menyebabkan ramai pemilik mahu menaik taraf. Keputusan Apple untuk mengekalkan iPad 2 di pasaran pada harga lebih rendah, dilihat mendatangkan hasil yang baik,” kata Mainelli
Beliau berkata, jika Apple melancarkan tablet bersaiz tujuh inci pada harga kurang daripada AS$300 seperti dilaporkan khabar angin, pegangan syarikat itu dalam pasaran ini menjadi lebih kukuh.
IDC berkata, pihaknya tidak mengunjurkan tablet menggunakan Microsoft Windows tetapi Mainelli berkata, produk baru itu dijangka akan menambah bilangan yang sudah diunjurkan.
“Kami tidak menjangkakan tablet berasaskan Windows akan mengambil penguasaan daripada Apple dan Android, tetapi akan berkembang dalam keseluruhan pasarantablet,” katanya. – AFP
