MILAN: Pemain Ghana Kevin-Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing menjaringkan satu gol bagi membantu pasukan mereka AC Milan membenam Barcelona 2-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, awal pagi tadi.

Ia juga adalah kemenangan berharga AC Milan ke atas Barcelona selepas kali terakhir mereka berjaya menundukkan Barcelona 2-0 di Nou Camp dalam kejohanan sama pada tahun 2000. - AFP