login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:50
13:14
16:16
19:17
20:26
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 09 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sukan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Chong Wei ketepi Kuncoro
Oleh Lukman Salleh

2010/03/12

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
Pemain Korea tunggu di saingan suku akhir hari ini

KELEGAAN jelas terpancar pada raut wajah Lee Chong Wei sebaik mengutip mata akhir yang memberi kemenangan ke atas pemain yang menghadirkan igauan, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Seluruh England di Birmingham, semalam.

Turut serta ke pusingan lapan terakhir ialah bekas pelatih beregu kebangsaan, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Chai Biao-Zhang Nan dari China, 21-8, 23-21.
Bagi Chong Wei, kemenangan 21-11, 21-17 dalam tempoh 39 minit itu mendekatkan diri kepada idaman merangkul kejuaraan, dengan pemain muda Korea Selatan, Shon Wan-ho menjadi halangan seterusnya.
“Sebelum perlawanan saya sudah bertekad untuk menang,” kata Chong Wei. “Saya sentiasa di depan dan sebaik memenangi set pertama, ia menyuntik semangat saya.
“Saya terperangkap dengan strategi baru Sony pada set tetapi tidak putus asa dan nasib baik menang,” kata Chong Wei.

Kemenangan Wan-ho ke atas pemain muda China, Chen Long 21-18, 18-21, 21-19 tampak mengurangkan tekanan ke atas Chong Wei, namun bagi jurulatih, Misbun Sidek, anak didiknya itu harus berwaspada.

“Chong Wei jelas lega selepas mengalahkan Sony, pemain yang sentiasa menjadi igauan dirinya,” kata Misbun. “Dia kini lebih yakin tetapi tidak harus leka sekali pun lawannya di suku akhir nanti ialah pemain muda Korea Selatan.
“Dia perlu sentiasa mempamerkan tahap permainan tinggi kerana persaingan baru memasuki separuh jalan dan belum mencapai apa yang dihajati.”

Teik Chai-Bin Shen bakal berdepan Lars Paaske-Jonas Rasmussen yang mengejutkan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di pusingan pertama kelmarin.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jj fotocopy
Congratulations chong wei.. maintain your perfomance the next game.. "MALAYSIA BOLEH"
beb
1 malaysia, no. 1 dunia yang sebenar. syabas..
r_seelan
congrates cw...make our country proud!!
izani zainudin
Kami sefamili tunggu Datuk di Final All England 2010..uh..Teruskan perjuangan..!!
Mel Running Wild
Saya rasa sukar untuk LCW menang All England kerana cabaran dari Lin Dan adalah sangar susah ....apa pun lakukan yang terbaik Demi Negara...
Shahrul Anuar
Syabas Datuk Lee Chong Wei teruskan perjuangan buktikan Malaysia Boleh
WELLIDEH GODOL
Teruskan kecemerlanganmu "Malaysian Hero". Kami sentiasa menyokongmu.
shuffix
chaiyok2!
u can do it!!
im proud to be msian...
JefTheRock
LCW yeh...teruskan kemenangan anda...kalah menang kedua yang pertama persembahan yang paling terbaik....
mat digun
datuk blh!!!!!
Dinobravo
Ayuh Chong Wei... Malaysia Boleh.....!!
paan
tahniah dato. teruskan usaha. begitu jgk beregu, teik chai-bin shen..
hasdi83
teruskan berjuang Lee chong Wei...
1 Malaysia sentiasa ada dihati anda...
faizal zin
berjuang dan terus bejuang hingga ke final
Muhammad Hisyamudin
Tahniah LCW.. teruskan kecemerlangan!!
mohamad yusoff salleh
syabas cw teruskan kemaraan
miie87
Tahniah Chong Wei!! Pastikan kejuaraan All England milik kita.. Gegarkan bumi England dgn laungan NegaraKu..
Bewen Ak Doren
CW akan menjuarai all England kali ini.
ANUAR PERLIS
tahniah laaaa konsisten kan prestasi anda kami akan sntiasa menyokong anda lee cw
hydrick houston
yes... lee cw menang.
mohd rizal asri
ok

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker