Coldplay, Rihanna, Jay-Z meriahkan penutup kejohanan Paralimpik 2012 Dari kiri; Rihanna, Jay Z dan Chris Martin daripada Coldplay ketika membuat persembahan pada majlis penutup.
LONDON: Sukan musim panas London 2012 menyaksikan permulaan menakjubkan dengan kejohanan Olimpik berlangsung pada 27 Julai lalu, sebelum kejohanan Paralimpik melabuhkan tirainya, awal pagi tadi.

Kejohanan Paralimpik 2012 London yang berlangsung selama enam minggu itu disifatkan paling meriah selepas berjaya mengumpulkan 4,200 atlit kurang upaya daripada 164 negara.
Seiring dengan kejayaan itu, persembahan artis berprestij termasuk Coldplay, Jay-Z dan Rihanna mewarnai majlis penutup Kejohanan Paralimpik 2012 London yang berlangsung selama tiga jam.


Sebentar tadi, baton penganjuran Kejohanan Paralimpik diserahkan kepada Rio yang bakal menjadi tuan rumah berikutnya, menandakan berakhirnya kejohanan kali ke-52 yang berlangsung di London.

Ia yang turut digelar “Pesta Nyalaan Api” berjaya mencatatkan rekod tersendiri selepas memecahkan kesemua rekod penganjuran iaitu; dihadiri 2.7 juta penonton untuk semua lokasi serta mengumpul lebih daripada AS$70 juta bagi jumlah keseluruhan jualan tiket sepanjang kejohanan. - AFP