login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:16
16:22
19:20
20:29
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 03 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Cubaan Anwar batal pembelaan ditetapkan 26 April


2010/03/15

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 26 April untuk mendengar percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pembelaan Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fatimah Rubi’ah Ali menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam S N Nair dan Wan Anuar Shadat yang mewakili Anwar dan S Murali bagi Hamzah dalam kamar hari ini.
Nair memberitahu pemberita bahawa Anwar memfailkan permohonan itu kerana Hamzah memfailkan banyak lagi kandungan dalam kenyataan pembelaan yang dibuat bukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang itu memfailkan saman tersebut terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, artikel fitnah itu ditulis “Anwar Harrassed My Wife”.

Anwar mendakwa perkataan itu disiarkan dalam artikel berkenaan, bermakna dan difahami bahawa beliau secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo, diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Beliau berkata, bahawa artikel itu sangat cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja, berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatannya di mata umum dan mendedahkannya kepada dendam, penghinaan, benci yang amat sangat, hina dan cemuhan.
Anwar berkata, artikel itu menyebabkan fitnah yang sangat serius terhadap beliau dan mengakibatkan beliau malu yang amat sangat dan sengsara.

Beliau memohon RM10 juta sebagai ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar. - Bernama

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker