login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:50
13:14
16:16
19:17
20:26
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 09 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Donald Lim bertanding jawatan naib presiden MCA


2010/03/14

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, hari ini mengumumkan untuk bertanding jawatan sama pada pemilihan baru parti itu 28 Mac ini.

Lim, yang adalah ahli jawatankuasa pusat MCA, berkata beliau membuat keputusan tersebut selepas berbincang dengan ahli parti serta perwakilan pusat, terutamanya dari Selangor.
"Kebanyakan pemimpin MCA Selangor tidak berpuas hati khususnya apabila presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) membawa masuk orang luar untuk memimpin MCA negeri itu.
"Saya percaya Selangor mempunyai ramai pemimpin handal untuk membantu Barisan Nasional merampas semula negeri itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ong melantik Datuk Wong Foon Meng, yang juga Setiausaha Agung MCA, sebagai pengerusi MCA jawatankuasa perhubungan negeri Selangor.

Turut hadir pada majlis hari ini adalah beberapa ketua bahagian MCA Selangor termasuk dari Sabak Bernam, Gombak, Shah Alam dan Ampang yang menunjukkan sokongan padu mereka kepada Lim.

Pada pemilihan parti 18 Oktober 2008, Lim kalah merebut jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.
Beliau berharap semua pihak menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk memilih barisan kepimpinan yang berpengalaman dan mampu memberi khidmat kepada parti, masyarakat dan negara.

Sementara itu, dalam satu acara lain, Ketua Pergerakan Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mengalu-alukan gesaan supaya bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting bertanding semula jawatan tersebut.

"Walaupun Ong belum pasti bertanding, tetapi jika dilihat kepada sejarah MCA, kepimpinannya adalah lebih kukuh dan tiada masalah," katanya selepas merasmikan Bengkel Kasih Sayang untuk golongan orang kurang upaya di sini.

Bagaimanapun, Chew dan Lim bersependapat iaitu menghormati keputusan mana-mana calon yang ingin bertanding termasuk Ong (Tee Keat) yang akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak Oktober 2008. - Bernama

Artikel Lain
iklan iklan iklan iklan
Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker