Beliau berkata, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini masih berdepan masalah untuk melaksanakan gaji minimum RM900 yang ditetapkan kerajaan awal tahun ini.
“Pembangkang menggunakan kajian dibuat oleh kerajaan yang turut membabitkan Bank Dunia mengenai kadar gaji minimum yang sesuai untuk dilaksanakan iaitu di antara RM800 hingga RM1,200.
“Jika kerajaan memilih RM800, maka lebih rendah risiko kepada ekonomi negara, dan jika memilih RM1,200, negara akan berdepan risiko seperti peningkatan kadar pengangguran, kenaikan inflasi dan mengurangkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) di sini, semalam.
Katanya, dengan mengambil kira semua risiko itu, kerajaan memutuskan kadar RM900 sebagai gaji minimum, yang dianggap seimbang dan mengurangkan kesan kepada pekerjaan, inflasi dan FDI.
