WARSAW (Poland): Siapa yang tidak mahu memiliki gambar Marilyn Monroe?

Beratus gambar ikon seksi dan selebriti lain termasuk aksi aktres terkenal Monroe ketika berada di atas katil dan pentas ballet (ballerina) dijual hari ini dalam satu lelongan di Poland.
Pembida dan pemerhati dilihat memenuhi Desa Unicum di Warsaw di mana 238 gambar lama oleh jurugambar fesyen dan selebriti Amerika Syarikat, Milton H. Greene ditayangkan untuk dijual.


Kebanyakan gambar Monroe diambil antara 1953 dan 1957 ketika Greene menjadi penasihat dan rakan kongsi perniagaan beliau.

Greene membuat banyak cetakan ketika hayat Monroe dan usaha mereka sangat dihargai beberapa pengumpul.

Ini termasuk siri gambar hitam putih yang diambil dalam studio, persekitaran dan aksi yang menimbulkan provokatif. - AP