Kota Tinggi: Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung trak penunda di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi, dekat Sungai Ambat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Mersing, Abdul Razak Pit, 44, serta dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14 dan Afiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian.
Anak bongsu mangsa, Alimun Helmi, 9, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Mersing.


Abdul Razak adalah seorang duda selepas isterinya meninggal dunia kerana masalah kesihatan, dua tahun lalu.