Pindah operasi ke KLIA2 tak pengaruhi kos penerbangan

AirAsia Bhd menjelaskan keputusan memindahkan operasinya ke terminal tambang rendah baru, KLIA2 di Sepang tidak akan mempengaruhi harga tiket penerbangannya.
Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Aireen Omar, berkata pertimbangan menaikkan harga tiket adalah bergantung kepada konsep permintaan dan pembekalan iaitu berdasarkan faktor laluan terbabit, struktur kosnya dan kematangan laluan khususnya yang mempunyai permintaan tinggi.
Kami hanya mempertimbangkan menaikkan harga tiket apabila laluan itu mempunyai permin-taan yang baik, perkhidmatan penerba-ngannya dan laluan matang yang popular, bukan sekadar operasi di lapangan terbang semata-mata," - Aireen Omar, Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia

“Ia tidak bergantung kepada operasi pemindahan tetapi lebih kepada laluan itu sendiri.

“Kami hanya mempertimbangkan menaikkan harga tiket apabila laluan itu mempunyai permintaan yang baik, perkhidmatan penerbangannya dan laluan matang yang popular, bukan sekadar operasi di lapangan terbang semata-mata,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman kerjasama dengan SimplySiti serta pelancaran versi baru AirAsiaMegastore.com di Sepang, semalam. Hadir sama, Presiden SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza.

Permintaan baik

Menerusi kerjasama itu, produk SimplySiti kini dapat diakses di pasaran utama termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Indonesia mene- rusi AirAsiaMegastore.com.

Sementara itu, Aireen berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi merangka perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) sebelum syarikat penerbangan itu beroperasi KLIA2.

Katanya, secara asasnya MAHB bersetuju untuk me-wujudkan perjanjian SLA dengan syarikat penerbangan yang bakal beroperasi di KLIA.

Ia katanya, berbeza dengan operasi di LCCT yang tidak mempunyai sebarang perjanjian seperti SLA.

Sasaran tercapai

“Kami sedang bekerjasama dengan MAHB bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit, justeru memastikan sasaran berpindah masuk ke KLIA2 menjelang Mei 2013 tercapai.

“Antara yang sedang dibincangkan adalah SLA, namun saya tidak dapat nyatakan sejauh mana perjanjian itu dan perinciannya,” katanya.
Mengulas kerjasama AirAsia dan SimplySiti, Siti Nurhaliza berkata, kerjasama itu memberikan pendedahan awal kepada produknya sebelum langkah meluaskan pasarannya ke luar negara.

Katanya, ia sejajar dengan rancangan beliau untuk meneroka pasaran Indonesia dan Asia Barat menjelang tahun depan.

Sempena pelancaran itu, AirAsiaMegastore.com menawarkan diskaun 50 peratus bagi produk terpilih dalam masa terhad manakala bagi pengguna yang membeli produk SimplySiti pula berpeluang memiliki bag mandian AirAsia.