Ibu bapa mula daftar anak untuk Klinik UPSR Fasa 2 SEBAHAGIAN peserta Klinik UPSR 2012 (Fasa 1) anjuran Unit Pendidikan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PROGRAM bimbingan peperiksaan Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 anjuran Unit Pendidikan Berita Harian memasuki Fasa ke-2 bermula 5 dan 6 Mei ini, di Dewan Seminar The New Straits Times Press (NSTP), 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Peserta atau ibu bapa boleh membuat pendaftaran terus di Kios Pendidikan Berita Harian setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Sebelum itu, penganjuran Klinik UPSR (Fasa 1) sudah menjelajah ke semua lokasi seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak selepas ia bermula pada pertengahan Disember tahun lalu dengan lokasi pertamanya juga di Kuala Lumpur.


Bagi sesetengah tempat seperti di Johor Bahru, Batu Pahat, Skudai, Kota Bharu, Terengganu, Jerantut, Kuantan, Melaka, Seremban dan Ipoh, sebahagian besar ibu bapa sudah mendaftar selepas masing-masing mengikuti program Fasa 1.

Menurut mereka, Fasa 2 penting kerana program itu kesinambungan daripada Fasa 1 dalam melengkapkan kemahiran menjawab soalan sebelum anak menduduki UPSR nanti.

Ini kerana, pada Fasa 1 guru pakar yang bertindak sebagai penceramah mendedahkan pelbagai kelemahan untuk diperbaiki. Fasa 2 calon UPSR akan diberi pendedahan dan maklumat terkini mengenai cara menjawab secara sistematik.

Guru pakar turut membuat analisis soalan tahun lepas dan mengenal pasti kewajaran bentuk soalan yang bakal dijawab calon.
Bagi peserta yang sudah mengikuti Fasa 1, penganjur menawarkan diskaun RM10. Mereka hanya perlu membayar RM120.

Peserta berpeluang menerima nombor pin percuma portal e-pembelajaran guru.net.my untuk latih tubi secara dalam talian.

Selepas program di Kuala Lumpur pada 5 dan Mei ini, siri ceramah diteruskan ke Johor Bahru pada 12 dan 13 Mei. Untuk pendaftaran boleh menghubungi terus Roszaidi Ramli (016-7665886/019-6882651).

Peringkat Kota Bharu dan Terengganu pula akan diadakan pada 18 dan 19 Mei. Bagi Kota Bharu maklumat lanjut dan pendaftaran boleh menghubungi pejabat cawangan NSTP 09-7417914 atau Hawari/Zaidi (012-9635046/012-9630227).

Bagi calon di Terengganu, boleh menghubungi pejabat NSTP Terengganu menerusi telefon 09-6300114 atau Abdul Ghani 017-9725280). Ipoh pula pada 19 dan 20 Mei dan pendaftaran orang ramai boleh menghubungi Nur Ain 05-2557845 atau 012-4808791.

Seterusnya Klinik UPSR (Fasa 2) akan diadakan di Shah Alam hubungi (03-55411771/55421598), Melaka (012-6411877/012-9742504dan Batu Pahat (07-4340660/019-7496648) pada 26 dan 27 Mei.

Pendaftaran di Sungai Petani boleh hubungi 013-4209224/019-4747725 dan Alor Setar 04-7301875/019-4484400. Klinik akan diadakan pada 1 dan 2 Jun.