Kanang Anak Langkau meninggal dunia PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
KUCHING: Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.

Mendiang berusia 68 tahun.
Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.


"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - BERNAMA